Tuesday, November 01, 2022

Shahidan: Ini komen Preiden PAS. Namun KASA terus dampingi rakyat.

 

Abdul Hadi pada sidang media selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama PN Arau di Utan Kandis, Guar Sanji, Arau, malam tadi. NSTP/Aizat Sharif

1. Tindakan Shahidan dinamik politik yang boleh berubah – Abdul Hadi

ARAU: Perikatan Nasional (PN) melihat penutupan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau dan penurunan bendera parti itu selepas penyandang Parlimen berkenaan, Datuk Seri Shahidan Kassim hampir pasti digugurkan daripada senarai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebagai dinamik politik semasa.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata perkembangan yang berlaku itu adalah disebabkan politik yang dinamik di mana segala-galanya boleh berubah.

"Oleh kerana politik ini dinamik, ia boleh berubah. Jadi, tunggu penamaan calon nanti," katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena PRU15 dan merasmikan Bilik Gerakan Utama PN Arau, Utan Kandis, Guar Sanji, di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada perkembangan yang berlaku ke atas BN Parlimen Arau itu memberi kelebihan kepada PN, terutama PAS yang dijangka bertanding di kawasan berkenaan, beliau hanya menjawab segala-galanya perlu ditentukan ketika hari penamaan calon nanti.

Terdahulu, Abdul Hadi turut melancarkan Bilik Gerakan Utama PN Arau selepas menyampaikan ceramah yang dihadiri hampir 2,000 orang dari seluruh Perlis dan Kedah.

Turut hadir, pimpinan PN Perlis dari PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), antaranya Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin; Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli; Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Timbalan Ketua BPN BERSATU Perlis, Izizam Ibrahim.

Semalam, Shahidan dalam satu hantaran di Facebook menulis "Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah".

Kenyataan ringkas beliau itu membayangkan bahawa beliau digugurkan daripada bertanding di kerusi Parlimen berkenaan yang sudah dimenanginya selama empat penggal bermula pada PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Malah, sebelum itu desas-desus menyatakan beliau adalah antara ahli Parlimen UMNO Perlis yang bakal digugurkan, selain penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin untuk memberi laluan kepada calon muda dan wanita di kawasan masing-masing. (BH)

BERITA BERKAITAN


2. 20 tindakan KASA hadapi cabaran perubahan iklim 

KASA adalah focal point perubahan iklim negara. Penyelaras obligasi negara kepada UNFCCC, penyelaras dasar dan tindakan mitigasi serta adaptasi perubahan iklim peringkat Kebangsaan dan mengetuai delegasi negara dalam proses perundingan perubahan iklim Antarabangsa. 

Berikut 20 tindakan utama KASA dalam menangani cabaran perubahan iklim di Malaysia

01. Semakan Dasar Perubahan Iklim Negara 2009.

02. Penggubalan Akta Perubahan Iklim.

03. Penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim (MyCAC).

04. Kemaskini Nationally Determined Contributions 2021.

05. Kemuka Laporan BUR-3 UNFCCC.

06. Aspirasi Pelepasan GHG Sifar Bersih Seawal 2050.

07. Pembangunan LT-LEDS.

08. Penyertaan COP-26.

09. Penubuhan Pusat GHG Kebangsaan.

10.  Penyediaan Panduan Pasaran Karbon Sukarela Antarabangsa.

11.  Skim Perdagangan Karbon Domestik.

12. Muzakarah Perdagangan Karbon Daripada Perspektif Syariah.

13. Penggubalan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan.

14. Pembangunan Pelan Tindakan Adaptasi Kebangsaan Dalam Pengurusan Banjir.

15. Dasar Perbandaran dan Mobiliti Rendah Karbon.

16. Liputan Kawasan Hutan Melebihi 50 Peratus. 

17. Pengurangan Penghantaran Sisa Pepejal Ke Tapak Pelupusan Melalui Inisiatif Ekonomi Kitaran. 

18. Penyusunan Semula Peranan MGTC.

19. Komitmen Ke UNFCCC COP-27.

20. Pelantikan Malaysia Sebagai AWGCC 2022-2025.

Insya-Allah, keseriusan dan komitmen ini adalah iltizam negara khususnya KASA bagi menangani cabaran perubahan iklim di Malaysia. Hanya kepada Allah kita bertawakal!

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN – HARAKAHDAILY 31/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Shahidan: Ini komen Preiden PAS. Namun KASA terus dampingi rakyat.

Itulah wajah PAS sebenarnya, terus dampingi dan membangun bersama rakyat. Al-hamulillah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

7 comments:

Anonymous said...

SAHIDAN SPECIES JEJAK MAMAK PENJILAT
TAK PUAS HATI TERKINJA PANAS TERKULAI
DAH EXPIRED OTAK KARAT DAH BERKULAT
DAH LAPUK LUSUI SEDOR DIRI TU BHAI..!!



KIKIKI

Anonymous said...

Orang-orang yang berani mengkritik puak kluster mahkamah sudah pasti akan dizalimi dan ditindas oleh puak kluster yang tamak haloba dan gila kuasa tahap kronik untuk selamatkan diri mereka sendiri dari hukuman mahkamah.

Banyak lagi kekayaan negara yang perlu disakau oleh kluster mahkamah dan pee hancing. Orang tidak bermoral sahaja sokong mereka.

Anonymous said...

Dipetik dari insprasi ucapan Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung UMNO pada tahun 2017 di PWTC.

Pada perhimpunan itu Datuk Seri Najib menyatakan ‘kakitangan kerajaan tempah kecelakaan jika pilih Pakatan Harapan”.

Ucapan itu dipandang sinis dan remeh oleh orang Melayu yang terpedaya dengan kisah cincin dan 1MDB.

Akhirnya semua menjadi kenyataan.

17,000 kakitangan kerajaan dibuang seperti sampah oleh kerajaan PH pimpinan Mahathir.

Berbelas ribu lagi ditamatkan kerja kerana pemberhentian peruntukan kepada kementerian tertentu oleh kerajaan Tun Mahathir.

Antara yang terkena ‘kecelakaan’ ini ada lah ribuan pekerja sekolah , kantin dan kakitangan SPAD .

Bossku juga ada menyatakan dalam satu ucapan nya “Melayu akan jadi bangsat jika UMNO hilang kuasa”.

Najib menyebut “Melayu akan jadi bangsat” tetapi pemfitnah jijik menukar kepada Najib kata “Melayu bangsat” dengan perkataan ‘akan’ dibuang dari kenyataan itu.

Melayu kehilangan berbilion ringgit duit sampingan melalui dividen ASB, LTAT, dan Tabung Haji yang diberi oleh kerajaan PH bawah Mahathir.

Lebih pelik dan membodohkan orang Melayu Islam ada lah Tabung Haji miliki aset bernilai RM19 bilion yang diseret masuk ke SPV oleh MoF bukan Islam dibawah Mahathir.

Jika Tabung haji dalam keadaan tenat , bagaimana pula boleh ujud aset bernilai RM19 bilion?

Melayu tempah kecelakaan jika percaya lagi pada hikayat dongeng “Agenda Melayu” Acah Acah Power Melayu Islamik Mahathir. Cukup cukup lah sekali kena 'pantek' kan oleh Gang DAP, Tun, Bang Non dan PH ini..!!

Semua andaian Najib akhir nya betul belaka. Ia juga menjadi kenyataan merujuk fakta diatas. Tak kan ada rasa meluat menyampah pada PRU 15 dengan manusia durjana mcm ini..!?

Anonymous said...

Bila kepala celaka menasihati c celaka.. Hehehe..
Maka celaka la kepala celaka dlm penjara..

Org perlis kne Undi PN,
Asal bukan UMNo

Anonymous said...

Silap si sahidan jugak tu..
patut dedah ajalah apa yg dia dah tibai biar kena dakwa, atau buat lah laporan keatas diri sendiri apa² yg dia dah tibai supaya didakwa, bila dah termasuk dalam team kluster mahkamah maka pastinya"top kluster" akan pilih dia sebagai calon tampa waswas.

Anonymous said...

Hanya Najib Mampu Letakkan Ekonomi Malaysia Lebih Tinggi Dari Singapura

zaman Najib, nilai Ringgit semakin kuat berbanding dolar Singapura. Namun selepas PRU14, nilai ringgit jatuh setelah PH ambil alih kerajaan dan tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14.

Data, fakta dan track-rekod merupakan bukti bahawa apa yang Tun dan DAP janji adalah satu penipuan.

tahun 2011 setelah Pelan Transformasi Negara yang dimulakan Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkesan. Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi Singapura bagi 6 tahun berturut sehingga PRU14 di zaman Najib.

Tahun 2014: Singapore 3.9%, Malaysia 6.0%
Tahun 2015: Singapore 3.0%, Malaysia 5.1%
Tahun 2016: Singapore 3.6%, Malaysia 4.4%
Tahun 2017: Singapore 4.7%, Malaysia 5.9%

Malangnya kita di atasi oleh Singapura semula sejak dua tahun yang lalu apabila PH mengambil alih negara sejak PRU14. Begitu juga dengan kadar pertumbuhan nilai aset negara dimiliki Khazanah Nasional yang naik 262% dalam tempoh tahun 2009 hingga 2017 – iaitu hampir 6 kali lebih tinggi berbanding kadar dicatat Temasek Singapura bagi tempoh yang sama.

Anonymous said...

Tiada gunanya ekonomi meningkat jika puak kluster mahkamah sibuk sakau kekayaan negara dan tabung dll dan menambah hutang.

Tiada gunanya pakatan hancing memerintah negara jika pakatan hancing sibuk jual aset negara dll dan menambah hutang menyebabkam hutang menjadi RM1 billion.

Ini kalilah kita undi parti Islam dan sekutunya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails