Wednesday, November 02, 2022

Shahidan ‘confirm’ tanding PRU15. PAS 60 kerusi parlimen.

 


1. Shahidan ‘confirm’ tanding PRU15, walau tak dicalon BN

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan bertanding PRU15, selepas Barisan Nasional mengumumkan calon baharu untuk Parlimen Arau.

Bercakap kepada pemberita di Arau malam tadi, Shahidan bertegas dirinya “calon boleh menang”.

“Saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

BN malam tadi mengumumkan Rozabil Abd Rahman menggantikan Shahidan yang menyandang kerusi Arau sejak PRU 1986.

Menyifatkan calon pilihan BN sebagai “calon dari luar”, Shahidan juga dilapor berkata Umno tidak boleh mengenakan tindakan terhadapnya kerana “bukan keluar daripada parti”.

“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional,” katanya.

“Apa yang pasti, Insya-Allah, ‘comfirm’ saya akan bertanding.” (1Media.My)


2. PAS bertanding lebih 60 kerusi Parlimen 

ARAU: PAS bakal bertanding lebih 60 kerusi Parlimen di seluruh negara dengan sasaran 40 kerusi akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata pemilihan calon juga telah selesai dan terserah kepada negeri untuk meletakkan mereka di kawasan mana.

“Calon telah ditentukan, terserah kepada negeri masing-masing untuk mengisytiharkan calon. Saya difahamkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan umum di Kuala Lumpur.

“Negeri Kedah, Kelantan akan isytihar pada 2 November, Terengganu 3 November dan juga negeri-negeri lain,” katanya pada sidang media selepas Ceramah PRU15 di Bilik Gerakan Utama PN negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, PAS bakal menawan Perlis dan Pahang, selain mengekalkan kemenangan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kita akan usahakan memenangi lebih 40 kerusi, kalau boleh lebih lagi berdasarkan bedah siasat Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, kita dapati mereka mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU lepas sudah berundur dan mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

“Sebahagiannya mengundi kita, sebahagian tidak keluar mengundi, mungkin kerana protes di Johor dan Melaka, kita harap kali ini mereka keluar mengundi dan undi kita meningkat, insyaAllah.

“Seboleh-bolehnya kita mahu majoriti besar di Semenanjung Malaysia, insyaAllah Kelantan, Terengganu, Kedah termasuk Perlis dan Pahang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, beliau tetap menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

“Ada pandangan beliau yang bernas dan ada juga yang kita tidak terima, kita tidak bergantung dengan beliau, namun kita tetap mengenang jasa beliau,” katanya.

Namun, katanya sehingga kini tiada keputusan untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir. – HARAKAHDAILY 1/11/22

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Shahidan ‘confirm’ tanding PRU15. PAS 60 kerusi parlimen.

Insya Allah berjalan lancar.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

BN cari pasal di Perlis..!?

Pengerusi Umno Perlis itu berkata dia masih mempertimbangkan tiket parti yang akan diwakilinya untuk bertanding kerusi itu .

"Saya bertandinglah. Takkan (jadi calon) BN.

"BN dah tak pilih saya. Saya pilihlah parti yang mahu saya bertanding. InsyaAllah sah akan bertanding," katanya kepada pemberita malam tadi.

Secara kebetulan, Perikatan Nasional tidak mengumumkan calon gabungan itu untuk Arau pada majlis malam tadi.

Ini membuka spekulasi kemungkinan PN akan mengambil Shahidan sebagai calonnya.

Anonymous said...

Maeh semua anak muda dan selainnya.. kita singkirkan geng² kluster mahkamah, penjara, bakal ke-mahkamah, maoist beijingist, penipu, penyangak, neo-hitler, bermoral jijik dsb.


Anonymous said...

Bermacam macam istilah digunakan spt 'Top Five' , 'High Up' oleh 'langau, tungau dan sampah sarap' itu suma 'Talk Cock' untuk menyedapkan hati yang rawan..!

Menurut Annuar Musa, walaupun “top five” UMNO diberi kuasa untuk merundingkan senarai calon bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, hakikatnya, ahli-ahli “top five” mengesahkan senarai itu ditapis oleh pihak “high up” (pihak atas)”

Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan daripada pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding.

Shahidan berkata, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama 'calon boleh menang' yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Salimyang digugurkan daripada pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding.

Di kalangan sampah sarap ini bersekongkol dengn musuh untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Tungau, langau dan lalang ini kalangan pemimpin Umno yang gusar akan diheret ke Mahkamah, mengambil keputusan ‘melompat’ dan bersama di blok Mahathir.

Mungkin 'tungau - tungau' itu akan kembali bergayut dan hinggap semula pada 'tolo paling labuh' yang paling renta dlm ahlul politikus usang di Malaysia sambil mintak nyawa jadi calon GTA. Wallahualam Wasalamun bissawap kikikiki...!!

Macam macam istilah yang 'langau, tungau dan sampah sarap' ini gunakan bila nama tidak dicalonkan PRU 15. Istilah digunakan spt 'Top Five' , 'High Up'oleh 'langau, tungau dan sampah sarap' itu suma 'Talk Cock' untuk memyedapkan hati yang rawan..!

KHALAS

Anonymous said...

*Kita perlu Ketuanan Malaysia, bukan Ketuanan Melayu - Kit Siang*
Diterbitkan: Nov 1, 2022 1:33 PM
https://m.malaysiakini.com/news/641918

SOALAN :
Apakah jenis orang Melayu yang menyokong puak kafir harbi dan barua munafiqun liberal mereka menghapuskan hak agama Islam dan hak kaum Melayu Islam yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu ?

Jawaban : PENGKHIANAT Melayu !!!

Anonymous said...

INI KALILAH UNDI PN !

Tolak semua kluster mahkamah dan puak kafir harbi roket dan barua munafiqun liberal mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails