Tuesday, November 01, 2022

MIC 'boikot' calon BN.. PAS berasas pelbagai kaum.


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika hadir di Majlis Pengumuman Calon PRU-15 Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - Foto Asyraf Hamza

1. MIC 'boikot' majlis pengumuman calon BN.

KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan tertinggi MIC termasuk Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran tidak kelihatan hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) malam ini.

Turut tidak kelihatan ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang dinamakan sebelum ini sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Tapah.

Situasi itu mengundang persoalan sama ada parti komponen BN itu memboikot majlis berkenaan termasuk kemungkinan tidak bersetuju dengan senarai calon yang sudah diputuskan BN, khususnya membabitkan calon mereka.

Petang tadi, portal berita melaporkan memetik Vigneswaran yang menyatakan kepimpinan MIC akan memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) pagi esok, untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU akan datang.

Laporan itu menyebut, beberapa sumber parti turut mengesahkan bahawa mereka akan menghadiri mesyuarat itu pada jam 10 pagi di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, tetapi tidak pasti apa yang berlaku.


2. Perubahan dibawa PAS berasas realiti rakyat pelbagai kaum 

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berpandangan realiti perubahan yang dibawa oleh parti itu boleh dilaksanakan.

Katanya, ia memerlukan kepada pemimpin-pemimpin yang terbuka, memahami realiti negara di mana golongan bumiputera merupakan kaum dominan.

“Walaupun di sana kita ada kaum bukan bumiputera yang perlu dihormati juga hak mereka dan sepanjang selepas kemerdekaan rakan-rakan minoriti kita tidak pernah dizalimi.

“Ia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, aman dan tenteram dan diakui seluruh dunia, kerana apa?.. kerana kita berpegang kepada kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan, ini asasnya.

“Jadi saya mengharapkan pemimpin politik yang akan dipilih nanti mesti mempunyai pemikiran yang sama, sekiranya kita boleh duduk berbincang  mencari titik pertemuan sekiranya mampu, pada saya duduk semeja itu merupakan satu kejayaan awal,” katanya pada temubual Agenda Awani bertajuk ‘Calon PRU15 Tahu Apa Rakyat Mahu?’, malam tadi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan berhubung apakah PAS memahami apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, apa yang dislogankan  perlu berasaskan realiti politik dan suasana rakyat pelbagai kaum.

Menurut Khairil, asas perubahan kepada sesuatu dasar mesti berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

“Kita nak tukar apa pun ia mesti ada prosedur yang tertentu, prosedur itu melibatkan jawatankuasa teknikal, perubahan dasar polisi, sebab itu pada saya perubahan boleh dilaksanakan tetapi ia memakan masa.

“Kita lihat macam contoh apakah PAS semakin luntur di dalam memperjuangkan perkara-perkara yang berkait dengannya sekian lama? Tidak.

“Apa yang kita laksanakan di Kedah kita tidak lagi memperbaharui lesen-lesen yang tidak sepatutnya begitu juga dengan RUU355 telah banyak kali dibentangkan oleh menteri dan timbalan menteri agama dan telah sampai tahap yang kita bentang di parlimen namun tidak cukup masa kerana berlaku pembubaran parlimen lebih awal.

“Sedangkan kita ada masa lagi sampai bulan tujuh bulan tahun hadapan untuk kita meneruskan fasa PRU ke-14 ini,“ katanya. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: MIC 'boikot' calon BN.. PAS berasas pelbagai kaum.

Itulah hakikatnya, perubahan dibawa PAS berasaskan realiti rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Elok sangat la Mic boikot kalau dah diperlekeh macam tu,
hari tu dah la wak pornorogo tuduh boss Mic bakal didakwa mcm dia ...
nih diberinya pula kerusi bertanding pada hindraf tajaan dapigs,,
ya laa... kan pati pekembar dah nak berkeluarga dengan dapigs beijeng dan teroris tamil (taik) kucing jugak dgn parti sizionis soros.
Bekas tentera Us yg berVloging atas nama "thenewatlas" ada klarifikasikan tentang macamana zionis dengan diuruskan oleh soros dalam merekrut dan menaja pee hancing jadah untuk menjadikan umat islam M'sia menjadi hamba sahaya kurap pada zionis.
jadi untuk pru15 nih mengundi bn berti

Anonymous said...

jadi untuk pru15 ni mengundi bn adalah beerti mengundi wak pornorogo dan bermakna mengundi ph dan dapigs.

Anonymous said...

Jika anda sokong dan undi kluster mahkamah, ini bererti anda sokong penyamun sakau kekayaan negara.

Jika anda sokong dan undi pee hancing, anda suka dikencing hingga hancing dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi.

Jika anda sokong dan undi roket, anda telah menyokong dan mengundi puak abu jahal dan abu lahab dll yang memusuhi Islam dan umat Islam.

INI KALILAH KITA SOKONG DAN UNDI PN !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails