Tuesday, November 01, 2022

Bilik Gerakan BN Arau ditutup, pertama kali dalam sejarah - Shahidan

 

Shahidan berata, sudah mendengar ura-ura mengenai ada calon lain yang berada di luar nama yang disenaraikan untuk diletakkan di Parlimen Arau. - Gambar fail

1. PRU15: Bilik Gerakan BN Arau ditutup mungkin sebab tak puas hati pemilihan calon luar - Shahidan

ARAU: Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak pasti dengan keputusan menutup semua bilik gerakan BN Bahagian Arau malam ini, namun berkata ia mungkin kerana pimpinan bahagian tidak berpuas hati dengan pemilihan calon luar.
Penyandang kerusi Parlimen Arau itu berkata, beliau 'segan' atau malas untuk mengambil tahu mengenai perkara itu.
Menurut beliau, penutupan itu berkemungkinan disebabkan semua pimpinan bahagian berada di Kuala Lumpur dan mereka mahu 'berehat' sebentar memandangkan bilik gerakan di kawasan Parlimen itu tidak pernah ditutup.
"Cuma saya hendak beritahu saya sedih, kerana dalam sejarah dan sepanjang perjuangan saya, perkara atau situasi ini tidak pernah berlaku.
"Penutupan bilik gerakan dan penurunan bendera BN juga mungkin disebabkan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO, Barisan Nasional di Arau tidak berpuas hati dengan proses pemilihan calon", katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, sewajarnya calon-calon yang akan dipilih mewakili BN dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) adalah daripada cadangan yang dikemukakan daripada peringkat bahagian.
"Calon tidak boleh dipilih daripada nama yang berada luar daripada senarai lima nama yang dihantar oleh bahagian.
"Berdasarkan Fasal 15.13.1 Perlembagaan UMNO, tanggungan, kuasa, dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian adalah untuk mencadangkan calon-calon bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandaraya, Perbandaran, Bandaran Tempatan dan Daerah melalui mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian,
"Ia bukan terletak di bawah Badan Perhubungan UMNO Negeri, bukan di bawah Top 5," tambah beliau.
Dalam pada itu, Shahidan menyatakan bahawa sudah mendengar ura-ura mengenai ada calon lain yang berada di luar nama yang disenaraikan untuk diletakkan di Parlimen Arau.
"Kalau tidak mahu pilih saya, tidak apa, pilih yang lagi empat yang disenaraikan itu, jangan letak nama di luar itu.
"Kalau letak juga saya nak beritahu dan maklumkan, calon Barisan Nasional itu tidak boleh menang, dengar saya sebut sekali lagi, dia tidak boleh menang," tegas Shahidan. 
2. PRU15: Bilik Gerakan BN Arau ditutup, kali pertama dalam sejarah - Shahidan 
Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dalam kehangatan jentera pilihan raya semua parti membuat persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau ditutup, pada Isnin malam.
Perkara itu didedahkan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang menyatakan rasa amat sedih menerusi perkongsian di Facebook rasminya. (AA)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

13 comments:

Anonymous said...

pemimpin otak karat... idea bodoh ... hebat buat kecoh dlm dewan.... ni elok beeambosss



mana mana pemimpin yg low clas mentality sila berambosss...


semakkkkk lahh

Anonymous said...

Biasalah barua kris suka menjilat dan menganggap kluster mahkamah sebagai high class mentality kerana pandai melingkupkan pelbagai jenis tabung.

Anonymous said...

Dan juga pemimpin pas yg laung Islam tetapi akhirnya peluk penyamun bentuk kerejaan kunun utk maruah Melayu

Sila.. .

Pilih majoriti PH pru nanti

Anonymous said...

klu nak menulis bio ada fakta yeopp ooii..!!

Hanya Najib Mampu Letakkan Ekonomi Malaysia Lebih Tinggi Dari Singapura

zaman Najib, nilai Ringgit semakin kuat berbanding dolar Singapura. Namun selepas PRU14, nilai ringgit jatuh setelah PH ambil alih kerajaan dan tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14.

Data, fakta dan track-rekod merupakan bukti bahawa apa yang Tun dan DAP janji adalah satu penipuan.

tahun 2011 setelah Pelan Transformasi Negara yang dimulakan Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkesan. Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi Singapura bagi 6 tahun berturut sehingga PRU14 di zaman Najib.

Tahun 2014: Singapore 3.9%, Malaysia 6.0%
Tahun 2015: Singapore 3.0%, Malaysia 5.1%
Tahun 2016: Singapore 3.6%, Malaysia 4.4%
Tahun 2017: Singapore 4.7%, Malaysia 5.9%

Malangnya kita di atasi oleh Singapura semula sejak dua tahun yang lalu apabila PH mengambil alih negara sejak PRU14. Begitu juga dengan kadar pertumbuhan nilai aset negara dimiliki Khazanah Nasional yang naik 262% dalam tempoh tahun 2009 hingga 2017 – iaitu hampir 6 kali lebih tinggi berbanding kadar dicatat Temasek Singapura bagi tempoh yang sama.

KHALAS

Anonymous said...

Hihihi. X kan nak peluk komunis dapig. Abam anuwar boleh peluk komunis dapig. Mat sabu pun sama.

Anonymous said...

Abam anuwar sembang kencang. Sembang semua nampak sempurna. Liberak.

Anonymous said...

Peluk penyamun ada mudharat.
Peluk komunis dapig, mudharat lagi besar.
Komunis dapig ada rasuah - penerima dan pemberi.
Komunis dapig ada fahaman komunis.
Komunis dapig ada judi dan stesen judi.
Komunis dapig ada arak dan ada mabuk.
Komunis dapig ada lgbt.
Komunis dapig ada sex bebas.

Anonymous said...

INI PANTUN UNTUK SAHIDAN
OTAK LUSUI IDEA PUN TAK BAIK
DOLU KO MAIN MAIN KAN KAWAN
ARI INI KAWAN MAIN KO BALIK


KIKIKI

Anonymous said...

INI PANTUN UNTUK KJ ANWAR DAN H2O YER
ACAH ACAH UMNO BN SAMBIL GORENG MAMAK LER
KO ORG BARU SKG TERKINJA NAK TUNJUK POWER
ARI NI DIA ORANG MAIN KO BALIK SAMBIL GENTEL TELO JE


KIKIKIKI...

Anonymous said...

INI PANTUN UNTUK PAS
PARTI BERANI LAWAN PEROMPAK
JOM SOKONG RASUAH BEBAS
BANGUN EKONOMI TIADA SONGLAP

Anonymous said...

Barua roket hanya pandai menabur fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS sebagaimana abang besar roket dan barua-barua munafiqun liberal kencing rakyat hingga hancing dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi.

Puak kafir harbi roket dan khadam munafiqun liberal mereka merasa sangat marah melihat PAS berusaha menyatu-padukan orang Melayu untuk menghalang musuh Islam dari berkuasa untuk menindas Islam dan umat Islam.

Malangnya puak kluster mahkamah yang pentingkan diri sendiri dan gila kuasa dan mahu menyelamatkan diri mereka dari hukuman mahkamah telah mengkhianati kaum Melayu dengan 'bercium mulut' dengan abang besar liberal mata satu tunggangan abang besar roket.

Anonymous said...

Sembang kencang babi pun boleh terbang untuk menghalalkan puak kluster mahkamah menyamun pelbagai tabung negara.

Penyamun tidak pernah berfikir untuk menjadikan negara dan rakyat kaya. Mereka hanya berfikir bagaimana mereka nak sakau semua kejayaan negara untuk diri mereka sahaja.

Akhir mereka yang bodoh spmbong dikencing kaw kaw oleh joe low life dan kaum roket.

Negara dan rakyat yang menanggung akibat buruk dari ketamakan klustfer mahkamah dan tok guru mereka joe low life yang didakwa telah menjadi beruang.

Anonymous said...

Kita masih ingatlah ekonomi meleset bermula di zaman be end lagi sejak kluster mahkamah memerintah.

Ekonomi diburukkan lagi pee hancing yang mengambil kesempatan menjual pelbagai aset negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails