Wednesday, November 02, 2022

BERSATU tarik 5% Umno. Amaran T/Ibahim.

 


1. BERSATU tarik sokongan lima peratus penyokong Umno

KOTA BHARU: BERSATU dijangka dapat menarik paling kurang lima peratus ahli dan penyokong Umno untuk memberi sokongan kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia bagi memastikan Jeli dan Tanah Merah kekal di samping mengambil alih Machang, Ketereh dan Gua Musang.

Katanya PN Kelantan memutuskan lima kerusi ditandingi Bersatu, manakala sembilan lagi kekal ditandingi PAS pada PRU15 ini.

“InsyaAllah semua calon dan jentera pilihan raya PN berkerja keras bagi mencapai kemenangan di semua kerusi. Bersatu diharap boleh menarik penyokong Umno paling kurang 5 peratus,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerja PN Kelantan, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Penolong Setiausaha PN Ahmad Nas Ruddin Abdullah.

Dalam pada itu Wan Roslan yang juga Adun Pengkalan Kubor berkata, majlis penamaan calon PN akan diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 2 November (Rabu) ini.

Pengumuman calon itu akan bermula jam 8 malam itu akan akan dilakukan Pengerusi PN Kelantan yang jugaMenteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Beliau berkata, calon terbabit melepasi tapisan yang dilaksanakan dan memenuhi kriteria ditetapkan dan mampu memberi kemenangan kepada PN,.

“Semua calon melepasi tapisan awal, calon PAS ditapis Majlis Syura Ulama begitu juga Bersatu seperti diumumkan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memastikan calonnya bersih dan integriti,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/10/2022


2. Kalau mereka khianat, kita akan serang habis-habisan! – Tuan Ibrahim 

KUALA LUMPUR: “Kita beri amaran dan peringatan supaya (ahli) yang kecewa tidak dicalonkan tidak khianat kepada perjuangan rakyat ini, insya-Allah. Kita juga beri amaran bahawa mana-mana (ahli) yang tidak terpilih kalau mereka khianat (lompat parti), kita akan hentam (lawan) dia, kita akan serang dia habis-habisan. Pastikan tiada pengkhianatan dalam kalangan kita.”

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian semasa berucap pada majlis pengumuman calon PERIKATAN NASIONAL untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, malam ini. 

Menurut beliau, dalam memilih calon-calon untuk pilihan raya untuk satu kawasan Parlimen hanya seorang ahli yang dipilih sebagai calon untuk bertanding.

“Begitu juga untuk Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya seorang sahaja yang dipilih. Kita mempunyai ramai ahli yang berwibawa. Mereka mempunyai kemampanan, yang cukup syarat-syarat kepimpinan yang baik.

“Namun dalam membuat pemilihan, kita terpaksa memilih hanya seorang dalam kalangan mereka,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, oleh kerana itu setiap pemimpin yang diumumkan sebagai calon yang bertanding pada malam ini perlu dan telah melalui proses pemilihan yang jitu.

“Kalau dalam PAS, ia (pemilihan calon-calon) disemak, diteliti oleh majlis syurak ulamak. Ini bukan hanya untuk pastikan calon-calon yang terpilih tidak melakukan dosa besar, tetapi dalam masa yang sama, mereka mampu melaksanakan amanah tersebut.

“Kesemua calon yang terpilih telah bersumpah dengan nama Allah SAW untuk melaksanakan tanggungjawab dan tidak khianat kepada rakyat yang memilihnya (dalam PRU15 kelak),” ujarnya.

Tambah beliau, negara perlu diuruskan oleh pemimpin yang bukan hanya bijak pandai tetapi memenuhi ciri-ciri dan sifat amanah.

“Tanggungjawab ini menuntut kita semua, rakyat memilih pemimpin manakala tanggungjawab kami  pimpinan memastikan calon-calon yang tuan-tuan pilih benar-benar berwibawa, memenuhi ciri-ciri  kriteria yang sepatutnya tuan-tuan pilih,” katanya.

Hala tuju yang jelas, ujar Tuan Ibrahim, adalah diperlukan bagi pembinaan sebuah negara bangsa, dan dalam meletakkan matlamat yang ingin dicapai. 

“Maka, nakhoda yang melayari dan memandu kita semua mestilah terdiri daripada tokoh kepimpinan yang bersih, yang menentang rasuah, yang menentang salah guna kuasa, yang menentang kezaliman dan menentang penyelewengan.

“Mana mungkin rakyat mahu pilih Perdana Menteri (pemimpin) yang sering ulang alik ke mahkamah, yang terkenal sebagai banduan, yang tak  tahu ke mana hala tuju negara mahu dibawa,” tegasnya lagi.

Justeru, beliau berharap rakyat dapat menilai sendiri situasi semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Beliau yakin rakyat sekarang menanti sebuah kepimpinan PERIKATAN NASIONAL untuk menerajui negara pada masa hadapan.

“Insya-Allah, kita bersama-sama bergabung tenaga membina dan membangunkan masyarakat kita, tanggungjawab kita besar. 

“Bukan hanya boleh dibeli dengan beberapa ringgit undi kita. Jangan terpengaruh dengan budaya politik liar yang lama, kita perlu hala tuju yang baharu,” ujar Tuan Ibrahim.

Tambah beliau, usaha dan gerak kerja (dalam menghadapi PRU15) perlu diteruskan dan semangat dibawa bersama-sama ke setiap peti undi bagi memastikan kemenangan dicapai.

“Ikhlaslah kita dalam perjuangan. Sabar dalam tindakan. Patuh dan taat kepada arahan pimpinan, dan dalam waktu yang sama, perkukuhkan hubungan dengan Allah SWT kerana tanpa pertolongan Allah SWT, kita tidak akan mencapai kemenangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BERSATU tarik 5% Umno. Amaran T/Ibahim.

Pesan Tuan Ibrahim, “Ikhlaslah kita dalam perjuangan. Sabar dalam tindakan. Patuh dan taat kepada arahan pimpinan, dan dalam waktu yang sama, perkukuhkan hubungan dengan Allah SWT kerana tanpa pertolongan Allah SWT, kita tidak akan mencapai kemenangan.” 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Dengar sini semua, ini istilah baru bawaan team kluster mahkamah iaitu sesiapa yang mengkritik atau menegur mereka sebagai beban atau masaalah maka adalah dia itu bermakna "pemimpin besar kepala", langau, sampah dan yg seerti denganya.
Dan sesiapa yang tidak patuh kpd parti (baca: boss kluster mahkamah) maka segala hasil pendapatannya adalah haram seharam-haramnya.
Ni dah macam ugama nih..yg mana segala hasil rasuah dan songlap yg si boss cluster mahkamah & geng serta bakal kluster tu tibai adalah "halal sehalal-halanya".
Adalah dijangka sekiranya geng kluster ini menang Pru15 maka tafsiran ini akan digunapakai pada semua agensi tertentu terutamanya seperti polis, badan kehakiman, sprm dan sebagainya.

Dan kemunkinan juga kaedah tafsiran ini akan dijadikan matapelajaran etika kluster di sekolah².

..

Anonymous said...

Pee hancing haramjadah telah memasukkan dalam manifesto mereka yang kurikulom & peperiksaan beijing akan diiktiraf kerajaan Pee H. dan oleh kerana kementerian pendidikan tidak berhak mengcampuri agensi sekolah² mereka maka pendidikan moral maoisim secara tidak langsung secara otomatik teriktiraf sama sebagai sistem pendidikan Malaysia.

Anonymous said...

Mat Kilau tidak pernah mengiktiraf cara kemerdekaan negeri² Tanah Melayu, tidak juga para pejuang² kemerdekaan yg lain.
Mat Kilau sewaktu hayatnya setelah "mengzahirkan" diri beliau yg sebenarnya selepas merdeka tidak pernah dikunjungi ketua² umno, jauh sekali untuk diberi penghargaan malah dalam buku² sejarah teks sekolah sejak zaman umno mula memerintah lagi beliau disifatkan sebagai pemberontak teroris yang menderhaka dan anti pejuang kemerdekaan seperti onn jafar & umno yg menjadi penjilat penjajah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails