Monday, October 31, 2022

TS Muhyiddin dedah Tun M lagi.. & PN bakal terajui Pahang..

 


1. Tun M letak jawatan: Apa yang sebenarnya berlaku?

“SAYA tidak tikam sesiapa. Saya cuma mahu menyelamatkan negara.”

Tun Mahathir kata saya tikam beliau dari belakang. Jenuh saya memikirkan bila masa saya menikamnya.

Saya pada mulanya tidak mahu melayan tuduhan ini kerana bagi saya ini cerita politik yang telah berlalu. Saya lebih suka mengambil sikap berlapang dada.

Tetapi saya berfikir semula. Kalau saya tidak jelaskan kedudukan yang sebenarnya, ramai orang akan mempunyai pandangan serong terhadap saya.

Mungkin ramai yang tidak tahu cerita sebenar. Jadi, marilah saya ceritakan.

Pada pagi 24 Februari 2020, iaitu hari Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, saya menemui beliau di rumahnya. Beliau tidak beritahu saya tentang niatnya untuk meletak jawatan.

Setelah saya pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat daripada Tun Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan. Pada masa yang sama, sepucuk surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dihantar ke Istana Negara.

Saya amat terkejut dengan tindakan Tun Mahathir meletak jawatan. Saya bergegas semula ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Namun beliau berkeras untuk meneruskan niatnya.

Pada sebelah petangnya, pimpinan BERSATU, PAS, UMNO, GPS dan WARISAN berkumpul di rumah Tun Mahathir untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Malangnya, beliau masih berdegil.

Kenapa Tun Mahathir meletak jawatan?

Alasan yang diberikan di dalam suratnya kepada saya ialah kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan Majlis Tertinggi parti yang mewakili ahli-ahli parti. Sehari sebelumnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH). Beliau meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan keputusan MPT BERSATU untuk keluar PH.

Sebenarnya, Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk BERSATU keluar dari PH. Tetapi beliau membuat pusingan u di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020 membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebelum itu, kalau kita masih ingat, beliau telah didesak oleh beberapa pihak di dalam PH supaya berundur untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM-8.

Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT Bersatu supaya kekal berada di dalam PH. Tetapi MPT Bersatu hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya.

Keputusan ini dibuat kerana memikirkan BERSATU semakin kehilangan sokongan orang Melayu akibat tindak-tanduk beberapa pihak di dalam PH terutamanya parti DAP yang dilihat gagal menjaga sensitiviti orang Islam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam dua pilihan raya kecil di Semenyih dan Tanjung Piai, calon BERSATU yang bertanding atas tiket PH kalah. Sokongan pengundi Melayu kepada Bersatu ketika itu merosot walaupun kedua-kedua kerusi ini dimenangi oleh BERSATU dalam PRU-14.

Walaupun kecewa dengan keputusan MPT BERSATU, Tun Mahathir tidak sepatutnya meletak jawatan. Kerana pada masa itu telah ada 138 Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen dari BERSATU, PKR, PAS, BN, GPS, PBS dan WARISAN yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Saya adalah salah seorang Ahli Parlimen yang telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Maksudnya, walaupun BERSATU keluar PH, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak terjejas. Malangnya, Tun Mahathir meletak jawatan juga atas kerelaannya sendiri.

Apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan, maka menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang Perdana Menteri baharu mesti dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Dengan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU, saya sebagai Presiden parti telah mempengerusikan mesyuarat khas MPT Bersatu. Mesyuarat tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Semua Ahli Parlimen BERSATU telah diarahkan supaya menyokong Tun Mahathir.

Pada ketika itu, Presiden PAS dan Presiden UMNO mencadangkan supaya saya menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri. Saya tolak pencalonan itu kerana keputusan parti ialah untuk menyokong Tun Mahathir.

Ketika semua Ahli Parlimen dipanggil menghadap oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, saya telah menyatakan sokongan saya kepada Tun Mahathir.

Malangnya, Tun Mahathir gagal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen. Sebahagian besar Ahli-Ahli Parlimen yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini telah menarik balik sokongan kepadanya. Oleh sebab itu, menurut Perlembagaan Persekutuan, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Seorang lagi calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pun gagal mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Negara pada masa itu terumbang-ambing kerana tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada ketika itulah saya sekali lagi didatangi oleh rakan-rakan dalam parti PAS dan UMNO yang menyatakan sokongan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut mereka, inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan negara daripada keadaan yang terumbang-ambing.

Sebagai tanda hormat saya kepada Tun Mahathir, saya telah menemui beliau untuk meminta sokongannya. Beliau beritahu saya beliau sedia memberi sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri jika saya berjaya mendapatkan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Saya beritahu Tun Mahathir, insya-Allah saya akan mendapat sokongan majoriti.

Namun, Tun Mahathir membuat pusingan U sekali lagi apabila beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk berlawan dengan saya. Allahuakbar.

Jadi, cuba saudara dan saudari bayangkan.

Adakah saya menikamnya dari belakang? Adakah saya khianat?

Saya buat ini demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara saya. Saya bukan pengkhianat.

Mengenai sebab BERSATU keluar PH, saya akan ceritakan kemudian.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN – HARAKAHDAILY 30/10/2022


2. PERIKATAN NASIONAL bakal terajui Pahang 

PAS menghormati kekuatan antara parti dalam gabungan PERIKATAN NASIONAL di sesebuah negeri. 

Ini berdasarkan jumlah kerusi yang lebih banyak dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Di Pahang, PAS telah memenangi lapam kerusi pada PRU14 dan mempunyai jentera di seluruh negeri. Berikut ialah petikan wawancara Pengarang Harakah, SAIDAH HAIRAN bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, USTAZ ROSLI ABDUL JABAR di Kuantan, baru-baru ini.

Harakah: Bagaimana hubungan PAS, Bersatu dan Gerakan di Pahang?

Ustaz Rosli: Alhamdulillah, setakat ini hubungan di antara PAS, Bersatu dan Gerakan Pahang dalam gabungan PERIKATAN NASIONAL (PN), baik. Semua urusan politik terutama sekali dari sudut pembahagian kerusi dan kerjasama dalam program-program yang melibatkan PERIKATAN NASIONAL dapat berjalan dengan baik. Dari sudut perbincangan pembahagian kerusi juga dapat diselesaikan dengan baik dan sangat harmoni.

Berapa pembahagian kerusi untuk PAS, Bersatu dan Gerakan. Begitu juga jumlah kerusi fokus DUN dan Parlimen PAS?

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN. PAS bertanding 24 kerusi, Bersatu 12 dan Gerakan 6 kerusi. Sementara kerusi Parlimen, PAS bertanding 7 kerusi, Bersatu juga 7 kerusi. Gerakan sebelum ini kita bagi kerusi tetapi mereka menolak dan serahkan kepada pihak perunding kerusi.

Kira di Pahang PAS lebih banyak kerusi…

Ya, kerana menilai kepada kekuatan PAS itu sendiri di Pahang. Selain itu, PAS sudah sedia ada lapan wakil rakyat dari penggal lalu dan dinilai dari sudut kekuatan jentera PAS di Pahang. Sama seperti di Johor, kita kira negeri itu adalah negeri Bersatu berdasarkan pada jumlah kerusi yang mereka menangi pada PRU14 yang lalu. PAS ambil kerusi 15 DUN sahaja berbanding Bersatu 38 kerusi DUN. Begitu juga di Melaka, PAS hanya bertanding lapan kerusi dan selebihnya Bersatu yang lebih dominan.

Kita menghormati mereka di tempat mereka lebih kuat, seperti Melaka dan Johor. Di Pahang, selain dari PAS telah memenangi lapan kerusi pada PRU ke-14, berbanding Bersatu, PAS juga mempunyai jentera pilihan raya di seluruh negeri Pahang. Kita berterima kasih kepada Bersatu kerana menghormati dan meraikan PAS, Alhamdulillah.

Bagaimana persediaan daripada sudut calon-calon yang PAS Pahang tampilkan? 

Alhamdulillah…kita di Pahang telah selesai meletakkan calon-calon di semua DUN PAS bertanding. Calon-calon yang kita pilih, pertama adalah pilihan di pihak PAS kawasan. Kita di Pahang hanya akan memilih calon yang dipilih oleh PAS kawasan sahaja. Di samping itu, kita sediakan kriteria calon yang kita kehendaki.

Alhamdulillah, saya kira kita turunkan calon yang terbaik pada pilihan raya umum tahun ini dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran juga melibatkan kalangan melibatkan muslimat dan pemuda. Kami sangat bersedia untuk menurunkan calon-calon yang berwibawa terutama di peringkat DUN iaitu sebanyak 24 kerusi yang PAS tandingi. Di mana tema PRU kali ini ‘PN Terajui Pahang’. Asalnya ‘PAS Terajui Pahang’ tetapi bila kita bersama dengan PERIKATAN NASIONAL (PN), kita angkat sebagai slogan PRU ke-15 bersama PERIKATAN NASIONAL iaitu ‘PN Terajui Pahang’.

Tema ini kali kedua kita bawa. Kali pertama PAS Terajui Pahang pada PRU ke-14. Penting tema ini kerana ia menjadi dasar dan hala tuju gerak kerja. Matlamatnya untuk kita mencapai kemenangan dan seterusnya menerajui negeri Pahang.

Insya Allah.. kita cuba untuk terajui Pahang. Kita menurunkan calon yang bersesuaian dengan tema tersebut. Ertinya kita turunkan calon yang bersedia untuk menjadi pemerintah di negeri Pahang. Ini kita punya persediaan daripada sudut calon. – HARAKAHDAILY 30/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: TS Muhyiddin dedah Tun M lagi..  & PN bakal terajui Pahang..

Mari kita sama-sama berdoa semoga PAS dan PN  bukan saja dapat menguasai 4 MB negeri, bahkan lebih dari itu, insya Allah.

Amin!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

20 comments:

Anonymous said...

Midin p end b end bawa bala kpd negara.

Pemimpin kaya rakyat merana.

Ada dengar berita positif utk negara?

Pilih majoriti PH pru nanti

Anonymous said...

Peluru untuk BN sangat banyak tembak saja pasti mengena.

Sehingga saat di tulis ini , Tun Mahathir Rafizi masih gagal membuat ‘wave kebencian’ setara pru14 pada BN.

'Hate factor” yang digunakan oleh musuh Barisan Nasional pada PRU14 tidak menjadi kali ini menjelang PRU15.

Sehingga saat di tulis ini , Tun Mahathir masih gagal membuat ‘wave kebencian’ setara pru14.

Cubaan Mahathir menghasut rakyat perguna isu UMNO sebuah parti korupsi dan cuba bebaskan pemimpin korup mereka jika menang PRU15 juga tidak dipedulikan oleh rakyat kerana pengetahuan rakyat berkenaan kes penuh kecacatan dan ketidakadilan itu membuat mereka lebih sayang kepada mangsa kes ‘fabricated’ Datuk Seri Najib Razak.

Isu 1MDB memakan diri bagi mana mana pihak yang ingin bermain isu 1MDB kerana banyak wang pulangan 1MDB hampir RM35 bilion tidak dapat dijelaskan kemana pergi nya setelah di kembalikan.

Rafizi Ramli juga masih belum mendapat 'hate wave' apa yang dia mahukan. Rakyat tidak sambut pun isu2 yang dibawa oleh Rafizi.

Tidak seperti PRU14 dimana kisah dongeng cincin Rosmah mendapsat sambutan rakyat dan segala formula2 Rafizi disambut

Akhir nya apabila rakyat dapat tahu semua nya pembohongan belaka, maka Rafizi sendiri lari dari politik dan buat kerja belakang tabir.

Kini, terhegeh hegeh Tun Mahathir dan Rafizi mencari ‘wow’ factor dan gelombang kebencian 'hate wave' untuk berhadapan dengan BN namun belum berjaya lagi.

Cuma BN tidak sebijak pihak lawan untuk ‘exploit’ isu2 itu seperti PH pada pru14. Terlalu banyak peluru yang perlu digunakankan oleh BN pada PKR PH dan Tun Mahathir.

Pakai jer 'blindfold' hala kan muncung senapang pada mereka dan tembak saja ke semua arah pasti mengena sasaran semuanya..!!

Anonymous said...

Pilih pee hancing untuk kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi untuk kali ke-2 ?

Ini kalilah undi PN.

Anonymous said...


Ada dengar harga barang turun?

P end geng dgn b end penyamun rakyat.

Pemimpin kaya rakyat merana.

Pilih PH pru nanti

Anonymous said...

Abam anuwar sangat garang. Macam singa. Kat ceramah politiknya, muka merah menyala. Sangat perfect perancangannya. Sangat banyak janji manisnya. Sangat angkat dirinya sebagai the best next pm.

Tapi sebenarnya abam anuwar mudah dijinakkan. Pru 14, abam anuwar dijinakkan oleh musuh politiknya atok kerala. Urutan dagu untuk jinakkan abam anuwar ialah kerusi pm.

Sekarang abam anuwar jadi khadam komunis dapig. Urutan dagu dari komunis dapig untuk abam anuwar juga kerusi pm.

Masa azmin nakkan kerusi mb selangor. Rampas kerusi dari khalid ibrahim, azmin gunakan abam anuwar untuk tujuan itu. Abam anuwar dijinakkan oleh azmin dengan urutan dagu kerusi mb selangor. Bijak azmin mengenakan abam anuwar.

Kerana terdesak nakkan kerusi pm, nakkan kerusi mb, abam anuwar gelap aqal. Tiada petunjuk. Akhirnya ikut apa yg dirancang oleh seseorang untuk dirinya. Perancangan originalnya tiada.

Sekarang abam anuwar ikut skrip komunis dapig. Komunis dapig gunakan abam anuwar untuk pecahkan undi bumiputera dan Islam. Abam anuwar gelap aqal tentang perancangan komunis dapig. Yg dia nampak dan rasa ialah kerusi pm yg berlemak.

Anonymous said...

Harga barang keperluan meningkat tinggi sejak zaman be end dan pee hancingggg lagi.

Sebaliknya, kerajaan PN yang menolong rakyat semasa PKP dahulu.

Nak harapkan pee hancinggg, sembang sahaja yg kencang, habuk pun tarakkkk. Tarakk guna !

Anonymous said...

PRU 15 semangat Mat Kilau pasti bangkit.

Filem Mat Kilau kutip lebeh 100 jota hengget tayangan... tapi malang dan pelik sekali air mata buaya atok tumpah lagi. Air mato buaya sambil try menangguk di air yang keroh...!!

Cari lah Melayu Mat Kilau dan buanglah jangan undi Melayu mudah lupa ke lautan dalam.

Ketokohan pejuang bangsa terdahulu seperti Mat Kilau, orang Melayu juga perlu kenal dengan taikun rasis yang ada bersama penjajah ketika itu. “Taikun rasis masih ada di negara kita. Peranan mereka macam dulu lagi. PRU 15 semangat Mat Kilau pasti bangkit hapuskan legasi tak guna ini

Legasi mereka masih ditinggalkan kepada bangsa Melayu untuk meneruskan agenda dalam DAP dan kroni taikun kaum Cina warga negara Malaysia. Pusat taikun rasa ada di Singapura bernama Lee Kwan Yew. Hanya Melayu mudah lupa bangsat selalu mengagumi taikun kaum Cina ini.

Sesuai pada Tun Mahathir anak cucu dan walaun walaun Tun dan otak PKR yang jual dan gadai pulau pulau negara bangsa malah gadai akidah agama pada COMANGO Pluralisma Murtad Syiah dan liberal.

Link Air mata buaya tertumpah lagi

https://youtu.be/IQ7Z6VTMF1g

Link atas air mata buaya atok berlinang lagi... Melayu mudah lupa

Melayu gadai Pulau Batu Putih dikata salah Bangsa Johor sebenarnya atok dlm diam diam serah pada anak Lee Kwan Yew.. reality sekarang barua DAP@LeeKwanYew inilah pelingkup bangsa nya.

Taikun rasis kapitalis yang menguasai politik dan ekonomi negara kita. Beginilah mereka dulu, sekarang dan akan datang.

Mat Kilau perlu ditonton seluruh lapisan masyarakat terutamanya golongan muda. Syabas ada yang menonton bertanjak, samping dan yg cilik datang bertanjak.

Dialog yang berani tuntas siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Cuma ada yang buat buat lupa sambil menangis memgalirkan air mata buaya. Tektik basi hodoh dan sangat lapuk. Rakyat melihat sinis dan naik meluat rasa tekak kembang goreng mamak ni..!!

“Hidup bermaruah. Kita kenal datuk nenek yang pertahankan maruah agama, bangsa dan negara

Susah mahu cari Melayu Mat Kilau sekarang yang tinggal 'Melayu Mudah Lupa' dan legasi tak guna ini.

PRU 15 semangat Mat Kilau pasti bangkit hapuskan legasi tak guna ini.

KHALAS

Anonymous said...

Masih teringgat pelbagai janji kencing manis yang ditaburkan kepada rakyat oleh abang besar liberal mata satu :

"Jika kita menang pru hari ini, esok kita tubuhkan KERAjaan, lusa kita turunkan hargaaaa minyakkkk ... bla ... bla ....
Saya ULANGGGG ...... bla ... bla ...bla ... "

Kencing jangan tak kencingggg !

Anonymous said...

Ha ha dah MENGAKU harga naik sejak b end.

Tapi bakal peluk be end lps pru nanti bentuk kereeeejaan

Samalah geng penyamun..

Ha ha ha

Alhamdulillah tol jadi murah sejak PH. Pilih PH pru nanti.

Anonymous said...

Abang besar terowong punya kencinggggg :

Jika kita menang pru, kita akan hapuskan tollll ... bla .... bla ... bla ...

Lu manyak sembang ma ! Bila lu jadi menteli, lu lupa semua janji ma ! Kencing punya orang !

INI KALILAH UNDI PN !

Anonymous said...

Simpan sikit bodoh tu

Anonymous said...

Menteli lupa janji suma suda masuk itu p end maaa.

Pilih PH pru nanti

Anonymous said...

Maka giliran abang besar syiah pula kencing rakyat :

"Kita tubuhkan parti 'islam progressif' ( baca: 'Islam' LIBERAL @ liBERAK) iaitu parti kuali yang direstui oleh ayoyotolla syiah Iran untuk menggantikan parti Islam original yang kita gagal hapuskan dan kita dengan bangganya bernaung di bawah abang besar evangelis !"

Akhirnya parti kuali menjadi pasu bunga. Puak kafir dan puak munafiqun hina Islam , Nabi dan umat Islam kaw kaw pun parti kuali diam membisu seperti setan bisu sebab takut pada abang besar evangelis.

Anonymous said...

Lu manyak kencing ma ! Itu pee hancing punya menteli tak ada masuk PN ma. Dia masuk terowong mahu kaya cepat ma !

Anonymous said...

Wah lu marah sebab lu makan cili api ? Pedas sangatkah bro sehingga meroyan histeria ?

Anonymous said...

Dulu abang besar roket janji mahu hapuskan tol tetapi janji sudah menjadi air kencing yang hancing. Rakyat tertipu !

Ini kalilah undi PN !

Anonymous said...

Abam anuwar janji macam macam. Harga barang turun, harga petrol turun. Takda rasuah. Ucapan perfect.

Tapi boleh ker percaya. Cakap macam perfect. Tapi kata azmin cermin muka dulu.

Pkr x macam dulu. Dulu orang percaya kat abam anuwar. Tapi banyak sangat gagalnya, rakyat percaya yg abam anuwar kaki klentong. Semua yg dia cakap, banyak tak jadi.

Sekarang ni pkr banyak bergantung kepada undi komunis dapig. Sampai abam anuwar nak jadi pm pun disupport oleh komunis dapig. Bila komunis dapig masuk campur, bahaya buat malaysia.

Anonymous said...

Antara harta negara yang telah dijual oleh Pakatan Harapan.

https://www.cinca.news/2022/10/antara-harta-negara-yang-telah-dijual.html?m=1

Anonymous said...

Jom sokong pas.
Tak payah sokong pkr.
Yg sokong pkr ramai yg mangkok ayun.
Ada sorang artis yg sokong pkr adalah ex dato.
Macam abam anuwar yg ex dato sri dari sebuah negeri.
Lagi pun kalau pkr menang, bilangannya kalah dengan komunis dapig.
Walau pun campur dgn pan.
Jadi jangan jadi pelingkop negara dengan sokong pkr parti khianat negara.

Anonymous said...

Pee hancing adalah seekor seekor buaya tembaga yang berpura-pura mengeluarkan air mata buaya untuk memancing rakyat sambil menunggu peluang untuk membaham rakyat yang lalai dan naif.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails