Monday, October 31, 2022

Lagi bahaya pusat hiburan. Rempuhan di Itaewon & dadah KL.

 

Orang ramai meletak jambangan bunga bagi memperingati mangsa tragedi rempuhan di Itaewon. - FOTO AFP

1. Tragedi rempuhan di Itaewon: Angka maut dijangka meningkat 

SEOUL: Angka terkini mangsa tragedi rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, semalam, meningkat kepada sekurang-kurang 153 maut dan 103 lagi cedera.

Namun, bilangan korban dijangka terus meningkat berikutan 37 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lebih 90 yang maut berusia lingkungan 20-an, selain sebilangan mangsa berumur 30-an dan 40-an serta empat remaja, menurut seorang pegawai penguat kuasa.

Jumlah warga asing terkorban pula mencecah 20 mangsa termasuk empat dari China dan Iran; Russia (tiga); di samping masing-masing satu dari Amerika Syarikat (AS), Perancis, Vietnam, Uzbekistan, Norway, Kazakhstan, Sri Lanka, Thailand dan Austria, menurut angka rasmi dikeluarkan pihak bomba.

Sementara itu, seramai 141 daripada 153 mangsa sudah dikenal pasti dan keluarga mereka turut dimaklumkan. Polis juga melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 mengorbankan 304 nyawa yang kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Sambutan berkenaan merupakan acara Halloween yang pertama di Seoul dalam tempoh hampir tiga tahun, selepas Korea Selatan menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19. – BERNAMA

2. 5 anggota polis ditahan miliki dadah di pusat hiburan 

Kuala Lumpur: Lima anggota polis ditahan dan pelbagai dadah seberat 13.9 gram dirampas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong di sini, kelmarin.

Serbuan Ops Noda pada jam 11.45 malam itu dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata ketika serbuan dilakukan, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku penjaga premis.

"Polis turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Vietnam yang disyaki pelayan pelanggan.

"Ketika pemeriksaan di sebuah bilik, terdapat lima pengunjung yang juga penjawat awam. Hasil pemeriksaan dijalankan menemui dadah jenis methamphetamine anggaran berat 0.87 gram, pil eramin 5 (7.38 gram) dan ganja (5.65 gram)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati empat suspek positif dadah amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang suspek positif ketamin.

"Jumlah keseluruhan dadah dirampas dianggarkan boleh dibekalkan kepada lima sehingga 10 pengguna dadah. Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah diperoleh," katanya.

Katanya, kelima-lima suspek ditahan reman tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, kes juga akan disiasat dari segi kesalahan tatatertib.

Sementara itu, Amihizam berkata, pusat hiburan juga akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rampasan dadah itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi pihaknya di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.

Komen Weblog Ibnu HasyimLagi bahaya pusat hiburan. Rempuhan di Itaewon & dadah KL.

Solusinya: 

(i) Tingkatkan kawalaan, kalau di Malaysia perlu di 'patuh syariah'kan.

(ii) Diperbetulkan konseb hiburan, tidak berunsur keganasan.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Soalan: Apakah hukum menyambut perayaan Halloween?

Jawapan:

Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.

Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

Menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.

Riwayat Abu Daud (4031)

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]

Anonymous said...

Hantu zaman dahulu suka makan telur dan pulut sebelum dihantar merasuk mangsa dalam kampung.

Hantu zaman moden suka makan dedak cap roket sebelum tuannya menghantar hantu-hantunya ke media sosial untuk merasuk pembaca dan penonton dengan menggunakan mentera sihir karut marut.

Jika badan mangsa berbau hancing, ini bererti mangsa tekah dikencing oleh hantu-hantu ternakan pee hancing untuk kali keDUA.

Nota : Rakyat dikencing kali pertama dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi oleh hantu-hantu dedak ternakan pee hancing dalam tahun 2018.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails