Saturday, September 24, 2022

PAS tolak bubar Dun musim tengkujuh. Setuju!

 


1. Negeri diterajui PAS tolak bubar Dun musim tengkujuh 

KOTA BARU: Kerajaan negeri yang ditadbir PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan pada musim tengkujuh.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan mengadakan PRU pada akhir tahun ini.

Ini kerana katanya banjir yang berlaku setiap akhir tahun berikutan angin Monsun Timur Laut, memerlukan peruntukan dan perbelanjaan yang besar khususnya di Pantai Timur.

“Mesyuarat PAS peringkat pusat baru-baru ini mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) di tiga negeri berkenaan sehingga Mac 2023 sebelum penggal berakhir,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya semalam.

Baru-baru ini Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamid dilaporkan berkata, BN sanggup meredah banjir sekiranya diadakan PRU pada akhir tahun ini.

Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan yakin Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak berhasrat untuk mengadakan PRU pada akhir tahun ini.

“Namun perdana menteri didesak pihak tertentu untuk mengadakan pilihan raya lebih awal khususnya membabitkan dalam kalangan pemimpin Umno sendiri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/9/2022


2. PAS akan utarakan PRU15 tidak diadakan tahun ini 

Foto daripada Facebook Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata wakil parti yang berada dalam gabungan kerajaan, akan mengutarakan pendapat supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan tahun ini.

“Dalam suasana hari ini, tidak perlu lagilah mengadakan PRU15 terutamanya waktu (hampir musim) banjir, kita sudah tahu akan banjir dan ia akan menyukarkan dalam kalangan yang menguruskan pilihan raya itu nanti,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Amanat Menteri, di sini hari ini.

Idris berkata PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga sekitar Mac 2023, apabila penggal DUN tamat.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS tolak bubar Dun musim tengkujuh. Setuju, kerana masalah dan keutamaan rakyat perlu diutamakan dan diambil kira.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Mungkin pimpinan pas nampak ke kampungan. Tapi terbukti ramai usahawan bumiputra di kelantan. Yg sangat penting, usahawan ini berjaya tanpa rasuah.

Beza dengan usahawan dapig yg berjaya melalui rasuah. Termasuklah boss mereka eng guan.

Anonymous said...

Jgn fitnah. Mahkamah belum jatuh hukum lg.

Anonymous said...

Dapatan kajian. Yg paling ramai bagi rasuah ialah org cina.

Tak setuju boleh saman pengkaji berkenaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails