Tuesday, September 20, 2022

Bangunkan Kg Cina terbakar, X perkauman. Ini, Tommy perkauman.

 

Ahmad Samsuri (dua kiri) bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid (kanan) semasa melawat kawasan kebakaran membabitkan 12 rumah kedai di Jalan Bandar, Kampung Cina, Kuala Terengganu. - Foto NSTP/Ghazali Kori

1. Terengganu akan bangunkan semula kawasan Kampung Cina terbakar

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan membangunkan semula kawasan Kampung Cina di sini yang terbakar kelmarin dengan mengekalkan ciri-ciri warisan yang menjadikannya tarikan pelancong.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata perbincangan pembangunan semula akan dibuat bersama sebahagian pemilik bangunan sebaik laporan penuh berkaitan kejadian diperoleh.

"Kita akan bincang cara terbaik supaya ia (pembangunan semula) tidak pelik, …kalau jadi bangunan lain, suasana di sini pun jadi lain.

"Sebab bila pemilik peribadi, kita kena cuba yakinkan mereka supaya kerajaan boleh bantu dengan cara-cara tertentu untuk kekalkan suasana (warisan).

"Kita akan cuba memastikan suasana di kawasan Kampung Cina yang menjadi warisan atau tempat sejarah bagi Kuala Terengganu ini dibangunkan kembali dan tidak terjejas akibat kebakaran," katanya ditemui selepas melawat lokasi kebakaran di Kampung Cina, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, buat permulaan sebanyak RM2,000 untuk pengurusan semasa dan perbincangan akan diadakan bersama penyewa atau pemilik bangunan bagi menyelesaikan masalah berkaitan."Perkara ini tidak boleh diselesaikan sekelip mata tetapi kita akan cuba bantu dan saya difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

"Sebaik siasatan selesai, kerajaan negeri dan JBPM akan memberi penerangan, taklimat dan sebagainya perkara-perkara yang perlu kepada penduduk di kawasan ini," katanya. (BH)


2. Kenyataan Tommy menyalakan api perkauman 

BUDAYA politik rasis dan ekstrem semakin laris di kalangan mereka yang laparkan populariti. Membakar sentimen kaum adalah cara yang mudah untuk jadi tersohor tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Demi mengejar nama dan sokongan akhirnya bumi yang subur hangus terbakar.

Inilah pengalaman negara kita tatkala PRU tahun 1969 dahulu apabila parti-parti perkauman kuat membakar sentimen ini semasa berkempen. Mereka terang-terangan mengadu-domba, menghasut ketidakpuasan sesetengah pihak dan dicucuh pula oleh dakyah jahat Parti Komunis Malaya. Tindakan melampau ini akhirnya meletus luar kawalan dan terjadilah Persitiwa Hitam 13 Mei yang mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda.

Hari ini ada pihak yang masih mahu bermain dengan api. Berikut adalah kenyataan Tommy Thomas bekas Peguam Negara di zaman PH dalam Forum ‘Dark forces towards GE15’ yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Sabtu lepas:

“Pertama saya fikir punca Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) letak jawatan sekali gus memberi laluan kepada dua kerajaan untuk mentadbir dalam tempoh dua tahun setengah kerana tanggapan mereka pentadbiran sebelum ini sebagai tidak cukup Melayu.


“Namun dalam tempoh dua tahun setengah, anda ada Kabinet yang didominasi oleh orang Melayu. Selepas dua tahun setengah itu, ada persoalan penting yang ingin diutarakan: Adakah kerajaan Melayu hari ini lebih efisien dan baik?


“Saya rasa jawapannya, pengundi Melayu pun akan berkata, ‘adakah anda bergurau? Biar betul!’ Mereka buat kerja yang begitu buruk dalam pentadbiran. Jadi Kerajaan Melayu (hari ini) telah gagal. Jadi anda perlu menggunakan isu ini,”

Kerajaan Melayu telah gagal dakwa Tommy.

Apakah mesej yang mahu beliau bawa sebenarnya, di hadapan peserta yang bukan-Melayu? Bekas Peguam Negara mahu menghodohkan Kerajaan Keluarga Malaysia dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin sebelumnya, kononnya ia kerajaan gagal jika dibanding dengan Kerajaan PH yang melantik beliau.

Menurut beliau apabila umat Melayu Islam bersatu, membina kekuatan politik dan menjadi tunjang negara, mereka menjadi tidak efisien dan tidak baik, akhirnya gagal, adilkah dakwaan itu? Terutama melonggokkan tuduhan jijik itu atas kemampuan dan kebolehan kaum Melayu?

Tidak pastilah adakah Tommy bercakap sebagai perkakas PH atau bagi pihak dirinya yang pernah dilantik kerajaan PH. Apa pun ternyata ia suatu kenyataan yang berbau perkauman dan cukup jahat serta tidak langsung menyumbang ke arah perpaduan nasional.

Anasir seumpama beliaulah yang perlu dijauhi dan demikian juga parti yang mendukung dan mengangkat beliau.Waspada puak rasis dan ekstrem ini, jangan sampai Malaysia kembali ke zaman lampau.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 20/9/2022 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti PAS bukan parti perkauman seperti DAP dan kuncu-kuncunya di Pulau Pinang. Di Terengganu, sanggup bangunkan Kampung Cina yang terbakar. 

Bukan macam ini, Tommy kepala bapak perkauman?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails