Friday, September 23, 2022

Kena tahu mungkar ini, 'ratu kolam renang SUKMA' ...& Raja Charles III.

 

Atlet Johor, Rouxin Tan memberi isyarat enam sebagai simbolik dia memenangi enam pingat emas pada temasya SUKMA ke-20 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad.

1. Tan Rouxin ratu kolam renang SUKMA ke-20

KUALA LUMPUR: Perenang wanita Johor, Tan Rouxin layak dinobatkan sebagai ratu kolam renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 selepas memenangi keseluruhan enam pingat emas pada temasya kali ini.

Pada hari terakhir renang dipertandingkan, sebentar tadi, Rouxin merekodkan emas keenam peribadinya selepas mengungguli acara 100 meter (m) kuak lentang dengan catatan masa 1:05.19 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Perenang berusia 16 tahun itu mengatasi atlet Wilayah Persekutuan, Chong Xin Lin yang meraih perak (1:05.55s) dan gangsa milik Kelly Teo Yao dari Sarawak (1:07.41s).

Rouxin berharap pencapaian luar biasa yang dilakarnya pada penampilan pertama di temasya SUKMA kali ini dapat membuka peluang untuk dia diserap dalam skuad kebangsaan bagi membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

"Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong dan sentiasa berada di belakang saya selama ini. Kejayaan kali ini juga sangat tak disangka-sangka.

"Dengan enam pingat emas pada penampilan pertama saya di SUKMA, ia adalah perkara luar biasa. Saya sendiri tidak percaya.

"Selepas ini saya mahu melayakkan diri ke Sukan SEA Kemboja tahun depan kerana itu adalah harapan terbesar saya setakat ini," katanya yang turut meraih emas dalam acara 200m kuak lentang, 50m kuak dada, 100m kuak dada, 200m kuak dada, 200m rampaian.

Sementara itu, perenang lelaki Wilayah Persekutuan, Bryan Leong Xin Ren turut cemerlang selepas meraih lima pingat emas menerusi acara 50m kuak kupu-kupu, 100m kuak kupu-kupu, 50m kuak dada, 50m gaya bebas selain membantu pasukannya memenangi acara 4X100 gaya bebas.


BERITA BERKAITAN


2. Raja Charles III: Satu memori di Islamic Foundation, UK 

Raja Charles ceria bersama kanak-kanak dan warga Islamic Foundation UK.

KEMANGKATAN Ratu Elizabeth II pada tanggal 8 September 2022 yang lalu menamatkan salah satu rekod pemerintahan monarki paling lama dalam sejarah moden dunia iaitu melebihi 70 tahun. 

Sejurus itu Raja Charles III telah dinobatkan sebagai Raja Great Britain yang baharu dalam upacara yang penuh gilang-gemilang serta mendapat respon yang pelbagai dari masyarakat dunia.

Harapan tinggi diletakkan kepada Raja Charles III untuk membawa perubahan dan era baharu kepada Great Britain terutamanya dalam keadaan yang penuh mencabar ketika ini akibat daripada krisis tenaga yang kritikal, kadar inflasi yang tinggi dan kemungkinan besar kemelesetan ekonomi yang bakal melanda Great Britain.

Tidak kurang juga yang menolaknya dan mengaitkan dengan kedurjanaan imperialisme Great Britain yang menjarah dan menjajah dunia khususnya Dunia Islam. Malah telah mula kedengaran suara-suara dari Ireland Utara dan Scotland yang mahu menuntut kemerdekaan atau pemisahan dari Great Britain termasuk dari wilayah-wilayah yang masih berada di bawah jajahannya.

Namun ramai penganalisa politik antarabangsa dan institusi monarki Great Britain tidak menolak kemungkinan Raja Charles III bakal menempuhi laluan berliku sebagai pemerintah baharu yang dibayangi oleh era pemerintahan ibundanya Ratu Elizabeth II yang telah bertapak sejak sekian lama.

Sekitar awal tahun 2003 ketika menuntut di Markfield Institute of Higher Education yang berada di bawah pentadbiran Islamic Foundation, Leicestershire, United Kingdom, saya ditugaskan untuk membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dalam majlis perasmian bangunan baharu oleh Raja Charles III di pusat pengajian tinggi Islam tersebut.

Walaupun hampir 20 tahun berlalu, ia masih lagi berada dalam lipatan ingatan saya sehingga ke hari ini. Dalam ucapan Raja Charles III ketika upacara perasmian tersebut, antara lain beliau menyatakan bahawa; 

Barat sepatutnya berterima kasih kepada tamadun Islam kerana jika bukan kerananya maka Barat tidak akan dapat mengecapi kemajuan seperti hari ini”.

Namun ucapan yang begitu bermakna ini tidak diketengahkan oleh media Barat dan ianya tidak mengejutkan kerana pentadbiran Great Britain pada ketika itu diterajui oleh parti Buruh pimpinan Tony Blair yang menjadi sekutu utama Presiden Amerika Syarikat George W. Bush dalam kempen perang menentang keganasan ke atas Afghanistan dan Iraq yang menyebabkan kehancuran negara tersebut dan membuahkan Islamofobia sehingga ke hari ini.

Bagi orang Barat sama ada ahli politik mahupun akademik yang jujur, mengakui peranan tamadun Islam terhadap kemajuan tamadun Barat. Ini dapat dilihat daripada bukti-bukti yang begitu banyak diketengahkan berkaitan hubungan antara tamadun Islam dengan Barat sejak sekian lama dan sumbangan pengaruh peradaban Islam kepada kemajuan Barat pada hari ini.

Ketika Barat berada di era “kegelapan” dan “kemunduran”, Dunia Islam berada di era keemasan dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan dan kemajuan di samping berjaya mengislamkan tamadun-tamadun manusia sebelumnya dengan menerapkan roh aqidah, syariat dan akhlak di dalamnya.

Namun setelah tamadun Barat di zaman pertengahan mula sedar tentang kemajuan tamadun Islam dan mula mempraktikkannya serta mula memaparkan hasil, Barat mula memanipulasi Dunia Islam sehingga akhirnya menyebabkan ribuan manuskrip milik tamadun Islam “jatuh” ke tangan Barat dan kini disimpan dengan rapi di beberapa universiti tersohor Barat seperti di Oxford, Cambridge, Laden dan lain-lain lagi.

Ketika zaman kegemilangan tamadun Islam dari sudut peradaban khususnya ketika era pemerintahan Bani Abbasiyyah dan kerajaan Islam di Sepanyol, Barat dan ketamadunannya berada di zaman kegelapan.

Zaman Bani Abbasiyah adalah kemuncak perkembangan ilmu pengetahuan di dunia ketika itu di mana ia menyebabkan kebanjiran orang-orang Barat ke Damsyik dan Baghdad.

Ketika era tersebut lahirnya cendikiawan-cendikiawan terkemuka Islam seperti Ibnu Sina, Al Farabi, Al Buruni dan ramai lagi. Ketika era ini juga akibat daripada perkembangan tamadun Islam dan ilmu pengetahuan, maka berlakulah perkembangan ilmu seperti geografi, matematik, astronomi, perubatan, sains dan banyak lagi sehingga lahir cendekiawan seperti Aristotle, Euclid, Claudius Ptolemy dan lain lain lagi.

Ketika ini lahir “kitab” perubatan unggul yang dikenali sebagai Canon of Medicine yang mengenal pasti penyakit batuk kering sebagai penyakit berjangkit, radang paru-paru, pelbagai jenis penyakit saraf, jangkitan penyakit melalui pencemaran air dan tanah, demam campak, cacar, barah perut, kemajuan rawatan penyakit mata dan banyak lagi.

Selain daripada itu, hospital di zaman Bani Abbasiyah adalah yang termaju dan paling efektif ketika itu dengan dianggarkan terdapat lebih daripada 30 buah hospital secara keseluruhannya yang terletak di bandar-bandar utama di Parsi, Syria dan Mesir.

Begitu juga dalam bidang saintifik Islam, dalam bidang optik seperti teori kanta, kepantasan, pengaliran dan biasan cahaya. Dalam bidang kimia, pelbagai kemajuan besar dicapai ketika itu seperti proses penyulingan, penapisan dan sublimation kimia dan kewujudan unsur sebatian baharu seperti soda karbonat, borat, silver nitrat dan lain-lain lagi.

Ilmu matematik dan astronomi turut berkembang pesat ketika itu seperti pengenalan sifar, perpuluhan, algebra, trigonometry, kajian cakerawala seperti bintang, bulan, putaran bumi mengelilingi matahari, kedudukan orbit bumi dan lain-lain lagi.

Industri dan perdagangan menjadi teras kepada kecemerlangan Bani Abbasiyah di mana ia adalah yang termaju di dunia ketika itu dan boleh dikatakan “road map” utama perdagangan dan perindustrian yang wujud sehingga ke hari ini. Ketika itu boleh dikatakan hampir setiap wilayah mempunyai industri utama yang menjadi pemangkin ekonomi dan perdagangan.

Mosul menjadi peneraju industri kapas dan kain, Baghdad menjadi peneraju industri kaca, perhiasan, tembikar dan sutera, Maghribi menjadi peneraju industri barangan kulit dan begitu juga bandar-bandar lain yang menjadi peneraju industri logam, minyak wangi, kertas, tekstil, dadah perubatan dan lain-lain lagi.

Kincir angin yang banyak digunakan hari ini adalah hasil teknologi di zaman Bani Abbasiyah yang ketika itu digunakan sebagai salah satu elemen pengairan dalam sistem pertanian ladang. Seterusnya di zaman ini, bermula inovasi dan penggunaan awal kuasa hidro, penggunaan kuasa ombak, gear, pam dan membina kapal-kapal perdagangan besar untuk merentas lautan termasuk penggunaan dinar emas.

Semua kemajuan ini kemudiannya diadaptasi oleh tamadun Barat dan dikembangkan penyelidikan serta kemajuan sebagaimana yang kita lihat hari ini. Maka tidak salah lagi, ketamadunan Islam mempunyai pengaruh dan jasa besar terhadap kemajuan yang dicapai oleh Barat pada hari ini.

Maka adalah benar sebagaimana ungkapan Raja Charles III bahawa sewajarnya Barat menghargai sumbangan dan berterima kasih kepada tamadun Islam terhadap apa yang dikecapinya hari ini. Islam sebenarnya adalah tamadun yang cukup besar dan berjaya membentuk dunia sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Umat Islam sewajarnya mengangkat kembali maruah, jatidiri dan membuktikan kepada dunia bahawa Islam dan ketamadunannya tidak pupus dan ditelan zaman. Namun sikap umat Islam sendiri membuatkan dunia tidak mengendahkan mereka serta menganggap segala kemajuan tersebut adalah sejarah lampau.

Dunia Islam perlu berubah serta mengeratkan perpaduan dan kesatuan kerana dengan itu ia akan dapat mengembalikan kekuatan, kesatuan serta kemajuan yang seterusnya mampu mengembalikan maruah dan jatidiri umat Islam. Sejarah telah membuktikannya dan dengan keazaman serta kepercayaan, sejarah mampu berulang kembali.

Malaysia Sejahtera

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 24/9/2022


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kena tahu mungkar ini, 'ratu kolam renang SUKMA' ...& Raja Charles III.

(i) Kita sebagai rakyat di negara umat Islam Malaysia, mesti sedar, bahawa 'Perenang wanita Johor, Tan Rouxin layak dinobatkan sebagai ratu kolam renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2022' selepas memenangi keseluruhan enam pingat emas pada temasya kali ini.

Ertinya, kita menyokong 'suatu temasya kegiatan mungkar' terang-terang yang diumumkan seperti di atas. Pesta sukan 'dedah aurat wanita' tidak selayaknya dianjurkan oleh negara umat Islam, yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)

Apa, tidak ada pemikiran cerdik atau idea bernas dari penganjur melaksanakan kegiatan sukan dengan tidak perlu dedah aurat?

(ii) Mengenai '...& Raja Charles III', kita bersetuju   dengan ucapan Raja Charles III,

Barat sepatutnya berterima kasih kepada tamadun Islam kerana jika bukan kerananya maka Barat tidak akan dapat mengecapi kemajuan seperti hari ini”.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

Apa komen mat jambu bila wak dibebaskan. Mat jambu berapi bila fitnah wak. Takda beza mat jambu dan eng guan dlm urusan fitnah. Chief khadam kpd eng guan, abam tunggu skrip fitnah dari mat jambu.

Penyamun perompak hoi hoi ya hoi kata altimatum. Mabuk ketum. Meghoyan team pee hancing. Hancus org melayu ikut abam. The wrecker of malay society. Habis org melayu kena lebel penyamun perompak oleh abam and the team. Juah dapig mereka ini.

Jom joint atau sokong pas. Kita benteras rasuah bersama pas.

Anonymous said...

Wang yang dicuri oleh Zety dan Taufik Ayman anak penyamunnya sebanyak RM700 juta duit AMLA berbanding amount yang dipalsukan tandatangan nya Najib hanya berjumlah 34 juta...!!

Kecurian wang RM34 juta yang dicuri dengan tandatanga yang dipalsukan dikenakan denda RM210 juta..!! Hebat yang RM700 juta yang dicuri oleh Zety dan Taufik serta buat buat buta tidak pula didakwa. Agak agak berapa denda yang dikenakan kalau wang curi RM700 juta didakwa ke mahkamah.?

Walau pun kemenangan di mahkamah kartel tidak ada rasa orang Melayu terlonja dan terkinja kinja dari impak kemenangan kepada Tun dan pada orang Melayu. Yang pasti fitnah jijik dan barua Lee Kwan Yew dan proksi menang.

Malaysia Boleh... Kartel Mafia Kerala Boleh..!!

Anonymous said...

Bebas pun.... banyak udah tertelanjang. Tunggu perbicaraan seterusnya.

Pemimpin parti rasuah pegang duit juta2. Anak pun mewah. Kereta motor bersusun.

Rakyat susah hutang rata2.

Malang geng parti Islam extreme bergabung penyamun perasuah bentuk kereejaan.

Pilih PH pru nanti.

Anonymous said...

Apa kata mat jambu bongkar atok kerala. Xkan tiada kes dari atok kerala. Jemu jugak asyik bongkar satu kaum jer.

Cer bongkar juga bangsa dapig. Mereka ni 90% keturunan komunis. Bangsa ini juga yg kuat beri suapan. Adakah atok kerala terasa gelinya. Sebab atok kerala punya ramai kerabat dari bangsa ini.
Ramai bangsa ini kaya segera masa atok kerala jadi pm.

Ada berani ker mat jambu. Atau mat jambu defend bangsa dapig dan org melayu adalah sasaran utama mat jambu. Jangan jadi pengkhianat kpd melayu mcm mat sabun. Komunis adalah pejuang kemerdekaan. Nak jadi ayam tambatan eng guan yg waris komunis.

Mat sabun, mat jambu dan abam adalah ketua yg menyemai benih kebencian kpd org melayu. Altimatum ketum pun dah cipta senikata hoi hoi ya hoi. Lebel org melayu perompak dan penyamun.

Sedangkan org melayu tidak begitu. Jom sokong pas. Calon terbaik untuk bertembung dengan yg makan suapan dan yg menyuap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails