Friday, September 23, 2022

Rasuah: VLN Ahmad Zahid bebas. B/menteri China dipenjara..

 

Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar keputusan sama ada beliau perlu membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). -foto BERNAMA

1. Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohd Yazid berkata, selepas menimbangkan semua bukti dan keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid.

BERITA BERKAITAN


2. Makan rasuah RM75j: Bekas menteri dipenjara seumur hidup 

Fu Zhenghua Fu, 67, yang pernah menjadi salah seorang ketua polis paling berkuasa di China. (FOTO: ChinaDaily)

BEIJING: Bekas Menteri undang-undang China, Fu Zhenghua, yang sebelum ini telah mengetuai beberapa penyiasatan berprofil tinggi terhadap rasuah, telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup sabit kesalahan menerima rasuah sebanyak 117 juta yuen (RM75 juta).

Media kerajaan China dalam laporannya pada hari ini, Khamis (22 Sept) melaporkan bahawa Fu, 67, yang pernah menjadi salah seorang ketua polis paling berkuasa di China itu dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan, namun akan ditukar kepada penjara seumur hidup selepas dua tahun, tanpa kemungkinan parol, lapor Reuters. 

Selain itu, Fu merupakan timbalan ketua Kementerian Keselamatan Awam sebelum dilantik jawatan menteri kehakiman pada 2018, dan telah mengetuai banyak penyiasatan berprofil tinggi termasuk siasatan kira-kira sedekad lalu ke atas Zhou Yongkang, bekas csar keselamatan. 

Menurut The Economic Times pula, lebih sejuta pegawai Parti Komunis China (PKC) yang memerintah dan berpuluh-puluh pegawai tertinggi tentera China telah dihukum dalam kempen anti-rasuah menyeluruh yang dijalankan oleh Presiden China, Xi Jinping sejak beliau berkuasa pada akhir 2012.

Pengkritik berkata kempen antirasuah telah membantu Jinping mengukuhkan asas kuasa kepimpinannya.

Jinping, 69, yang mengetuai PKC, tentera, selain jawatan Presiden dijangka menamatkan tempoh perkhidmatannya selama sepuluh tahun, menjelang akhir tahun ini.

Beliau secara meluas dijangka akan disahkan untuk rekod penggal ketiga oleh Kongres PKC sekali dalam lima tahun yang akan diadakan di sini pada 16 Oktober depan.

Jika disahkan, beliau akan menjadi pemimpin PKC pertama selepas pengasas Mao Zedong yang terus berkuasa melebihi dua penggal dan mungkin seumur hidup. – HARAKAHDAILY 22/9/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Zahid bebas, Zety Taufik Jho Low Nik Faisal bila nak tangkap...!?

Kes Zahid paling awal dibicara dan paling awal dibebas. Kes Zety lansung tak berjalan lansung diam macam setan bisu. Kanina tieeww na sengg..!!

'Fat Leonard' dah ditangkap di Amerika, Jho Low bila nak tangkap. Zety Taufik betul betul depan lubang hidung Tun bila pulak PDRM, SPRM nak tangkap keluarga puncuri ini..!?

Pegawai kanan Polis Antarabangsa (INTERPOL) di Venezuela memaklumkan, Francis yang berasal dari Pulau Pinang.

Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai 'Fat Leonard' yang melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, awal bulan ini, ditahan di Venezuela pagi kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS), warga Malaysia mendalangi skandal sogokan dan rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Francis terus ditahan di Venezuela menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi selepas Interpol mengeluarkan notis merah.

Jho Low bila pulak nak tangkap. Interpol dapat 'red notice' ke atau belum sebenar benarnya nih..!? Hanya tohan saja yg tahu

Zety dan Taufik depan lobang hidung Tun tu bila pulak nak ditangkap..!? Kalau ini jugak yang dipilih oleh rakyat jangan harap reformasi, jangan harap ada perubahan. Mafia kartel Kerala tetap bermaharajalela..

Kalau masih tidak ada rasa meluat, rela jadi bodoh rela dibangangkan takkan nak tunggu hingga Malaysia digadai pula pada bangsa Perasuah DAP@Lee Kwan Yew oleh puak barua ini..!! Pulau Batu Putih baru digadai pada anak Lee Kwan Yew. Mme nak melingkup merempat lah bangsa Melayu di tanah air sendiri..

Contoh berfakta Nevin Tan ini anak Bangsa Perasuah kroni Mafia Kerala dibela oleh Taikun Bangsa Perasuah Vincent Tan... pulis dah tangkap anak taikun tanam ladang ganja berkilo...tapi tiada pendakwaan dan anak bangsa perasuah ini lepas bebas

https://negaramerdeka.com/peguam-negara-dicabar-buka-semula-kes-dadah-libatkan-anak-lelaki-taikun-judi-vincent-tan/

Penyanyi melayu tangkap hukum gantung

Kalau tak ada rasa meluat baik mampos saja!!


#meluatsampaimuntahhijau

Anonymous said...

Foto terbaru Jho Loh berada di Macau.

PDRM dah hantar red notis ke INTERPOL ke atau goreng mamak saja nak geli geli rakyat Malaysia...!?

Wartawan Tom Wright dan Bradley Hope mendedahkan satu foto terbaharu didakwa menunjukkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di sebuah pusat membeli belah di Macau, China.

Menurut Bradley, foto tersebut diterima daripada penyiasat persendirian yang merakam gambar Jho Low memakai baju berwarna oren yang membelakangkan kamera.

Bradley berkata, penyiasat persendirian itu turut menunjukkan sebuah foto yang mendedahkan wajah Jho Low pada ketika itu namun beliau tidak dibenarkan untuk berkongsikan gambar berkenaan atas sebab tertentu.

“Jelas sekali terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang sangat dicari kerana usaha ingin mendapatkan semula wang (telah diseleweng daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

#macamcelanat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails