Friday, September 23, 2022

'terlalu cantik' bawa bencana? ..Penculikan.

 

Gillian mendakwa ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman atas alasan ‘terlalu cantik’. Foto Weibo/Gillian Chung

1. Gara-gara terlalu cantik, akres 41 tahun ditahan di lapangan terbang Jerman

HONG KONG: Gara-gara terlalu cantik, aktres Hong Kong, Gillian Chung mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman.

Pelakon berusia 41 tahun itu membuat pendedahan itu dalam program Promise for You ketika ditanya mengenai pengalaman bercuti yang sukar dilupakan.

Pada temuramah itu, Gillian memberitahu dia berangkat ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan temannya.

Namun, dakwanya, dia ditahan selepas pesawat dinaiki transit di Jerman.

"Hanya disebabkan saya dan seorang lagi teman perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang," katanya, lapor agensi.

Bagaimanapun, Gillian tidak menyatakan siapa teman yang berada dengannya ketika kejadian. Dia juga tidak memberitahu bila perkara itu berlaku, lapor agensi.

Gillian yang turut menceburi bidang muzik sebagai penyanyi Canto Pop memberitahu, dia cuba menjelaskan kepada pegawai Imigresen terbabit bahawa dirinya selebriti.

Namun, dakwa Gillian, penjelasan dan rayuannya tidak dilayan. Sebaliknya, pegawai Imigresen terbabit terus menyoal siasat dirinya.

"Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tidak ditempatkan dalam bilik.

"Sebaliknya, saya ditahan... Saya memang tidak bernasib baik," katanya.

Gillian tampil dalam program 'variety' Promise For Yo bersama Cyndi Wang, Charlene Choi, Huang Xiaolei dan Wu Jinyan. - AGENSI


2. Polis siasat dakwaan hampir berlaku penculikan di SK Sri Wangi  

GUA MUSANG: Polis masih menyiasat dakwaan hampir berlaku insiden penculikan melibatkan dua murid Sekolah Kebangsaan Sri Wangi di sini pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata siasatan dilakukan susulan penularan pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu.

Beliau berkata susulan itu, pihak sekolah telah bertemu dan bertanya kepada murid terbabit.

“Kejadian pertama pada Isnin kira-kira 5 petang membabitkan murid Tahun 4 yang mendakwa dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta Perodua Kancil warna putih di sebelah jalan menghala ke Gua Musang telah memanggilnya namun tidak dihiraukan.

“Kejadian kedua pada Selasa kira-kira 5 petang melibatkan murid Tahun 1 yang mendakwa dipanggil dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta Perodua Myvi warna kelabu namun murid terbabit juga tidak menghiraukan panggilan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata susulan kejadian itu, pihak sekolah meminta polis melakukan rondaan dan pemantauan semasa murid sesi pagi pulang pada 12.45 tengah hari dan ketika murid pulang selepas Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) pada 4.45 petang.

“Diharap ibu bapa dan penjaga mengambil anak masing-masing tepat pada waktunya dan juga nasihatkan mereka jangan bermain di luar kawasan sekolah serta jaga keselamatan diri,” katanya sambil mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'terlalu cantik' bawa bencana? ..Penculikan.

Semuanya, perlu berhati-hati, insya Allah selamat!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails