Wednesday, September 21, 2022

Taliban X larang wanita bersekolah, cuma PBB isu buruk' Afghan.

 

Sekumpulan gadis menuju ke sekolah di Gardez, timur Afghanistan. Lima sekolah menengah kerajaan untuk kanak-kanak perempuan telah menyambung semula kelas yang jelas bertentangan dengan larangan negara. - Foto AFP

PBB kutuk tindakan Taliban melarang wanita bersekolah

KABUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menggesa Taliban membuka semula sekolah menengah bagi remaja perempuan di seluruh Afghanistan, selain mengutuk larangan bermula setahun lalu dan menyifatkan ia sebagai 'tragis dan memalukan'.

Beberapa minggu selepas Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, ia membuka semula sekolah menengah untuk lelaki pada 18 September 2021, tetapi melarang pelajar perempuan di sekolah menengah daripada menghadiri kelas.

Kementerian Pendidikan membuka sekolah menengah untuk perempuan pada 23 Mac lalu, namun kepimpinan Taliban mengarahkan kelas ditutup semula, beberapa jam kemudian.

Pemangku Ketua Misi Bantuan PBB di Afghanistan (UNAMA), Markus Potzel, dalam kenyataan berkata sejak itu, lebih sejuta remaja wanita tidak dibenarkan bersekolah. 

"Ini adalah ulang tahun tragis, memalukan dan boleh dielakkan sepenuhnya. Ia sangat merosakkan generasi wanita dan masa depan Afghanistan," katanya sambil menambah larangan itu tidak selari di seluruh dunia.

Ketua PBB, Antonio Guterres menerusi ciapan di Twitter menggesa Taliban membatalkan larangan itu.

"Mereka hilang peluang menimba pengetahuan selama setahun dan tempoh ini tak dapat dikembalikan. Wanita perlu bersekolah. Taliban perlu benarkan mereka masuk sekolah semula," katanya.

Beberapa pegawai Taliban berkata, larangan itu hanya sementara, selain memberi pelbagai alasan antaranya kekurangan dana dan keperluan untuk mengubah suai sukatan pelajaran berpandukan Islam.

Menteri pendidikan awal bulan ini, dipetik media tempatan sebagai berkata, ia adalah isu budaya, kerana ramai penduduk luar bandar tidak mahu anak perempuan mereka bersekolah.

Selain menutup sekolah menengah untuk perempuan, Taliban juga menghalang wanita daripada menyertai banyak pekerjaan kerajaan dan mengarahkan mereka bertudung, sebaik-baiknya burqa, di khalayak ramai.

Beberapa sekolah menengah untuk perempuan masih dibuka di wilayah yang jauh dari pangkalan kuasa pusat Kabul dan Kandahar kerana tekanan daripada keluarga dan ketua puak. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  

Sebenarnya, Taliban tak larang wanita bersekolah, cuma PBB saja main 'isu buruk'kan Afghanistan setelah AS gagal mengekalkan penjajahannya di negara tersebut.

Kerana  dalam agama Islam, wanita memiliki peranan penting sebagai ibu, sebagai pendamping suami, sebagai teladan dan pendidik untuk anak anaknya, juga peranan sebagai anggota masyarakat, dan lain-lain.  Ada pepatah menyatakan “Jika kamu mendidik satu laki laki, maka kamu mendidik satu orang. Jika kamu mendidik satu wanita, maka kamu mendidik satu generasi”

Begitu pentingnya peranan wanita dalam kebangkitan umat dan menuntut ilmu. Wanita boleh keluar rumah untuk menuntut ilmu.  

Allah SWT berfirman “dan hendaklah kalian menetap di rumah kalian serta janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang orang jahiliyah dahulu”. (Al Ahzab : 33).

Wanita sebaiknya menetap di rumah kecuali untuk hal darurat atau keperluan yang diperbolehkan dalam syariat Islam. Pada dasarnya wanita adalah partner bagi laki laki dalam kewajiban menegakkan syariat Islam.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tun Mahathir terdesak rayu kudakayu nya buat memorandum banjir

Usaha Rafizi untuk mengadakan pungutan suara rakyat (public referendum) adalah reaksi berlebihan kununnya untuk menunjukkan bahawa UMNO sedang berebut kuasa adalah satu alasan yang tidak logik sama sekali dan bertentangan dengan semangat demokrasi dalam negara ini.

Malah berulang kali menggunakan alasan negara akan berhadapan dengan banjir bagi menakut-nakutkan rakyat walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak bersedia untuk tewas dalam PRU kali ini.

Lebih menakutkan Rafizi jika saranan AJK PAS Pusat Mohd Zuhdi Marsuki yang mencadangkan agar PAS dan Umno berbincang untuk mewujudkan ‘kerusi muafakat’ di 27 kerusi parlimen dapat direalisasikan sudah pasti akan terus menutup peluang PH untuk kembali ke Putrajaya.

Usaha berlebihan pasal banjir melalyu MET dll satu acah acah power banjir besar
Goreng Banjir hujung tahun. Tahun ini mana ada banjir besar.. sikit sikit tu ada lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails