Friday, September 23, 2022

Budaya konsert, PAS salah? Banjir: KASA siap..

 

Kota Bharu, 01.10.05 - Mawi dan M.Nasir di Majlis Pengistiharan badaraya islam. Gambar HARIS IBRAHIM

1. Budaya konsert di Kelantan sebelum dan selepas 1990: PAS yang bersalah? Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

ORANG Kelantan terkenal dengan dua kutub sikap yang ekstrem sejak zaman-berzaman, dua wajah yang melengkapkan negeri Cik Siti Wan Kembang dengan tampang gelap dan cerah.

Jika zaman dahulu bersemaraknya pusat- pusat pengajian Islam seperti pondok serta tuan-tuan guru yang mengajarkan ilmu Islam kepada masyarakat sehingga Kelantan digelar sebagai Serambi Mekah.

Negeri dengan pengaruh Siam yang kuat ini juga bersemarak dengan serba mak neka hiburan dan permainan rakyat. Bulan Safar akan menyaksikan acara Puja Pantai dengan hiburan malamnya, makyong, menora, wayang kulit, rambong, bagih, main tteri, rodat dan sebagainya.

Manakala waktu siangnya dengan hiburan berorientasikan judi seperti berlaga ayam, berlaga lembu, berlaga kambing dan pertandingan kura-kura terpantas!.

Kegilaan masyarakat Kelantan dengan dunia hiburan bukan kaleng-kaleng, sebagaimana kegilaan masyarakat mereka pada budaya menadah kitab. Sukan tomoi atau Muay Thai boleh memacing ribuan khalayak, begitu juga pertandingan wau dan gasing. Negeri berbudaya ini mempunyai seribu keunikan, malah dilihat berani menongkah arus berbanding masyarakat di negeri lain.

Dekad 1980an ,saat budaya dan genre rock sedang menaufan buana ini, Kelantan menjadi hub hiburan Pantai Timur. Penganjur-penganjur konsert seperti “Box office” memilih Kelantan berbanding Terengganu dan Pahang.

Stadium Sultan Mohamad saban bulan digegerkan dengan konsert rock pelbagai kumpulan seperti May, SYJ, Wings, Search, Lefthanded, White Steel, Ella and the Boy, Bloodshed serta puluhan kumpulan yang lain.

Di bawah kerajaan BN, tiada sekatan atau halangan kepada apa jua bentuk hiburan, juga tanpa memikirkan apakah kesan hiliran konsert ini kepada anak-anak muda.

Budaya “woodstock” melanda anak muda Kelantan dekad 80an, sehingga penceramah-penceramah PAS memainkan isu bahana kerosakan moral anak muda di bawah kerajaan UMNO BN.

Perpecahan UMNO 1987, krisis MB dengan istana, direncahi dengan isu-isu moral anak muda dibawah kerajaan BN maka dalam PRU 1990, PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah telah menyapu bersih semua kerusi di negeri tanah serendah sekebun bunga itu.

Dengan slogan “Membangun Bersama Islam”, maka Tuan Guru Nik Abdul Aziz melakukan pelbagai reformasi dalam pentadbiran dan mengubah Kelantan paralel dengan nuansa perjuangan parti Islam.

Kelantan mengubah budaya yang bercanggah dengan Islam, diluruskan kembali penakrifan seni dan hiburan malah puluhan anak-anak seni menziarahi almarhum Tuan Guru untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.

PAS bukanlah tempat berhimpunnya kumpulan manusia ortodok, tertutup atau anti sosial. PAS dan Kelantan mewajahkan erti Islam yang syumul, mengajak manusia kembali bernaung di bawah Syariat Islam.

Dua hari ini riuh geger tanah watan ini apabila Konsert ‘Riuh Sokmo’ berlangsung di Ketereh Kelantan dengan puluhan ribu khalayak membanjiri padang.

Jeritan histeris anak muda perempuan dengan sorak sorai di padang mini stadium Ketereh menampilkan kumpulan rock lagenda dan tersohor tanah air, iaitu kumpulan Wings.

Kemunculan Awie, Joe Branko, Black dan Eddy menggamatkan konsert, bahkan dengan sedikit kelainan apabila Awie turut bernasyid. Kumpulan rock glam ini lama menyepi dan setelah mengadakan reuni bulan ini, mereka beraksi di Singapura dan lain-lain tempat dengan ribuan penonton.

PAS dan kerajaan Kelantan dikritik hebat kerana dituduh berubah sikap, polisi kluk klek dan menganjurkan program konsert ini, kononnya merosakkan anak muda.

Belum ada sejarah lagi, PAS menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk menganjurkan konsert bahkan sejak dekad 80-an, Pemuda PAS paling terkehadapan menentang konsert bersalut hedonisme sama ada artis dalam atau luar negara.

Sebenarnya konsert ini adalah anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (Menterinya tokoh UMNO Kelantan yang juga Ahli Parlimen Ketereh), MyCreative Venture Sdn Bhd (MyCreative Group) dengan kerjasama Celcom Axiata Bhd.

Sedih juga apabila melihat kawan-kawan asatizah menghambur amarah pada PAS dan kerajaan Kelantan atas penganjuran konsert ini. Saya tak pelik jika agamawan condong PH menganjing kerajaan Kelantan kerana agak payah mengubah sikap kebencian mereka terhadap PAS, namun merasa terganggu melihat asatizah non partisan begitu tak keruan melontar kritikan.

Kelantan bukanlah tak pernah diadakan konsert dizaman almarhum Tuan Guru Nik Aziz mentadbir (1990 sehingga 2014), kerajaan PAS Kelantan telah menganjurkan dan membenarkan beberapa konsert yang melibatkan artis tersohor dipapan carta hiburan tanah air.

Antara konsert yang pernah memancing ribuan khalayak ialah persembahan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV adalah Konsert Mawi dan juga Dato’ M Nasir yang telah diadakan pada 29hb November 2005.

Riuh geger seketika media menyorot konsert ini namun membuktikan konsert patuh syariah masih diizinkan di Kelantan. Pembenci PAS menuduh PAS pragmatis dengan menunggang populariti artis berkenaan, tapi PAS membuktikan bahawa mereka bukanlah seperti kerajaan Taliban di Afghanistan yang menyekat semua akses hiburan.

Kelantan terus berhibur dan diperkatakan langkah membenarkan ikon dunia rock mengadakan persembahan.

April 2009, Amy ( Shuhaimi Abdul Rahman) vokalis kumpulan Search telah mengadakan persembahan dalam sambutan Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Program ini turut dihadiri oleh almarhum Tok Guru Nik Aziz, bahkan almarhum memuji lirik lagu yang berunsur ketuhanan seperti “Mentari merah diufuk Timur”.

Almarhum sentiasa mengingatkan anak seni bahawa hiburan adalah untuk mengajak manusia hidup bertuhan, bukannya melalaikan manusia daripada agama. Begitu juga arahan almarhum agar pendikir-pendikir Kelantan mengubah lirik dikir agar berdikir juga mendapat pahala.

Kelantan menunjukkan contoh dan keteladanan dalam berhibur, sebab itulah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Kelantan telah diluluskan pada tahun 1998 dizaman almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Objektif Enakmen Kawalan Hiburan ini adalah untuk mengawal sebarang aktiviti berbentuk hiburan di Kelantan agar menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Tiada penyanyi perempuan dalam majlis terbuka, dan inilah faktor pendikir perempuan ramai membanjiri hujung negeri Terengganu (zaman BN) apabila Kelantan mengadakan kawalan hiburan.

Kelantan sebagai negeri pengkalan kuasa PAS terus membaiki tahap kawalan hiburan agar sensate culture tidak memunahranah akhlak rakyat terutama anak muda negeri itu, antaranya DUN Kelantan menegas dan memperkuatkan lagi dengan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 bagi menyatakan dengan jelas perkara-perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam semua bentuk hiburan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Dengan erti kata lain, hiburan mestilah patuh syariah dan penganjur yang gagal mematuhi Enakmen ini akan didenda.

Kelantan yang sentiasa dipandang sebagai role model pentadbiran Islam di negara ini mestilah tegas dengan menguatkuasa Enakmen Hiburan. PAS bukanlah anti kesenian dan kebudayaan, namun mestilah yang tak merosakkan ummah.

Ramai anak-anak Kelantan yang terlibat dengan bidang kesenian dan kebudayaan di negara ini juga bukti orang Kelantan berbakat dan bakat mereka tak dikongkong kerajaan.

PAS berbeda dengan UMNO, apatah lagi PH dalam meletakkan prinsip hiburan yang patuh Syariah. Kekalkan kerajaan PAS bagi memastikan adanya kawalan kepada semua bentuk hiburan agar tidak merosakkan masa depan ummah terutama kelompok anak muda. Setuju?

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI. – HARAKAHDAILY 20/9/2022


2. Banjir: KASA arah semua jabatan, agensi siap sedia 

4 comments:

Anonymous said...

bezo aponyo mcai. duk kata asing, masuk meme la asing dalam peh siap lompat lompat macam tak pernah gi tengok konsert. dalil dah mari. orang lain haram dia halal, segalanya mula di kedah..

Anonymous said...

Anon 8.04 konsert ko perihatin bangsa perasuah ko bole buat buto mato


'Fat Leonard' dah ditangkap di Amerika, Jho Low bila nak tangkap. Zety Taufik betul betul depan lubang hidung Tun bila pulak PDRM, SPRM nak tangkap keluarga puncuri ini..!?

Pegawai kanan Polis Antarabangsa (INTERPOL) di Venezuela memaklumkan, Francis yang berasal dari Pulau Pinang.

Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai 'Fat Leonard' yang melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, awal bulan ini, ditahan di Venezuela pagi kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS), warga Malaysia mendalangi skandal sogokan dan rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Francis terus ditahan di Venezuela menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi selepas Interpol mengeluarkan notis merah.

Jho Low bila pulak nak tangkap. Interpol dapat 'red notice' ke atau belum sebenar benarnya nih..!? Hanya tohan saja yg tahu

Zety dan Taufik depan lobang hidung Tun tu bila pulak nak ditangkap..!? Kalau ini jugak yang dipilih oleh rakyat jangan harap reformasi, jangan harap ada perubahan. Mafia kartel Kerala tetap bermaharajalela..

Kalau masih tidak ada rasa meluat, rela jadi bodoh rela dibangangkan takkan nak tunggu hingga Malaysia digadai pula pada bangsa Perasuah DAP@Lee Kwan Yew oleh puak barua ini..!! Pulau Batu Putih baru digadai pada anak Lee Kwan Yew. Mme nak melingkup merempat lah bangsa Melayu di tanah air sendiri..

Contoh berfakta Nevin Tan ini anak Bangsa Perasuah kroni Mafia Kerala dibela oleh Taikun Bangsa Perasuah Vincent Tan... pulis dah tangkap anak taikun tanam ladang ganja berkilo...tapi tiada pendakwaan dan anak bangsa perasuah ini lepas bebas

https://negaramerdeka.com/peguam-negara-dicabar-buka-semula-kes-dadah-libatkan-anak-lelaki-taikun-judi-vincent-tan/

Penyanyi melayu tangkap hukum gantung

Kalau tak ada rasa meluat baik mampos saja!!


#meluatsampaimuntahhijau

Anonymous said...

Puak liberal dan pan suka sangat menilai pas ikut kaca mata mereka sendiri yg cetek hukum dan syariah. Macam budak darjah satu menilai budak tingkatan satu. Benarnya ikut standard budak darjah satu.

Beza dgn budak tingkatan satu menilai budak darjah satu. Di situ pertembungannya. Budak darjah satu tetap dgn pendiriannya.. Budak tingkatan satu tetap dgn pendirian. Yg lebih betul ialah budak tingkatan satu. Kerana mereka sudah melalui zaman darjah satu, zaman darjah dua dan seterusnya.

Manakala budak darjah satu belum lintas zaman darjah dua, zaman darjah tiga dan seterusnya. Begitulah status parti liberal dan pan bertembung dengan pas. Pas dah lalu zaman merdeka, zaman dharurat, zaman 13 mei. Ini tiada dlm kamus parti liberal dan pan. Tapi kuatnya parti liberal dan pan menilai pas sampai masuk gelombang fitnah.

Kerana ada masalah cetek, jadilah sembrono mereka. Sama seperti budak darjah satu menilai budak tingkatan satu.

Anonymous said...

Presiden parti liberal sangat dihasut oleh nafsu. Bernafsu nak kerusi pm. Konon bernafsu nak perbaiki org melayu. Bernafsu nak ubah tabiat org melayu. Tapi malangnya jadi khadam dapig. Hancur segalanya. Nafsunya bercambah. Bukan kebaikan tapi melingkop. Fitnah nya nombor satu. Hipokritnya nombor satu. Janjinya nombor satu.

Pan pun sama. Sejak jadi khadam dapig, warasnya sudah pupus. Perhatikan pemikiran mat hanapiah. Perhatikan pemikiran khalid somad. Perhatikan pemikiran mahpuz omar. Semuanya cuba mengakali pengundi. Yg paling crook ialah presidennya mat sebu. Komunis pun dah jadi pejuang kemerdekaan. Banyak sangat terima nafkaf dapig. Kentut eng guan pun wangi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails