Monday, August 22, 2022

TERKINI: Pertemuan pemimpin UMNO, PM selesai

 

Petugas media menunggu di luar Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, susulan pertemuan beberapa pemimpin UMNO dengan Perdana Menteri, malam ini. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

PUTRAJAYA: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama beberapa pemimpin UMNO berakhir sebentar tadi.

Kenderaan rasmi Perdana Menteri dilihat meninggalkan Kompleks Seri Perdana melalui pintu utama pada jam 9.11 malam tadi.

Bagaimanapun, kenderaan beberapa pemimpin UMNO masih berada dalam kompleks berkenaan.

Difahamkan, pertemuan Ismail Sabri bersama pemimpin UMNO itu tidak disertai Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO dilihat memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana sejak jam 6 petang tadi.

Antara yang dilihat masuk ialah kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekitar jam 6 petang.

Sejam kemudian, dua kereta jenis Toyota Vellfire berada di hadapan balai pengawal kompleks berkenaan namun tidak dapat dipastikan siapa yang berada di dalamnya.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bera, tidak menghadiri pertemuan tergempar di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur hari ini.

Petang tadi, Ketua Bahagian UMNO seluruh negara sebulat suara meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan tergempar antara mereka dengan Ahmad Zahid. (BH)


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails