Monday, August 22, 2022

Ini yang DAP/PAP mahu? Bertentangan Perkara 3 Perlembagaan..

 

1. Singapura mansuh undang-undang jenayah seks antara lelaki

SINGAPURA: Singapura akan memansuhkan jenayah seks antara lelaki, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong hari ini, sambil menambah masyarakat di negara itu semakin menerima golongan gay.

Bagaimanapun, beliau menambah, kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah takrifan undang-undang perkahwinan di negara terbabit iaitu antara lelaki dan wanita.

"Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura," katanya ketika berucap pada himpunan tahunan sempena Hari Kebangsaan Singapura.

Beliau berkata, kerajaan akan memansuhkan Seksyen 377A kanun keseksaan, sebuah undang-undang era kolonial yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki.

"Biarpun kami memansuhkan Seksyen 377A, kami akan menegakkan dan melindungi institusi perkahwinan.

"Di bawah undang-undang, hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang diiktiraf di Singapura," katanya. - REUTERS


2. Ribuan sertai himpunan hak golongan gay di Singapura Jun 18, 2022 @ 10:19pm 

Antara peserta perhimpunan tahunan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), ‘Pink Dot’ di Hong Lim Park di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA: Ribuan peserta julung kali berkumpul di sebuah taman di Singapura hari ini dengan berpakaian merah jambu, meminta pengiktirafan lebih besar bagi hak lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Biarpun republik itu makmur dan maju, sikap sosialnya kekal konservatif dan seks sesama jantina masih menyalahi undang-undang, walaupun ia tidak dikuatkuasakan secara tegas.

Perhimpunan hak gay 'Pink Dot' Singapura bermula pada 2009 dan kerap menarik ramai orang walaupun mendapat tindak balas negatif daripada sesetengah pihak.

Selepas penganjurannya secara dalam talian ketika pandemik COVID-19, sejumlah besar peserta hari ini menghadiri perhimpunan yang kembali dianjurkan di taman pusat bandar, satu-satunya lokasi protes dibenarkan tanpa permit polis di republik itu.

Pengurus perniagaan, Susan Helen, 39, yang menyertai perhimpunan itu, menegaskan mahu suaranya didengari selain mahu kesaksamaan di republik berkenaan.

"Kami adalah manusia, jadi kami hanya mahu dilayan sama rata di sisi undang-undang. Saya mahu berpeluang mengahwini pasangan saya," katanya.

Peserta lain di perhimpunan itu mengibarkan bendera berwarna pelangi dan membawa sepanduk tertera slogan seperti 'kami bukan nuklear, kami pelik', dan 'kuasa kepada yang pelik', sambil menari.

Penganjur tidak menyiarkan angka tepat peserta, tetapi wartawan AFP menganggarkan ribuan orang hadir.

Pengkritik mengatakan kemajuan agak perlahan di Singapura bagi hak gay, berbeza berbanding bahagian lain Asia seperti Taiwan dan India.

Mereka berkata, pihak berkuasa mengekalkan undang-undang era kolonial British yang melarang hubungan seks antara lelaki, malah beberapa percubaan membatalkan undang-undang itu beberapa tahun lalu gagal.

Pada Februari lalu, mahkamah tertinggi Singapura menolak cabaran terbaru dengan memutuskan undang-undang itu akan dikekalkan tetapi atas dasar ia 'tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif'.

Sokongan terbuka untuk hak gay semakin berkembang, dibantu perubahan norma sosial dalam kalangan generasi muda serta kemasukan besar pelancong dan ekspatriat.

Hasil tinjauan firma penyelidikan pasaran Ipsos bulan ini mendapati, peratusan rakyat Singapura menyokong larangan seks gay menurun kepada 44 peratus tahun ini, berbanding 55 peratus pada 2018, selain mereka lebih menyokong hubungan sejenis.

Pegawai berpendapat kebanyakan pihak konservatif sosial di Singapura akan menentang pemansuhan undang-undang yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun kerana perbuatan homoseksual.

Menteri Undang-Undang, K Shanmugam, juga mengakui perubahan sikap, selain memberitahu Parlimen pada awal tahun ini bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan jalan terbaik. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Ini yang DAP/PAP mahu? 

(ii) Bertentangan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.. 

(iii) Maka tolaklah DAP dalam PRU 15 akan datang..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails