Wednesday, August 24, 2022

Isu LCS, ada kaitan ketika PH jadi k'jaan.. -K/Pemuda PAS

 


Pendirian PAS isu LCS?

SAYA membaca tulisan Timbalan Presiden PKR yang terbaru berhubung pendedahan siapakah yang mendapat manfaat di sebalik kontrak LCS. Lebih menarik, ditanya pula apa pendirian PAS? Berhajat juga orang ini untuk kaitkan dan palitkan juga dengan PAS. 

Saudara, pendirian PAS dari dulu sehingga sekarang bahkan sampai bila-bila tidak pernah berubah, iaitu keadilan wajib ditegakkan tanpa mengira sesiapa sekalipun.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, buatlah laporan, siasatan wajib secara adil, dan tiada yang boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. 

Kerja PAS bukan sebarkan persepsi. Dan tidak pula mempertahankan kesalahan. Isu LCS saya telah bangkitkan di dalam Dewan Rakyat bermula tahun 2019 ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, dibangkitkan pula ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan akhirnya ketika pentadbiran Perdana Menteri sekarang. 

PAS konsisten bahawa isu ini perlu disiasat dan diadili secara adil walau siapa pun terlibat. Bahkan, saya dan Ahli Parlimen Sik daripada PAS juga berada dalam jawatankuasa PAC dan kami sebulat suara mengesahkan apa yang dinyatakan dalam laporan PAC ialah keputusan bersama dan kolektif ahli-ahli PAC.

Manakala saudara pula, di manakah saudara ketika pemimpin kanan Pakatan Harapan ditarik kes rasuahnya oleh Peguam Negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan sedangkan kes sudah berjalan di mahkamah? 

Kedudukan pemimpin itu lebih kanan berbanding kedudukan individu yang saudara sebutkan hari ini. Jika boleh saya tolong jawab persoalan, saudara berada di dalam gua ketika itu.

Dalam hal ini, Dato’ Seri Najib lebih bermaruah daripada pemimpin kanan Pakatan Harapan tersebut. Sekalipun yang menjadi Perdana Menteri hari ini ialah Naib Presiden Umno, kes Dato’ Seri Najib tidak ditarik balik sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Bahkan langsung tiada tanda campur tangan politik dalam kes pendakwaan Dato’ Seri Najib.

Saudara juga pernah mengancam untuk mendedahkan pemimpin kanan PAS yang kononnya menerima duit 1MDB, akhirnya yang didedahkan ialah individu yang sudah lama tiada kaitan dengan PAS kecuali sebagai ahli biasa.

Saya simpati dengan saudara. Saudara timbul apabila hampirnya PRU, dan akan kembali ke gua sekali lagi selepas pilihan raya. 

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 22/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Isu LCS, rupanya ada kaitan ketika PH jadi kerajaan.. 
(ii) 'pemimpin kanan Pakatan Harapan ditarik kes rasuahnya oleh Peguam Negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan sedangkan kes sudah berjalan di mahkamah?'
(iii) Rakyat perlu hukum PH, dalam PRU 15 ini, jangan undi PH dan kuncu-kuncunya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails