Friday, August 26, 2022

S/Stallone bercerai kerana anjing? Artis M'sia, kembalilah..

 

Stallone menafikan anjing menjadi punca perpisahan, sebaliknya tidak akan menjadi alasan remeh untuk mengakhiri perkahwinan selama 25 tahun. - Foto AGENSI
HALAMAN HIBURAN

Anjing punca Sylvester Stallone, isteri bercerai?

KUALA LUMPUR: Isteri kepada aktor terkenal Hollywood, Sylvester Stallone, 76, iaitu Jennifer Flavin Stallone, 54, memfailkan pembubaran perkahwinan selepas 25 tahun hidup bersama.

Mengikut laporan portal Channel New Asia, petisyen perceraian difailkan di mahkamah di Palm Beach County, Florida, Amerika Syarikat yang juga lokasi kediaman mereka bersama, minggu lalu.

"Flavin sedang mencari cara terbaik untuk memanfaatkan kediaman berkenaan. Malah, Flavin dan Stallone memiliki satu lagi rumah bersama di California.

"Dia meminta menukar namanya kembali kepada Jennifer Flavin. Dia juga berusaha meminta perkongsian terbaik mengenai aset dimiliki bersama.

"Flavin juga menuduh Stallone membazirkan wang yang sepatut dimilikinya," kata sumber kepada Channel New Asia.

Stallone tidak memberi maklum kepada petisyen perceraian dan belum membalas komen e-mail kepada wakil peguam.

Sementara itu, Stallone dalam satu kenyataannya kepada The Times mengakui, masih menyayangi Flavin dan anak-anak.

Mengikut laporan, situasi tak terduga terjadi hanya selepas beberapa bulan meraikan ulang perkahwinan ke-25, Mei lalu.

Stallone juga menafikan dakwaan Flavin yang rumah tangga mereka seperti telur di hujung tanduk.

"Saya sayangkan keluarga. Kami sedang menangani isu peribadi secara baik dan sulit," kata Stallone.

Terdahulu, lucu dan tidak masuk akal apabila spekulasi perpisahan mereka berpunca seekor anjing dipelihara.

Ia ekoran tindakan bintang filem Rocky dan Rambo itu menutup wajah Flavin dengan gambar anjing kesayangan, Butkus yang mati. 

Stallone dan Flavin bersama tiga cahaya mata perempuannya, Sophia, Sistine dan Scarlet. - Foto AGENSI

"Bagaimanapun, memetik laporan TMZ, Stallone menafikan anjing menjadi punca perpisahan.

"Kami tidak memutuskan ikatan suami isteri atas alasan remeh seperti itu.

"Namun, kami memilih haluan yang berbeza. Saya amat menghormatinya. Dia seorang wanita yang luar biasa dan manusia paling baik pernah ditemui," katanya yang dipetik dari TMZ.

Namun, seperti bertebaran dan dilaporkan TMZ, punca perpisahan pertengkaran terjadi rentetan keengganan Flavin membenarkan Stallone memelihara anjing baharu.

Sumber rapat memberitahu TMZ, Stallone mahu mendapatkan anjing jenis Rottweiler untuk tujuan perlindungan keluarga, namun, dihalang Flavin.

Stallone dikatakan enggan mempedulikan Flavin dan akhirnya bertegas mendapatkan anjing diberi nama Dwight.

Malah, video bersama anjing turut dimuat naik menerusi laman Instagram (IG) pada 11 Ogos lalu.

Namun, kejutan berlaku saat Stallone berada di Oklahama bagi penggambaran filem, Flavin memfailkan perceraian.

Flavin yang juga pelakon aksi dan bekas peragawati mula menjalinkan hubungan dengan Stallone pada awal 1990.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Sophia Rose Stallone pada Ogos 1996, sebelum berkahwin pada Mei 1997.

Kemudiannya, mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan, Sistine Rose (1998) dan Scarlet Rose (2002).

Ia adalah perkahwinan pertama Flavin, manakala Stallone pernah berkahwin dengan Sasha Czack pada 1974 dan pelakon Brigitte Nielsen pada 1985, sebelum berpisah pada 1987. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sylvester  Stallone bercerai kerana anjing? Begitukah kehidupan aktor terkenal Hollywood.. 

Al-hamdulillah, mungkin artis-artis Malaysia tidak begitu. 

Oleh itu, kembalilah artis-artis Malaysia kepada cara hidup berperdaban dan bertamadun, sesuai dengan Perlembagaan Malaysia (perkara 3) dengan mengamalkan panduan 'cara hdup Islam' atau mengikut agama asal masing-masing.

Sekian.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails