Tuesday, August 23, 2022

PAS harap elak tembung UMNO. T/Ibrahim prihatin air Labuan.

 

Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyampaikan ucapan ketika hadir Himpunan Perikatan Nasional Peringkat negeri Kelantan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Perikatan Nasional di Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad IV. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

1. PRU-15: PAS masih berharap elak pertembungan dengan UMNO

KOTA BHARU: PAS bersedia dengan segala kemungkinan termasuk menerima keputusan UMNO Kelantan yang tetap ingin bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya akur jika terpaksa berlawan dengan parti itu namun dalam masa yang sama masih berharap ada persefahaman antara mereka sekali gus dapat mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRU nanti.

"Kita hadap la, nak buat mcm mana, kita bersedia dengan segala kemungkinan tapi kalau terpaksa berlawan dengan UMNO pun kita akan lawan... cuma kita harap tak berlaku.

"Kita nak supaya ada 'understanding' (persefahaman), sekurang-kurangnya tidak bertembung tiga penjuru sebab kita tak nak PH (Pakatan Harapan) boleh menang dan bukan saja di Kelantan tapi seluruh negara, itulah hasrat kita.

"Jadi kita harap pemimpin UMNO boleh faham hasrat ni. Bagi kita biasa, walau dia (UMNO) isytihar putus pun, kita tak isytihar putus dan kita pun tak menyerang malah kalau tengok ucapan kita pun, boleh kata tidak sentuh UMNO," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan ditemui selepas menghadiri Himpunan Perikatan Nasional peringkat negeri Kelantan sempena sambutan ulang tahun ke-2 PN di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Program itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menyentuh mengenai pendirian parti itu yang mendesak pihak berwajib membuat siasatan menyeluruh dalam isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS), Mohd Amar berkata, langkah itu diperlukan bagi mengetahui perkara sebenar.

"Itu pendirian parti, kita minta dibuat siasatan dan diambil tindakan sebab perkara ini orang bercerita macam-macam jadi untuk selesaikan, kena buat siasatan secara telus supaya kita tahu siapa sebenarnya yang salah dan salah guna kuasa.

"PAS buat keputusan biar ada siasatan yang telus dan menyeluruh kerana kalau masing-masing saling menuduh, tidak selesai cerita. Kalau ada orang yang salah, biarlah dia dipertanggungjawabkan," katanya.


2. KASA cadang tingkatkan kapasiti bekalan air di Labuan  

LABUAN: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bercadang meningkatkan kapasiti bekalan air bersih dengan menambah tangki air di pulau bebas cukai ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kapasiti tambahan itu adalah untuk memastikan Labuan sentiasa mempunyai bekalan air mencukupi untuk dibekalkan kepada isi rumah dan sektor perniagaan.

Kapasiti pengeluaran air semasa Labuan ialah 100 juta liter sehari (MLD).

“Rizab air mentah di pulau ini kini 20 peratus. Sekiranya berlaku sesuatu kepada punca utama bekalan air (Loji Rawatan Air (LRA) Lawa Gadong di Beaufort, Sabah), tangki air tambahan itu boleh berfungsi sebagai bekalan sandaran,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek loji penggantian paip air dan loji rawatan air (LRA), di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata sejumlah RM113 juta telah diperuntukkan untuk beberapa projek penggantian paip air dan LRA di Jalan Mohd Salleh, Kina Benuwa dan kawasan lain di sini.

Beliau berkata apabila siap, projek LRA Kina Benuwa bernilai RM8 juta itu akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran air sebanyak 30 MLD.

Projek LRA Kina Benuwa, yang bermula pada Oktober 2019 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, dijangka memberi manfaat kepada ribuan penduduk di sekitar Kampung Sungai Bedaun.

“Berdasarkan taklimat hari ini oleh Bahagian Bekalan Air Labuan, Labuan mempunyai tiga isu utama bekalan air, termasuk mempunyai paip air berusia  antara 40 dan 50 tahun yang menyebabkan kebocoran dan kekerapan gangguan bekalan air.

“Isu kedua ialah projek penggantian paip air yang masih berjalan dan yang ketiga ialah keperluan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air,” kata Tuan Ibrahim.

Sementara itu, katanya, isu pencemaran yang semakin teruk di Sungai Gersik akan ditangani oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan.

Tuan Ibrahim sedang dalam lawatan kerja sehari ke Labuan untuk memeriksa loji rawatan air dan projek penggantian paip dan mendapatkan maklumat terkini tentang usaha menangani isu air di pulau itu. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS harap elak bertembung dengan UMNO. Tuan Ibrahim prihatin air di Labuan. Jentera KASA terus digerakkan. 

Al-hamdulillah!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails