Monday, August 22, 2022

Gangguan air di PP. DAP mulut lebar..

 

Tiada Jaminan Bekalan Air Percuma Untuk Pulau Pinang

3 pakar kaji punca gangguan bekalan air di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Tiga pakar dalam bidang kejuruteraan air dan pengurusan lembangan tadahan air dilantik sebagai Panel Penyemak Bebas (PBB) bagi mengenal pasti faktor gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, berkata pelantikan Datuk Ir Ting Chek Choon, Prof Datuk Dr Nor Azazi Zakaria dan Datuk Ir Lim Chow Hock itu selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 Ogos lalu.

Beliau berkata, tiga panel terbabit akan membincang, meneliti dan mengkaji laporan 'bedah siasat' yang disediakan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengenai krisis bekalan air yang berlaku pada 6 hingga 11 Julai lalu.

"Ahli PPB yang dilantik akan diberi masa tiga bulan daripada tarikh pelantikan yang sudah berkuat kuasa pada 10 Ogos lalu, bagi memuktamadkan hasil dapatan mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pulau Pinang sebelum ini menghadapi masalah gangguan bekalan air susulan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua disebabkan kekeruhan air mentah yang luar biasa tinggi dari Sungai Muda berikutan banjir di Baling, Kedah.

Kejadian itu menyebabkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun di seluruh negeri terkesan akibat terputus bekalan air.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, panel berkenaan akan mengenal pasti faktor dan kelemahan ketika berlaku krisis air di Pulau Pinang, selain pihak yang bertanggungjawab.

Katanya, mereka juga akan memberi cadangan langkah jangka pendek dan panjang bagi penyelesaian krisis air yang berlaku.

"Panel terbabit juga akan memberi cadangan kepada kerajaan negeri langkah perlu diambil bagi mencegah krisis air supaya tidak berulang pada masa depan," katanya. (BH) 

Cakap tak serupa bikin...


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails