Wednesday, May 25, 2022

Kecoh skandal sulit Jackie Chan dan Elaine Ng terbongkar lagi.

Elaine Ng, wanita yang dirujuk sebagai perempuan simpanan Jackie Chan pada tahun 90-an. dok. Weibo
HALAMAN HIBURAN

KL/IH: Berita berhubung skandal hubungan sulit antara Jackie Chan dan Elaine Ng telah menimbulkan kekecohan di khalayak ramai pada penghujung 1990-an. Sebabnya, skandal hubungan sulit itu menyebabkan Elaine Ng hamil anak perempuan.

Kini, kanak-kanak yang tidak pernah diakui oleh Jackie Chan kewujudannya menjadi bualan hangat di media sosial.Selepas melahirkan anak hasil hubungan sulit itu, Elaine Ng berpindah dari Hong Kong ke Shanghai pada 19 November 1999. Anak perempuannya bernama Etta.

Wanita berusia 49 tahun ini mendakwa menjaga Etta seorang diri. Dia telah meminta bantuan kepada Jackie Chan untuk memenuhi keperluan hidupnya dan anak itu. Bagaimanapun, pelakon lagenda itu tidak mahu memberikan sesen pun kekayaannya untuk membantu Elaine Ng. Dia juga berjuang sendirian untuk menyokong Etta.

Kini, Etta yang sudah dewasa dikhabarkan mempunyai hubungan yang tidak baik dengan ibunya. Etta berkahwin dengan seorang berpengaruh Kanada berusia 34 tahun, Andi Autumn. Selepas berkahwin, Etta mula berjauhan dengan ibunya. Elaine dilaporkan tidak dapat menjalinkan hubungan baik dengan suami Etta.

Malah Elaine merasakan Andi Autumn telah membaw pengaruh buruk kepada anaknya sendiri. Tahun lalu, pengurus Elaine Ah Wen mendedahkan bahawa pasangan ibu dan anak itu sudah lama tidak berhubung. Setiap kali Elaine cuba menghubungi anak perempuannya, dia akan berhubungan dengan Andi pula.

Menurut kenyataan Ah Wen, Andi memarahi Elaine dalam bahasa Inggeris yang kurang difahami. Perdebatan semakin teruk sehingga akhirnya Ah Wen terkejut mengetahui isi perbualan mereka. Minggu lalu, Elaine menyiarkan siaran di Weibo mengenai menantunya.

"Kami memang orang Cina. Namun, saya pernah belajar bahasa Inggeris, jadi saya boleh faham apa yang awak cakap sebenarnya bila awak tegur saya," tulis Elaine yang dipetik dari 8 Days.

"Tidak kira sejauh mana anda pergi, kampung halaman anda akan sentiasa menjadi rumah anda," tambahnya.

Netizen juga beranggapan bahawa muat naik itu diarahkan oleh Elaine kepada Etta dan Andi.

Diharap ianya menjadi pengajaran kepada artis-artis di Malaysia. (IH)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Mujahid lulus bahasa arab, bukan ulamak. Sastera arab macam abam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails