Thursday, April 21, 2022

'Saya sempat ajar mangsa mengucap'. Al-hamdulillah!

 

Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS, awal pagi tadi. - Foto tular

BANDAR BAHARU: "Saya sempat memangku seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sambil mengajarnya mengucap," kata Syamsuddin Che Adni, 29, penduduk Kampung Relau yang mengekori tahanan melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, awal pagi hari ini.

Menurutnya, ketika itu dia sendiri tidak tahu sama ada kanak-kanak yang dianggarkan berusia lapan tahun itu masih bernyawa atau tidak namun tetap mengajar mangsa mengucap sebelum diletakkan di tepi jalan.

"Saya dan rakan yang mengekori kumpulan tahanan terbabit sudah menjerit memberi amaran supaya mereka tidak melintas lebuh raya berkenaan.

Antara pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan semula di Kilometer (KM) 168.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Jawi di sini. - Foto polis

"Bagaimanapun, mereka tetap berdegil sehingga enam daripadanya terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak dilanggar beberapa kenderaan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di depan matanya namun dia dan rakan-rakan tidak mampu berbuat apa-apa kerana kenderaan bergerak laju.

Syamsuddin Che Adni, 29. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

"Saya hanya mampu melihat tubuh mereka dirempuh treler sebelum tercampak dan dilanggar pula kenderaan lain," katanya .

Syamsuddin berkata, sebelum itu dia yang berada di luar rumah hairan apabila melihat ramai tahanan berjalan keluar dari pusat tahanan Imigresen berhampiran.

"Ketika itu, tahanan terbabit menjerit melaungkan perkataan bebas dan saya bertanya punca mereka melarikan diri keluar dari pusat tahanan berkenaan.

"Mereka memaklumkan ada seorang kawan mati dalam pusat tahanan terbabit kerana tidak diberi ubat," katanya.

Menurutnya, dia kemudian meminta bantuan rakan sekampung untuk mengekori semua tahanan terbabit.

"Kami mengekori semua tahanan terbabit yang berjalan tanpa kasut lebih 10 kilometer hingga menuju ke lebuh raya.

"Kami mengambil pendekatan secara berlembut kerana tidak mahu mereka bertindak ganas dalam kumpulan yang ramai," katanya.

Menurutnya, ada tahanan yang dilihat keletihan dan kesempatan itu diambil mereka untuk menangkap tahanan yang berada di kelompok belakang kumpulan itu. 

Anggota polis dalam operasi mencari pendatang tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari pusat tahanan di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Kechil, Nibong Tebal. - Foto NSTP/Danial Saad (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim'Saya sempat ajar mangsa mengucap', Al-hamdulillah! Yang penting, mesti mati dalam Islam, tak kira dia pendatang atau tidak. Allahu Akbar! Tapi kalau orang DAP, mati disuruh sebut apa?


10 comments:

Anonymous said...

Melaka pula rancang bina torwong sistem rel keretapi ke Dumai Sumatera.

Kerajaan negeri Melaka pula merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.

Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri, Ab Rauf Yusoh, berkata setakat ini, sebuah firma menyatakan minat untuk membina terowong itu.

“Ini adalah perancangan jangka panjang. Jarak paling hampir antara Melaka dan Dumai ialah 47km,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai di Pavilion Malaysia hari ini

Firma dari Malaysia hanya mampu menampung 50% daripada kos keseluruhan projek.

“Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan terowong itu akan mengambil masa empat ke lima tahun,” katanya.

Maka akan ada bandar pelabuhan di Dumai dan Melaka dan infrastruktur yang baik ke Pelabuhan Kuantan maka masa penghantaran kargo ke negara timur Asean Jepun Korea Taiwan dan China menjadi lebih pendek dan pantas.

Projek itu dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih tinggi bagi Melaka.

Anonymous said...

Pak Ibnu.. Hidayah itu kurniaan Allah kepada siapa yang Dia kehendaki Tak kiralah dia pendatang atau siapapun hatta Dia DAP sekalipun.. kalau Kita sendiri Tak mampu nak pastikan akhir hidup husnul khotimah.. begitulah jangan Kita suul Khotimah pada manusia lain.. sementara hidup berbuat baiklah .. contohnya kalau DAP lawan rasuah Kita sokong, kalau orang Islam rasuah Kita tegur, kalau DAP hormat mandat rakyat Kita sokong, kalau PAS sokong khianat mandat Kita tegur..

Anonymous said...

Elok siasat ustaz ustaz yang dikatakan kaya raya, kot kot ada unsur rasuah.

Jangan lupa, kaya banyak duit banyak harta adalah sunnah. Zaman Nabi, ramai sahabat yang kaya kaya. Nabi tak pernah larang pun. Dari sepuluh sahabat yang dijamin syurga, hanya saidina Ali yang pilih hidup daif walaupun jawat khalifah.

Sebelum jadi khalifah, bersahabat karib dengan khalifah sebelumnya. Boleh jer guna talian jika mau jadi kaya segera.

Khalifah sebelum Ali kaya raya, infaq untuk Islam. Unta, kebun, ternakan antara yang diinfaq untuk perjuangan. Tapi walaun pee hancing lihat ikut tabiat hati yang gelap.

Anonymous said...

siasat jgn tak siasat... cari smpi lubang cacing... cari fakta bukti data salinan dll...

Klu tak jumpa paksa buat SD...

Jgn buat fitnah jijik.. cukup cukup 22 tahun 22 bulan bergelumang dng dunia fitnah jijik...

Aku lawan Tun bukan nama dia Mahathir.. bukan nama anak dia boboi... aku lawan fitnah jijik lawan COMANGO murtad libetal pluralisma agama...


period

Anonymous said...

Cuma ada jenis manusia macam abu lahab. Dakwah macam mana pun ketegak nak jadi kafir. Jangan jadi macam dap, lawan rasuah tapi ahli politik dap ambil rasuah. Kalau dap dapat mandat kemudian melingkupkan tabung haji. Baru jadi wakil rakyat, udah buat kerja rogol. Rogol amah. Baru jadi kerajaan dah bawa pesta arak. Dah lama dap pendam untuk bawa arak, judi, tattoo kat tanah yang dia sebagai pendatang.

Hati hati tentang dap. Boleh guna tanda halal, kemudian ada babi dalamnya. Kat negara cina orang Islam uighur jadi mangsa penindasan agama.

Anonymous said...

Apa yg fitnah tu?

Anonymous said...

Mcamana bleh lepas?

Adakah tahap keselamatan x mencukupi?

Adakah x cukup duit nak tingkat tahap keselamatan? Bagaimana keselamtan pusat2 lain?

Tidak adakah hubungan dgn pihak penguasa lain utk tindakan pantas?

Kerejaan Islam extreme + penyamun bawa bala.

Anonymous said...

Geng tahanan tu perangai sama ngan pee hancing. Kira nak rembat jer. Kalau faham hukum, kurang masalah. Rumah kunci macam mana pun, kalau ada jahat macam pee hancing, x selamat juga. Tambah pulak abang besar legasi komunis. Bukan faham hukum. Zero knowledge. Presiden pun bekas banduan.

Anonymous said...

Yang ajar ngucap tu mungkin ahli pas. Pastinya bukan dap. Atau ahli parti liberal. Presiden parti liberal anak beranak kata, semua agama sama.

Anonymous said...

Printing material untuk pastikan wak dan ajib dipenjarakan. Hati hati. Ingat peristiwa grand design rm90 juta. Beautifully planned. Selagi ada pee hancing, fitnah berpisah tiada. Tambah lagi dah dekat pru15.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails