Tuesday, April 19, 2022

Keutamaan golongan miskin membina kediaman baharu.

 

Tabung Haji biayai program MyHAUS di seluruh negara

KOTA BHARU: Pelaksanaan program MyHAUS terus ditambahbaik bermula tahun ini dengan memberi keutamaan kepada golongan miskin untuk membina kediaman baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, bermula tahun 2022 program itu dilaksana melalui dana Lembaga Tabung Haji (LTH).

Katanya cadangan tersebut merupakan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengenai program berkenaan.

“Susulan daripada projek MyHAUS pada 2020 dan 2021 kita mencadangkan agar pelaksanaan program itu dapat memberi fokus dan keutamaan bagi membina rumah baharu.

“Usaha itu bagi menyahut hasrat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub yang berharap kementerian dan agensi dapat bantu golongan miskin untuk membina rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji petang semalam.

Program terbabit dirasmikan Tengku Temenggong, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Marzuk Shaary dan anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Idris juga berkata LTH setuju untuk menyediakan peruntukan bagi merealisasi hasrat perdana menteri bagi membina kediaman baru penduduk miskin di seluruh negara.

Menurutnya sebagai permulaan sebanyak dua rumah bagi setiap negeri akan dibina menerusi kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan agensi zakat.

Kata beliau projek terbabit merupakan kolaborasi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar); LTH dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

“Pembiayaan pembinaan rumah ini akan ditanggung sepenuhnya LTH dan Kelantan dipilih sebagai projek perintis MyHAUS tahun 2022 selain Kedah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/4/2022

Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails