Tuesday, April 19, 2022

Filem rakaman dron anak Malaysia diiktiraf

 

Filem Aquarium berkisar pengalaman dilalui seorang anak yatim piatu yang mempelajari nilai-nilai kehidupan. Foto Ihsan Mohd Zyrul Hafizi

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih membanggakan pengarah muda, Mohd Zyrul Hafizi, 34, apabila filem Aquarium yang dihasilkan dengan 70 peratus rakaman menggunakan dron mengungguli kategori fiksyen pada Festival Dron BLUE2BLUE 2021 di Australia pada 10 April lalu.

Pada acara yang kali pertama dianjurkan itu, Aquarium yang berkonsepkan filem nilai komuniti, mencuri tumpuan juri pada festival bertaraf antarabangsa yang menggalak, mempromosi dan meraikan penggunaan dron dalam proses pembikinan filem sejak 2016.

Penggunaan teknologi dron secara tidak langsung menambahkan kreativiti dan warna sesebuah naskhah dan mengetengahkan bakat insan di belakang tabir, seperti ciri-ciri dilihat pada penghasilan filem Aquarium.

Teknik penggambaran menggunakan dron semakin popular dalam komuniti pembikin filem kerana ia menggabungkan kreativiti dan apresiasi seni dalam rakaman visual, landskap, teknik sinematografi dan penceritaan yang memberi nilai tambah kepada produk dihasilkan.

Tidak hairanlah, kejayaan filem Aquarium pada festival itu menjadi pemangkin semangat kepada Mohd Zyrul untuk terus berkarya dan menghasilkan naskhah berkualiti.

Biarpun kejayaan di pentas Festival Dron BLUE2BLUE 2021 tidaklah sebesar acara filem antarabangsa lain, namun, bagi anak muda ini, ia sungguh bermakna.

"Saya sering menghantar naskhah yang dihasilkan ke festival filem antarabangsa.

 Saya cukup menggemari arena 'underground'.

Teknik penggambaran menggunakan dron dan pengkisahan dalam filem Aquarium menambat hati juri Festival Dron BLUE2BLUE 2021 untuk dipilih menjuarai kategori filem fiksyen pada acara itu. Foto Ihsan Mohd Zyrul Hafizi

"Pencapaian tertinggi sebelum ini adalah apabila filem pendek, Pujangga menjadi finalis pada Festival Filem Indie Toronto," katanya kepada BH Online.

Bercerita mengenai penyertaannya pada Festival Dron BLUE2BLUE 2021, Mohd Zyrul berkata, semuanya bermulanya apabila seorang teman yang gemar 'bermain' dengan dron, mengajak mereka menghasilkan filem menggunakan peralatan digelar Unmanned Aerial Vehicle (UAV) itu.

"Hajat itu turut mendapat sokongan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khalil Saleh yang menerima dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

"Jadi, daripada skrip yang dihasilkan Khalil, kami bekerjasama menerbitkan Aquarium yang memulakan penggambaran, akhir tahun lalu.

"Alhamdulillah, ini kali pertama saya menang pada festival filem antarabangsa. Sebelum ini, karya saya hanya layak untuk disenarai pendek... Saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang," katanya.

Berkongsi mengenai filem Aquarium, Zyrul berkata, karya itu berkisar pengalaman dilalui seorang anak yatim piatu yang mempelajari nilai-nilai kehidupan.

"Amin kehilangan ibu bapa yang terbabit dalam kemalangan. Dia tinggal bersama datuk sehingga besar.

"Dari situ, kami memperlihatkan bagaimana Amin mempelajari nilai kehidupan daripada datuknya dan sebuah akuarium yang dimilikinya," katanya.

Mohd Zyrul berkata, idea menghasilkan Aquarium diilhamkan daripada sebuah filem yang pernah menang pada Festival Filem Cannes.

"Saya tidak ingat judul filem berkenaan. Tetapi cara penghasilannya menggunakan dron memberi inspirasi kepada saya menghasilkan Aquarium.

"Jujurnya, impian saya adalah untuk menjadi rakyat Malaysia pertama yang menang pada festival filem terbesar dunia iaitu Cannes, Perancis; Berlin, Jerman dan Venice, Itali.

"Belum ada rakyat Malaysia yang pernah memenangi anugerah utama pada tiga festival itu. Cuma pengarah, U-Wei yang pernah berjaya pada Festival Filem Cannes, namun, bukan dalam kategori utama.

"Saya mahu menang di Cannes dan seterusnya Anugerah Akademi (Oscar). Selepas kita menang di Cannes, barulah layak sertai Oscar," katanya.

Mohd Zyrul adalah bekas pelajar jurusan kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang meminati dunia perfileman.

Sejak tamat pengajiannya, iaitu pada usia 24 tahun, dia sudah berjinak-jinak menghasilkan kira-kira 40 filem pendek dan mengarah drama antaranya Jalan Sesat Ke Syurga, Cinta Ternoktah, Kebun dan banyak lagi.

Ketika ini, Mohd Zyrul sedang mengarahkan sitkom terbitan RTM, Kami Budak Flat. (B)

Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..





2 comments:

Anonymous said...

Takkan ke mana filem negara.

Semua politik penyamun control. Peruntukan atau dana x sampai penuh kpd penggiat seni.

Klau kroni comfirm dapat. Tapi hasil filem low class.

Lps ni umnu akan dapt full control semula dgn bantuan p end yg pecah undi pembangkang.

Anonymous said...

Projek Torwong dan Jambatan Malaysia Indonesia Johor Riau bakal melingkupkan pelabuhan Singapura.

Rancangan sedang dibuat untuk menghubungkan Riau di Sumatera, Indonesia, dengan Kukup di Pontian, Johor, melalui satu terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer (km).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kabupaten Pelalawan di Wilayah Riau sedang menjalankan kajian kemungkinan mengenai projek bernilai berbilion ringgit itu.

https://youtu.be/SPEeGqukxtw

Torwong Riau Johor bakal melingkupkan ekonomi Singapura. Bakal dikenali sebagai Johor-Riau Link, terowong itu akan menyambungkan Pulau Karimun di Riau dengan Kukup di Pontian, dekat terminal feri yang ada sekarang di daerah Pontian.

"Projek itu lebih berkesan kos dan berdaya maju dengan kos sekitar RM15 bilion ($5.8 bilion) berbanding dengan jambatan Dumai-Melaka yang dianggarkan menelan RM44.3 bilion," kata dekan UTM Construction Research Alliance, Profesor Dr Muhd Zaimi Abd Majid.

https://youtu.be/EtKyLnCZbxg

Majlis dihadiri wartawan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara universiti terseut dengan Kabupaten Pelalawan, yang diwakili ketua daerahnya, Encik Muhammad Harris.

Encik Muhammad berkata, selain terowong 17.5km itu, Johor-Riau Link juga termasuk beberapa jambatan yang akan menghubungkan pulau di perairan Riau ke Pulau Karimun dan bersambung ke terowong laut itu

Good bye Singapura. Dengan Pelabuhan Baru di Riau serta Pelabuhan Pasir Gudang dan infrastructure baik ke Pelabuhan Kuantan memendekkan masa penghantaran ke China berbanding Pelabuhan di Singapura.

https://youtu.be/lKDvaCRzVx0

Segerakan Jambatan dan Torwong Johor Riau. Cadangan pembinaan Jambatan dan Terowong dari Kukup, Pontian ke Kepulauan Riau (JOKARI) yang diutarakan pengkaji dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada awal tahun 2014 mendapat petanda positif.

Projek ini sudah pun mendapat minat pelabur. Projek kos RM16 bilion ini mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah jambatan lima kilometer dari Kukup, Pontian ke sebuah pulau buatan.

Ia kemudian disambung oleh terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer menghubungkan Pulau Karimun, Indonesia.

Jambatan lain juga bakal dibina bagi menyambungkan Pulau Karimun ke pulau-pulau di Riau.

https://youtu.be/wV5UinSMuJs

Nama singkatan projek ini JOKARI hampir sama bunyi dengan nama Presiden Indonesia JOKOWI.

Sektor swasta yang boleh laksanakan projek ini. Salah satu projek 1MDB melaksanakan Projek Jambatan Terowong JOKARI tetapi di sabotaj oleh Tun dan kerajaan PH. Akhirnya Pulau Batu Putih milik anak Lee Kwan Yew dan projek ini ditinggalkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails