Tuesday, April 19, 2022

Menentang kumpulan sayap kanan bakar Al-Quran.

 

Penunjuk perasaan membakar bas polis di taman Sveaparken, Orebro, Sweden. - Foto AGENSI

26 ditangkap selepas protes ganas

STOCKHOLM: Sweden menahan 26 orang ketika insiden perkelahian hujung minggu antara pihak polis dan penunjuk perasaan yang menentang rancangan kumpulan sayap kanan untuk membakar naskah Al-Quran.

Pihak polis dalam satu kenyataannya, berkata seramai lapan orang ditahan di bandar Norrkoping dan 18 lain di kota Linkoping.

Semalam, pertempuran tercetus di kedua-dua bandar buat kali kedua dalam tempoh empat hari membabitkan perhimpunan oleh kumpulan antipendatang dan anti-Islam, Hard Line yang diketuai ahli politik Denmark-Sweden, Rasmus Paludan.

Polis berkata, tiga orang turut tercedera selepas pihaknya melepaskan tembakan amaran ketika kejadian, semalam.

Paludan, yang adalah seorang peguam dan YouTuber, berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya Parlimen Sweden September ini dan dikatakan sedang mengadakan "lawatan" ke negara itu.

Beliau melawat kawasan yang mempunyai bilangan majoriti penduduk Islam dan membakar kitab suci Al-Quran ketika umat Islam sedang berpuasa.

Kebakaran kemudian berlaku di sebuah sekolah di Malmo, di mana beliau membakar Al-Quran, Sabtu lalu.

Perhimpunan Hard Line mencetuskan beberapa perbalahan antara polis dan kumpulan balas di seluruh negara Scandanivia, dalam tempoh beberapa hari.

Pada Khamis dan Jumaat lalu, kira-kira 12 pegawai polis tercedera dalam perkelahian itu.

Menteri Luar Iraq hari ini, memberi amaran bahawa perkara itu boleh membawa kepada kesan serius terhadap hubungan Sweden dan umat Islam secara keseluruhannya, kedua-dua negara Arab dan Islam serta masyarakat Islam di Eropah. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia masih belum ada kumpulan yang bakar Al-Quran, al-hamdulillah. Jom kita kembalikan semangat Perang Badar Ramadan tahun ini..

Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..







3 comments:

Anonymous said...

Kat malaysia takda bakar quran. Tapi langgar hukum quran ramai. Rasuah sedangkan hukumnya haram. Salah guna kuasa berleluasa. Yang ikut kaum sodom pun ada.

Yang patuh hukum quran pun ramai. Bersih dan halal. Golongan ini yang patut diramaikan lagi.

Anonymous said...

Setuju. Pas pegang kuasa. Pas jadi kerajaan. Pas jadi pm. Yang lain boleh makan rasuah. Yang lain boleh menyodom. Yang lain boleh jadi kaya bila jadi wakil rakyat. Yang lain boleh buat manifesto yang bukan kitab suci.

Anonymous said...

Jom semua muslim sokong ruu355. Belum terlambat untuk bertindak. Biarkan legasi komunis menentang. Jangan ikut jejak langkah legasi komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails