Saturday, April 23, 2022

X Komplot, Mursyidul Am PAS yakin. Kerjasama diperkukuh.

 

Annuar (kiri) menyampaikan cendera hati kepada Hashim Jasin selepas membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS itu di Kangar, hari ini. - NSTP/AIZAT SHARIF

1. Mursyidul Am PAS yakin tiada komplot campuri urusan kehakiman

KANGAR: Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yakin partinya tidak menggerakkan sebarang komplot untuk mencampuri urusan kehakiman demi percaturan politik seperti didakwa dalam dokumen 'PASLeak'.

Malah, katanya, dakwaan itu juga sudah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Naib Presiden PAS yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad semalam.

"Saya yakin juga tiada komplot untuk mencampuri hal terutama yang berkaitan dengan penghakiman. Malah isu ini pun sudah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Datuk Idris," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kompleks PAS Perlis, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu menerima kunjungan hormat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, diminta mengulas dakwaan tular di media sosial mengenai beberapa keratan dikatakan minit mesyuarat PAS yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ia termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara, selain turut dikatakan menyentuh masa depan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Mengenai gesaan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkaitan agenda 'Khemah Besar' membabitkan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), Hashim berkata, beliau tidak mengikuti pandangan bekas Naib Presiden PAS itu.

"Saya minta maaf saya tidak mengikuti pandangan Salahuddin bukan disebabkan dia (parti AMANAH), tetapi saya tidak begitu tahu gesaannya itu," katanya. (BH)


2. Kerjasama UMNO, PAS dalam MN terus diperkukuh 

Annuar pada sidang media selepas bertemu Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin di Kompleks PAS Perlis hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata secara peribadinya beliau melihat ruang kerjasama UMNO dan PAS dalam MN itu bukan sekadar ada, sebaliknya banyak lagi yang boleh diusahakan demi pengukuhan kerjasama kedua-dua parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, ahli UMNO dan PAS pada peringkat akar umbi juga sudah membuang sikap kebencian akibat masalah hubungan antara kedua-dua parti sejak dulu, malah kini boleh bekerjasama baik demi perpaduan ummah.

"Tiada lagi sikap tuduh menuduh, memfitnah atau menyerang antara satu sama lain membabitkan kedua-dua parti, sebaliknya sudah boleh bekerjasama baik terutama bagi menghadapi PRU-15.

"Banyak ruang boleh dijana dan dirangka antara UMNO dan PAS, asalkan kita berusaha dengan niat baik, akan ada natijah yang baik selepas itu," katanya selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di Kompleks PAS Negeri Perlis, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli.

Annuar meluangkan masa hampir satu jam bertukar fikiran sambil membincangkan perkembangan politik semasa bersama Hashim di kompleks berkenaan, selain melihat proses menyiapkan bubur lambuk yang dilaksanakan sukarelawan PAS negeri di kompleks berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua parti akan rugi jika kerjasama MN ini tidak dapat diteruskan sehingga PRU-15 akan datang.

"Penubuhan MN dulu dibuat untuk membolehkan kita menguasai PRU-15, jadi jangan biarkan kerjasama ini berakhir, sebaliknya kukuhkan jalinan ini kekal sehingga PRU nanti," katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mahu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berbincang dengan semua parti politik blok pembangkang menerusi kewujudan khemah besar blok pembangkang PH dan Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu pada PRU-15, Annuar berkata, gesaan itu perkara biasa kerana setiap parti masih merangka pelbagai strategi bagi menghadapi PRU.

"Malah, kami dalam UMNO dan PAS juga masih berfikir, tetapi akhirnya parti masing-masing akan buat keputusan dan kita perlu akur serta patuh pada apa keputusan parti.

"Namun, sebelum keputusan dibuat, kita perlu sampaikan suara kita kepada pimpinan atasan, tetapi saya berpegang kepada semangat MN dan tidak mahu kerjasama ini berakhir begitu saja," katanya.(BH)

..

2 comments:

Anonymous said...

Kena faham, ngapa ada pasleak. Dulu rm90 juta berjaya untuk pecah perintah. Pas sampai bertanding solo. Semua tempat tiga penjuru. Akhirnya pee hancing dapat banyak kerusi.

Ni nak dekat pru. Pecah perintah dah mula. Nama nama besar ada dalam pasleak. Nak ragukan pengundi terutama pengundi atas pagar. Kita boleh jangkakan parti yang bergabung atau dalam muafakat akan bercuriga antara satu sama lain. Boleh berkesudahan dengan tiga penjuru sekali lagi.

Boleh dijangka mastermind ialah parti legasi komunis. Mereka ada think tank. Berkumpul dan bincang cari cara nak menang. Setakat yang paling berjaya ialah fitnah.

Parti ini berbelanja besar. Berjaya nyusup dalam pas dengan beri nafkah dalam group 18. Tubuh pan, pengaruh pas rudum. Berjaya parti legasi komunis melemahkan pas melalui pemberian nafkah. Hingga mat sabun pun sanggup angkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Anonymous said...

Don't forget rm 90 juta. Dap punya design. Sarawak report. Bukan umno. Bukan bersatu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails