Sunday, April 10, 2022

RM2.28 bilion masuk ke akaun peribadi Najib

 

KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam menukar keterangannya dan mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa sejumlah RM2.28 bilion daripada wang dana negara itu masuk ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di antara tahun 2011 dan 2014.

Bercanggah dengan keterangannya sebelum ini yang menyatakan Najib tidak menerima manfaat daripada wang 1MDB, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 58, menukar fikiran mengenai perkara itu.

Beliau setuju dengan pendakwaan selepas ditunjukkan carta aliran beberapa lapisan proses membabitkan Deutsche Bank dan kemudahan pinjaman Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN). 

Mengikut dokumen yang ditunjukkan kepada saksi pendakwaan ke-13 itu semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, wang itu melalui beberapa siri lapisan proses sebelum berakhir dalam akaun peribadi Ambank Najib dengan nombor akhir 694 dan 880.

Sri Ram: Adakah anda ingin mempertimbang semula jawapan anda bahawa tertuduh tidak menerima sebarang manfaat daripada kesemua transaksi ini?

Ismee: Kesemua dokumen ini tidak ditunjukkan kepada saya semasa pemeriksaan balas. 

Sri Ram kemudian menyoal saksi itu sama ada beliau ingin menukar jawapannya dan Ismee menjawab “Daripada carta itu, saya boleh lihat sejumlah dana telah masuk ke akaun tersebut.”

Sri Ram mengulangi “Maksud anda, sejumlah dana milik 1MDB telah masuk ke akaun tertuduh” dan saksi itu bersetuju.

Terdahulu, Sri Ram menyoal Ismee mengenai pandangannya terhadap hubungan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dengan Najib sepanjang tempoh beliau berada dalam Lembaga Pengarah dari 2009 hingga 2016. 

Sri Ram: Sepanjang tempoh itu, daripada pemerhatian anda, apa yang dapat anda rumuskan mengenai hubungan antara Jho Low dan Najib?

Ismee: Saya percaya mereka mempunyai hubungan rapat.

Ditanya lanjut oleh Sri Ram sama ada beliau mempunyai pengetahuan secara peribadi mengenai butiran bagaimana Najib dan Jho Low berkongsi dana 1MDB, Ismee berkata beliau tidak tahu.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan takut Melayu perintah, tapi rasuah makin banyak, bermula dngan Tun M? Apakah mereka yang sama-sama tertuduh rasuah akan bergabung, Tun M dulu, kini akan diganti Najib bersama DAP? Ditambah UMNO? Atau akhirnya Tun M juga bergabung?

Terjadilah jong pecah, yu kenyang? Ya Allah, hindarilah gabungan parti-parti mungkar (gabungan parti perasuah) memenangi PRU 15 akan datang.

Pilihlah kumpulan PAS, parti yang telah membuktikan '0 rasuah' dalam pentadbirannya.

3 comments:

Anonymous said...

Semuanya pasai duit. Pasai pemimpin yg makan duit. Pasai pemimpin yg dapat kuasa untuk cari duit. Baik atok, baik ajib. Baik zahid, baik anuar. Semua heboh pasai duit. Takda pun yg punya inisiatif untuk majukan negara dan bangsa melayu.

Cukup cukuplah bicara pasai duit. Pasai pemimpin korup. Pasai pemimpin suka bontot. Pasai pemimpin bawa ideologi komunis.

Jom kita fokus pada parti yg bersih rasuah dan bersih salah guna kuasa. Dah selesai kes. Tiada lagi bicara pasai mahkamah. Boleh move forward untuk bangunkan bangsa dan negara.

Anonymous said...

Jom sokong pas. Pimpinan Islamic politician. Insya Allah rukun terpelihara. Amanat terpelihara.
Dan khazanah negara terjaga. Rasuah dipinggirkan, ekonomi bertambah berkat.

Anonymous said...

Jangan lupa bila menteri duit zaman pee hancing beri bantuan rm 30 untuk belanja setahun. Sementara itu sekolah sekolah cina diberi bantuan berjuta juta. Yg berjuta juta itu diambil dari bantuan rakyat. Manfaat yg dirompak dari rakyat untuk diberi manfaat kepada bangsa legasi komunis. Pikirkanlah cara halus sebahagian dari pelbagai strategi untuk melumpuhkan ekonomi majoriti bumiputera. Dan melonjakkan kemajuan bangsa legasi komunis.

Mana tentangan sekutunya, parti liberal dan parti kuali. Menikus. Takut dilibas oleh komander parti legasi komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails