Tuesday, April 12, 2022

Rogol jadi 'senjata' perang di Ukraine

 

Dua wanita Ukraine yang terperangkap di perkampungan Andriivka di Kyiv. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan siasatan berhubung gangguan seksual dan jenayah rogol dilakukan tentera Russia terhadap wanita Ukraine sejak pencerobohan bermula 24 Februari lalu. - Foto EPA

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menerima banyak laporan membabitkan jenayah rogol dan keganasan seksual di Ukraine.

Pegawai kanan PBB memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam bahawa kumpulan hak asasi manusia Ukraine mendakwa tentera Russia menggunakan pemerkosaan sebagai senjata perang.

Presiden La Strada-Ukraine, Kateryna Cherepakha, berkata talian kecemasan pertubuhannya menerima panggilan mendakwa terdapat sembilan kes rogol oleh tentera Russia membabitkan 12 wanita dan remaja perempuan.

"Ini hanya sebahagian kecil, kami tahu dan lihat serta kami mahu anda mendengar suara kami, bahawa keganasan dan pemerkosaan digunakan sebagai senjata perang oleh penceroboh Russia di Ukraine," katanya.

Russia bagaimanapun berkali-kali menyangkal dakwaan mereka menyerang orang awam sejak pencerobohannya di Ukraine bermula 24 Februari lalu.

PBB berkata, minggu lalu agensi hak asasi manusia PBB berusaha mengesahkan dakwaan keganasan seksual oleh tentera Russia, termasuk pemerkosaan beramai-ramai dan merogol di hadapan kanak-kanak selain dakwaan tentera Ukraine serta militia pertahanan awam turut melakukan perkara sama.

Misi PBB Ukraine bagaimanapun tidak memberikan maklum balas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terhadap tentera Ukraine.

Timbalan Duta PBB Russia, Dmitry Polyanskiy, berkata Russia sudah menyatakan lebih daripada sekali, bahawa ia tidak melancarkan perang terhadap penduduk awam.

Sebaliknya, beliau menuduh Ukraine dan sekutunya mempunyai niat yang jelas untuk menampilkan askar Russia sebagai sadis dan perogol.

Pengarah Eksekutif Wanita PBB, Sima Bahous, berkata dakwaan itu perlu disiasat oleh penyiasat bebas bagi memastikan keadilan dan tanggungjawab.

"Kami sering mendengar mengenai pemerkosaan dan keganasan seksual," katanya.

Sementara itu, Duta PBB Ukraine, Sergiy Kyslytsya, memberitahu UNSC bahawa Pejabat Peguam Negara Ukraine akan melancarkan mekanisma khas iaitu dokumen membabitkan keganasan seksual oleh tentera Russia terhadap wanita Ukraine. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dirogol sebagai senjata perang dan penjajahan, lebih mulia dari perzinahan yang tidak dipaksa atau suka sama suka, samada di masa perang atau damai.. Di Malaysia, agak-agak ramai yang dirogol atau berzina?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails