Sunday, April 10, 2022

Runding PN sebelum bubar Parlimen

 

Kepemimpinan parti anggota PN mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa. - Foto ihsan FB Muhyiddin Yassin

Jangan abaikan PN - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak mengabaikan PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia antara perkara yang ditekankan dalam pertemuan antara kepemimpinan parti anggota PN dengan Perdana Menteri semalam.

Beliau berkata Perdana Menteri turut menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam Kerajaan Persekutuan termasuk memberikan komitmen untuk mengadakan rundingan dengan PN dalam menentukan dasar utama negara.

"Semalam saya dan pimpinan parti-parti anggota Perikatan Nasional mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa.

"Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

"Saya juga antara lain mengingatkan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau. (BH)

Lihat komen politik ini pula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails