Tuesday, April 12, 2022

Sosej babi, positif demam babi Afrika dirmpas.

 

MAQIS rampas sosej daging babi, didapati positif ASF

SEPANG: Produk sosej daging babi yang dirampas daripada seorang warga China pada 26 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati positif penyakit Demam Babi Afrika (ASF), menurut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Menurut MAQIS, sosej daging babi seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM350 itu dirampas daripada lelaki warga China yang meletakkannya dalam bagasi tangan.

“Beberapa sampel telah diambil daripada sosej daging babi tersebut untuk diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar dan hasil ujian makmal mendapati sosej itu positif untuk pengesanan penyakit ASF,” kata MAQIS dalam kenyataan hari ini.

Menurut MAQIS prosedur ujian tersebut dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit dan dikhuatiri jika tidak dikawal boleh menyebabkan industri ternakan babi negara terjejas.

“Kesemua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawaian yang telah  ditetapkan,” katanya.

Malaysia mengenakan larangan membawa masuk produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit ASF termasuk penumpang di laluan udara yang membawa bagasi tangan bagi menghalang risiko kemasukan penyakit itu.

Menurut MAQIS penyakit ASF mudah merebak dan mampu menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi sehingga 100 peratus babi peliharaan yang boleh melumpuhkan industri ternakan babi dalam masa yang singkat. – BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails