Saturday, April 23, 2022

Ini Skandal kewangan terbesar dunia. -11 individu termasuk Najib Razak.

 

Skandal kewangan terbesar dunia, ini senarai 11 individu terkait dana 1MDB yang dicuri.

Penyelewengan ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaksikan kes berprofil tinggi itu sebagai skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Malaysia juga sekaligus tersohor ke serata dunia tetapi dengan nama busuk hingga disebut Ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di New York.

Sekurang-kurangnya 11 individu termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak disebut dalam salah guna badan pelaburan yang mulanya ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada tahun 2008 itu.

Ikuti kupasan tokoh wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin yang antara lain menegaskan jenayah kleptokrasi membabitkan 1MDB ini bukannya konspirasi politik seperti disangka sesetengah pihak:

Kena Sihir Atau Tak Boleh Berfikir.

Daripada maklumat asal serta laporan media massa tempatan dan antarabangsa, tidak kurang daripada 10 orang telah didapati bersalah bersabit skandal 1MDB.

Ada antara mereka sudah selesai menjalani hukuman penjara dan membayar denda.

Adalah juga yang sudah didapati bersalah, dijatuhkan hukuman dan dalam peringkat akhir rayuan seperti Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka dibicarakan dan dihukum di Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan Malaysia.

Jelas daripada tindakan tiga negara asing itu mereka tidak mahu melengah-lengahkan penyudahan (closure) episod kotor 1MBD tersebut. Singapura membicarakan dan menghukum penjenayah-penjenayah kolar putih ini seawal 2016.

Kalau kita masih ingat, skandal ini mula terdedah pada 2013 apabila Jho Low berbelanja sakan di Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum tahun itu.

Di Malaysia yang berupa negara tuan rumah kepada 1MDB, perbicaraan masih berjalan. Berhati-hati mengulas jangan sampai dituduh “contempt of court”.

Carian atas talian yang saya lakukan mendapati watak-watak berikut telah atau sedang dibicarakan, didapati bersalah dan dihukum.

Majoriti telah atau sedang menjalani hukuman penjara. Kalau ada yang tercicir saya mohon maaf.

Mereka adalah: 

Najib Razak

1. Mohd Najib Abdul Razak (Dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dihukum penjara 72 tahun – akan jalani 12 tahun – dan denda RM210 juta). Dia menghadapi beberapa kes lagi berkaitan 1MDB, termasuk saman sivil. 

Yeo Jiawei

2. Yeo Jiawei (bekas eksekutif bank BSI di Singapura dihukum penjara 54 bulan oleh mahkamah republik itu. Lesen BSI dibatalkan). 

Yak Yew Chee

3. Yak Yew Chee (bekas eksekutif bank BSI dihukum penjara 18 minggu oleh Mahkamah Singapura). 

Yvonne Seah Yew Foong

4. Yvonne Seah Yew Foong (bekas eksekutif bank BSI dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Singapura). 

Jens Sturzenegger

5. Jens Sturzenegger (bekas pengurus Falcon Private Bank AG dipenjarakan 28 minggu oleh Mahkamah Singapura. Lesen bank itu di Singapura dibatalkan). 

Khadem Al Qubaisi

6. Khadem Al Qubaisi (bekas Ketua Eksekutif International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi dipenjarakan 15 tahun oleh Mahkamah Jenayah Abu Dhabi pada 2019). 

Mohammed Badawy Al Husseiny

7. Mohammed Badawy Al Husseiny (warganegara Amerika Syarikat, bekas Ketua Eksekutif Aabar Investments dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Jenayah Abu Dhabi pada 2019);

8. Roger Ng Chong Hwa (bekas eksekutif kanan Goldman Sachs di Malaysia didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Amerika dan berdepan kemungkinan penjara hingga 30 tahun); 

Tim Leissner dan Roger Ng

9. Tim Leissner (bekas Pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara mengaku bersalah di Amerika tapi belum dijatuhkan hukuman); 

Tan Kim Loong

10. Tan Kim Loong (dikenali sebagai “Fat Eric), orang kanan Jho Low. Tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkannya membayar hampir RM68 juta tunggakan cukai dari 2010 hingga 2013). 
Riza Shahriz Abdul Aziz

11. Anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah Mansor dengan suami pertama), dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Mei 2020 atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (kira-kira RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. Dia dilaporkan membayar balik sebahagian duit curi itu.

Persoalannya, apa lagi yang kita nak kata kalau ada lagi manusia yang masih diperbodohkan dan percaya bahawa ini adalah konspirasi politik. Mendedahkan kejahatan dan jenayah bukan konspirasi ia adalah kewajipan apatah lagi kes macam 1MDB yang satu dunia tahu!

Jadi, mereka yang percaya dengan teori konspirasi ini sama ada terencat pemikiran atau tertutup mata hati akibat percaya kepada mantera, mandram, sihir, diayah laskar siber dan termakan dedak.

Baca Selepas 1MDB kini 4 lagi skandal kewangan besar dihadapi negara  (diangkat dari  







4 comments:

Anonymous said...

Bila dekat nak pru, keluarlah macam macam fitnah. Pru14 grand design rm 90 juta oleh dap yang dibuat di london. Berjaya mempengaruhi pengundi atas pagar. Bahkan ahli pas sendiri pun ada yang percaya TGHH terima rm 90 juta. Merudum undi pas di banyak negeri.

Hari ini satu lagi fitnah. Ni dah dekat pilihan raya. Pasleak pulak. Beberapa nama besar ada dalamnya. Apakah pas terdesak nak menang sampai campur urusan mahkamah. Pas bukan macam tu.

Dah beberapa kali pru, pas tak guna politik kotor. Pas tak guna politik kotor macam pee hancing, macam kris. Pas tak beri anak ayam atau kain pelikat. Pas nak menang dengan cara yang bersih dan tanpa rasuah. Pas nak jaga agama, bangsa dan negara.

Ada yang tak boleh ikut cara pas. Mereka dah keluar untuk bersama dap. Mereka tubuh pan. Bukan sebab pas terima rasuah cuma mereka tak suka politik bersih pas. Mereka bersama dap untuk jatuhkan Islam.

Dalam parti kris yang keluar parti lain pulak halnya. Mereka mahu politik bersih. Mahu keluar dari amalan rasuah dan salah guna kuasa. Mereka mahu politik bersih. Mereka bukan individu yang keluar masuk mahkamah. Mahu hentikan politik kotor. Mahu bela nasib orang melayu.

Cuba lihat pee hancing. Kerana nak undi bukan bumiputera, presiden liberal tergamak kata negara ini bukan milik orang melayu. Cuba ubah sejarah. Reformasi konon. Nak kerusi pn tapi guris hati penduduk asal negara ini. Pengkhianat.

Anonymous said...

Rakyat tak puas hati dengan presiden parti liberal. Professor serba tahu. Tahu banyak urusan luar. Tapi parti sendiri pun ada langkah sheraton. Pelopornya ahli parti liberal. Sekarang terbuang. Baru organisasi kecil. Belum lagi nak jaga malaysia. Kami puas hati, presiden parti liberal bukan orang yang mampu jaga negara. Artis yang sokong presiden parti liberal pun tak senonoh orangnya. Aflik suaki dan hannak aisak.

Anonymous said...

Artis pun dah minat politik. Tapi masalahnya artis itu dari jenis yang lagha, sokong pulak parti yang lagha. Altimatum, alin uki, han isak antara artis lagha. Tapi ramai juga yang lagha dah berhijrah. Minat seni tapi ada mesej yang tidak lagha. Yang lagha tu macam angin bawa debu. Mudharat lepas tak ke mana mana. Ada angin yang bawa benih. Jatuh jadi pokok. Jadi pilih yg bawa manfaat dan tolak yang bawa mudharat.

Anonymous said...

Inilah skandal kewangan terbesar dunia yang menambah beban rakyat sebagai pembayar cukai dan melingkup ekonomi negara yang dilakukan oleh sebilangan pemimpin bangsat dan sebilangan parasit tak basuh berak. Malangnya geng pengkhianat negara ini masih hidup bebas walaupun kesalahan mereka sangat berat. Maka rakyat meragui kedaulatan undang-undang negara ini.

Oleh sebab itu rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang bersikap anti-Islam dan tidak bermoral dalam setiap PRK, PRN dan PRU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails