Sunday, April 24, 2022

2,000 babi 'hilang', 19 ladang kosong

 

Foto 9 April lalu selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan mengesan kes ASF di sebuah ladang babi tidak berlesen di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Port Dickson. - NSTP/AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Kira-kira 2,000 babi di 19 ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir, berkata tindakan itu dikesan selepas pasukan pemantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri meninjau ladang terbabit dan mendapati ia kosong.

"Pemantauan terhadap 19 ladang berkenaan mendapati tiada lagi babi di situ, disyaki dibawa keluar ke tempat lain, namun kita tiada maklumat sama ada dilupus atau dipindahkan. Kita akan terus memantau dan turut memaklumkan kepada polis," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas promosi Mantai Perdana Online dan meninjau jualan daging serta produk asas tani di Pasar Tani Paroi Jaya hari ini, Bakri berkata, terdapat 20 ladang babi di kawasan terbabit.

Bakri (kanan) meninjau jualan daging di Pasar Tani Paroi Jaya, Seremban, hari ini. - NSTP/MOHD AMIN JALIL

Bagaimanapun, katanya, ternakan di satu daripada ladang berkenaan telah dimusnahkan selepas dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF), awal bulan ini. Ditanya kemungkinan ada babi dijual murah kepada orang ramai, beliau berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan kemungkinan babi dari 19 ladang berkenaan dijual kepada orang ramai pada harga murah.

"Setakat ini kami tidak menerima laporan adanya jualan murah babi, namun orang ramai diingatkan berhati-hati," katanya menambah JPVNS akan terus memantau di kawasan berkenaan kerana kes ASF awal bulan ini adalah yang pertama di Negeri Sembilan.

"Kita akan teruskan pemantauan dan saya sudah minta pihak perundangan untuk melihat dari sudut undang-undang, apa lagi tindakan yang boleh diambil," katanya.

Pada 8 April lalu, JPVNS mengesan beberapa babi dari sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, dijangkiti ASF dan susulan itu pihak berkuasa mengambil tindakan melupuskan kesemua 275 ekor ternakan terbabit. (BH)


3 comments:

Anonymous said...

Elok sangatlah 2000 ekor babi itu dilarikan ke tempat lain supaya babi di kawasan lain dijangkiti oleh virus ASF maka bilangan babi akan berkurangan and industri babi merundum. Yang akan menanggis tergolek-golek ialah towkay roket dan abang besar roket kerana sumbangan kepada roket akan berkurangan.

ASF akam membawa kesan positif kepada umat Islam dan alam sekitar jika ASF merebak ke seluruh negara. Sungai yang mati kerana najis babi boleh dipulihkan dan bau busuk ladang babi akan berkurangan dan mengurangkan ancaman virus babi seperti Nipah virus (NiV) dll ke atas manusia.

Anonymous said...

Babi boleh hilang no wonder Jho Low lesap terus...

kah kah kah.... suma tido... ini suma bahana mafia kartel jugak kot..


kah kah kah....


Anonymous said...

Babi hilang yg admin kecoh..kah kah kah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails