Thursday, April 28, 2022

Noorkhiriah 'cukur kening' & harga makanan meningkat

 

Pelakon berkaliber Noorkhiriah mendedahkan dia pernah cukur kening sewaktu zaman silamnya. Perkara tersebut diberitahu menerusi akaun TikTok miliknya.

1. ‘Zaman Jahiliah Saya Memang Cukur Kening’ – Noorkhiriah

HALAMAN HIBURAN 

Menyesal dengan tindakan sebelum ini, Noorkhiriah, 43, menegaskan dia enggan mengulang kesilapan sama. Pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie memilih untuk mengekalkan ciptaan Allah SWT.

Ya, dulu saya cukur kening, tapi sekarang tak. Boleh tengok kening saya sekarang. Ia tak nak tumbuh. Zaman jahiliah saya memang cukur. Sekarang tak mahu lagi. ‘No more cukur cukur’. Menyesal.

Warganet tanya

Pemenang tiga kali berturut Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) menjawab soalan netizen yang tertanya-tanya.

Perkongsian video itu disertakan dengan kapsyen ‘jangan buat ya dik, dosa’ serta ‘hashtag’ #khiriahmenyesal #majuktaknaktumbuhdah.

Sumber: TikTok @khiriah_17  (OhBulan!)


2. Bank Dunia beri amaran harga makanan meningkat  


Konflik berpanjangan di Eropah boleh menyebabkan harga makanan menjadi lebih tinggi dan tidak menentu - Foto EPA

WASHINGTON: Konflik Russia-Ukraine memberi 'impak besar' terhadap pasaran komoditi, mengubah corak perdagangan, penghasilan dan penggunaan global, menurut laporan Bank Dunia pada Selasa, lapor Xinhua.

Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973, menurut tinjauan Pasaran Komoditi Bank Dunia.

Kenaikan harga komoditi makanan yang Russia dan Ukraine adalah pengeluar besar, termasuk baja, yang bergantung kepada gas asli sebagai input pengeluaran, telah meningkat sejak 2008.

Laporan itu menganggarkan kos tenaga dijangka meningkat lebih 50 peratus pada 2022 sebelum kembali susut pada 2023 dan 2024.

Harga minyak mentah Brent dijangka AS$100 setong pada 2022, paras tertinggi sejak 2013 dan peningkatan lebih 40 peratus berbanding 2021.

Harga minyak dijangka kembali sederhana kepada AS$92 pada 2023, masih jauh di atas paras purata lima tahun sebanyak AS$60 setong.

Sektor bukan tenaga, termasuk pertanian dan logam, diunjurkan meningkat hampir 20 peratus pada 2022.

Harga gandum diramal meningkat lebih 40 peratus, mencecah paras tertinggi dari segi nominal tahun ini.

Bagi harga logam pula ia diunjurkan menokok sebanyak 16 peratus pada 2022 sebelum susut pada 2023 tetapi kekal pada paras tinggi.

Sementara itu, harga komoditi dijangka kekal melebihi purata lima tahun terakhir.

Sekiranya berlaku konflik berpanjangan atau sekatan tambahan ke atas Russia, harga mungkin menjadi lebih tinggi dan tidak menentu berbanding unjuran sekarang. (BH)

1 comment:

Anonymous said...

Bagi tau kat datok alip. Seni tu bebas, tapi ada batas. Jangan hantam keromo cara orang tiada ilmu. Setan ngajar langgar batas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails