Saturday, April 30, 2022

Hala tuju PAS makin menarik & utama redha Allah.

 

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. - NSTP/Mohamad Fahd Rahmat

1. Hala tuju PAS dalam kedinamikan politik negara semakin menarik

Penyertaan PAS dalam mana-mana pakatan politik bukan sekadar menumpang kuasa, tetapi antara penggerak seperti ditegaskan Presidennya, Tan Sri Hadi Awang dalam muktamar tahunan parti itu pada tahun lalu.

Ia isyarat jelas kepada mana-mana parti ingin bersama agar tidak menjadikan pakatan dikuasai mana-mana pihak. Hakikatnya, matlamat utama PAS tidak lari daripada untuk mendapatkan kuasa politik.

Sejarah pakatan politik PAS khususnya pasca Reformasi 1998 memberi kesan besar kepada perpaduan parti itu. Ia membentuk fraksi yang akhirnya membawa perpecahan hingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).

Justeru, PAS menjadi pembangkang lantang ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya mengolah isu berkaitan kepentingan Islam serta Melayu dengan baik.

Politik identiti berasaskan agama dan kaum ditonjolkan PAS khususnya pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 memberi laba segera apabila menjadi sebahagian kerajaan selepas kejatuhan PH pada 2020. Kerjasama dengan UMNO membawa penubuhan Muafakat Nasional (MN) pada 2019 dan pembentukan Perikatan Nasional (PN) pada 2020.

Bagaimanapun, PAS tidak dapat lari daripada ujian kuasa. Pergolakan dalaman berpunca perbezaan pandangan dari segi kerjasama politik menimbulkan perselisihan dalam kalangan pimpinan. Tidak dapat dinafikan, keputusan pemilihan muktamar lalu menjadi isyarat polemik itu. Beberapa pimpinan utama seperti Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi menteri, tewas. Begitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz gagal mendapat tempat sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Natijahnya, pergolakan itu membawa keputusan Mohd Khairuddin berhenti menjadi ahli PAS, Mac lalu. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu, menyifatkan tindakan berkenaan antaranya disebabkan tidak berpuas hati dengan pimpinan utama membelakangi keputusan mesyuarat berhubung strategi politik. Pergolakan dalaman itu tidak mampu disembunyikan PAS apabila ia membabitkan antara pimpinan tertinggi mereka.

Hala tuju PAS dalam kedinamikan politik Malaysia semakin menarik untuk diteliti selepas dua pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung. Walaupun bertembung dengan rakan dalam MN dan kerajaan dalam PRN Melaka serta Johor, PAS masih kekal sebahagian Kerajaan Persekutuan.

PAS yang semakin kukuh bersama PN dan menjadi pencabar utama kepada BN dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan tidak boleh dipandang ringan. Antara sebab PAS lebih selesa bersama PN adalah ia menjadikannya setara dalam membuat keputusan seperti penentuan jumlah kerusi dan hala tuju. Ini berbeza dengan pengalaman PAS sebelum ini yang dilihat dibuli DAP ketika dalam PR dan mendakwa dipinggirkan UMNO dalam MN dari segi pembuatan keputusan. Sokongan pengundi diberikan kepada PN dan memecahkan undi pembangkang dipercayai membawa munculnya idea khemah besar.

Khemah besar dicanangkan pembangkang dalam menghadapi PRN lalu dan juga hasrat sama bagi pilihan raya akan datang dilihat lebih kepada strategi politik PH yang berasakan ketidakmampuan menghadapi BN.

Ia semakin hangat apabila menjadi antara isu utama dalam kempen pemilihan PKR yang sedang berlangsung apabila calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dalam jerayawaranya menolak usaha khemah besar berkenaan.

Ia membawa reaksi segera Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Muhammad Sabu yang seakan-akan cuba meredakan keadaan dengan menekankan rancangan itu tidak membabitkan parti dalam kerajaan, iaitu BN dan PN. Namun, ia juga sebenarnya ditolak pimpinan PN khususnya PAS. Kenyataan Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hasan jelas menolak khemah besar ini mungkin boleh dilihat dari sudut lebih luas berasaskan perkembangan politik sebelum ini.

Walaupun PAS dikatakan bukan kawan politik baik kerana beberapa kali terbabit dalam perselisihan yang menyebabkan pertembungan sesama parti dalam pakatan seperti antara MN dengan PN dalam pilihan raya negeri serta pengalaman dalam Barisan Alternatif (BA) dan PR, dalam persaingan politik kepartian ini, masing-masing perlu licik.

Bagi menjadi parti paling besar sekali dalam kerajaan atau dengan kata lain mempunyai kerusi paling banyak, adalah agak mustahil bagi PAS dengan masa yang ada ini. Namun, PAS mungkin mengintai kedudukan dalang politik atau kingmaker dengan jumlah kerusi dimenangi kerana mereka mampu memberi sokongan kepada mana-mana pakatan ingin menubuhkan kerajaan.

Ini sebenarnya berlaku sekarang hingga PAS menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan dan kemungkinan kekal hingga Parlimen dibubarkan.

Penulis adalah Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub


2.  Redha Allah lebih utama 

KALAULAH pejuang Islam dulu takut dan mengalah kepada kata-kata manusia, maka tidak sampailah dakwah Islam kepada kita, kerana sifat perjuangan itu mestilah tidak gerun dengan mulut pencela.

Jangan sampai kita lebih memikirkan pandangan dan telahan daripada manusia sehingga terlupa menuju impian yang lebih nyata iaitu mencari redha Allah S.W.T.

Hadis Nabi S.A.W:

مَنِ التَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ، وَمَنِ التَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ

“Barangsiapa yang mencari redha Allah S.W.T sekalipun memperolehi kemurkaan manusia, maka Allah akan cukupkan kebergantungannya terhadap manusia. Barangsiapa yang mencari redha manusia sekalipun memperolehi kemurkaan Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia.” 

[Riwayat al-Tirmizi (2414)]

Redha manusia itu adalah matlamat yang sukar dicapai, manakala redha Allah itu adalah matlamat yang tidak boleh ditinggalkan. Maka, tinggalkanlah makhluk yang sifatnya tidak mampu dan carilah yang mencukupkan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 26/4/2022


5 comments:

Anonymous said...

8. Apa punca kegagalan AKSB ?
Ini yang perlu diketahui sebelum ubat diberikan.
Saya telah katakan, antara punca utama kegagalan ialah unsur salah guna kuasa. Saya telah disaman untuk itu dan Alhamdulillah saya menang saman itu.
Menunjukkan dakwaan saya ada asas.
Jika punca kegagalan terbesar adalah adanya unsur salah guna kuasa, maka jawapan yg tepat bagi mencari punca kegagalan AKSB ialah MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA SIASATAN YG BEBAS.
9. Jika Kerajaan Kelantan sanggup menubuhkan Suruhanjaya ini dan anggotanya dipandang rakyat sebagai benar-benar bebas dan berintegriti - itu tanda mereka jujur dan tidak bercadang menyembunyikan apa-apa.
Jika mereka enggan, menunjukkan ada perkara yg menjadi kerahsiaan gerak kerja mereka selama ini.
10. Tanpa siasatan terperinci yg bebas, selama itulah masalah air Rakyat Kelantan tidak akan selesai.
Pillihan lain, jika Kerajaan Kelantan enggan berbuat demikian ialah Rakyat Kelantan sendiri mesti berani menukar Kerajaan yg ada sekarang bila tiba masanya.
Kerajaan baru tersebut mesti bersetuju menubuhkan Suruhanjaya berkenaan dengan serta merta.
11. Inilah salah satu PIAGAM GERAKAN SAVE KELANTAN yg kami akan cadangkan kepada stake holder yang lain nanti InsyaAllah.
12. Kembali kepada mangsa kebakaran berkenaan, iaitu lima kediaman musnah 100 peratus dan empat kediaman lagi musnah kira-kira 20 peratus dengan jumlah kerugian ratusan ribu ringgit.
AKSB hendaklah dipertanggung jawabkan dengan membayar sejumlah ganti rugi yg menasabah.
Juga sebagai tanda keprihatian dan didikan rasa akauntabiliti kerana AKSB adalah sebuah agensi milik kerajaan walau pun berorientasikan koporat.
13. Saya cadangkan peruntukan ganjaran Ahli Lembaga Pengarah AKSB , terutama bagi Pengerusi AKSB dan Adun yg turut menjadi Ahli Lembaga sejumlah RM 228,918 untuk tahun 2020 dan RM 186, 082 bagi tahun 2019 (berdasarkan Laporan Tahunan Aksb) digunakan untuk membayar ganti rugi tersebut. (Kedua-dua mereka telah pun mempunyai gaji dan elaun tetap berbanding rakyat terlibat yg dhaif dan ditimpa kesusahan).
Kerajaan Negeri boleh menambah jumlah lain sehingga ganti rugi berkenaan memadai.
14. Saya juga ada menerima pandangan dari profesional Anak Kelantan seperti berikut.
Bagi mengelak tragedi seperti ini berulang di masa hadapan, pihak berwajib perlu meneroka kaedah baru menggabungkan teknologi Geographic Information System (GIS), rangkaian paip pintar dan kawalan air bersepadu.
Melalui kaedah ini tekanan air dapat dikawal dari suatu tempat dan disalurkan ke tempat yang memerlukan dengan segera.
(Save Kelantan setiap masa mengalu-alukan pandangan berguna seperti ini dalam meningkatkan peranan Save Kelantan).
15. Saya bagi pihak Save Kelantan merakamkan takziah kepada semua keluarga terlibat.
16. Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, pihak Save Kelantan mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan pelan kontingensi agar bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang tempoh perayaan ini.
Husam bin Musa

Anonymous said...

Wak husyam ni ada masalah. Konon hebat. Tapi tinggalkan jemaah Islam untuk bersama jemaah yang dipimpin oleh legasi komunis. Pada syariatnya legasi komunis tempatnya di neraka sebab golongan kuffar. Jemaah Islam syariatnya ke syurga tapi ada juga yang tak lepas. Jadi bila wak husyam berbicara kena tapis berkali kali.

Anonymous said...

Betui sangat bukan agama. Ada beza ulama eng guan dgn ulamak dlm pas. Ulama eng guan bawa neraka kerana kuffar. Jahil jer yang mahu ikut parti bukan agama legasi komunis. Yang waras pasti mahu ikut parti bukan agama pas.

Anonymous said...

Wak husyam ni menyusul mat sabun. Mat sabun kata jika dia keluar pas maknanya dia dah giler. Hampa jangan ikut. Mat sabun beria ia ikut cakap eng guan pasai komunis adalah pejuang kemerdekaan. Kan ker sewel tu ikut kaca mata bumiputera. Ikut kaca mata bangsa dap lain pulak. Sebab depa tu bawa paham komunis.

Jadi jika ikut analogy, apa bezanya wak husyam ngan mat sabun. Sebab tu untuk selamat, tak boleh ikut depa bedua sama group18. Sebab mereka talibarut nak jadikan orang melayu mangsa atau lauk legasi komunis.

Anonymous said...

Nampaknya hanya pas jer yang terkehadapan. Yang lain masih bergelut dengan isu rasuah, isu mahkamah, isu kroni, isu rebut jawatan. Isu moral, isu sex, isu komunis. Dok pusing pusing dalam round about. Isu arak, isu judi, isu sex rambang, isu bontot, isu iklan diri. Aku lebih baik dari kamu. Aku janji nak buat ini, nak buat itu.

Si pakar persepsi buat hal lagi. AYUH MALAYSIA. Pulak dah. Rancang persepsi untuk gagal. Sama jer konsep ngan abam. Buat macam ni akan jadi hasil ini. Walhal semua ke laut. Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.

Masih ada kelompok liberal yang sanggup ditipu oleh abam. Siap ngan angka abam guna untuk tunjukkan persepsinya berfakta. Auta jer. Dah kena tipu berkali kali, pun masih tak paham.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails