Monday, April 25, 2022

Maria Chin biadap, hina keputusan mahkamah..

 

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah. - Foto fail NSTP

Maria Chin dipenjara 7 hari hina keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, atas tindakan menghina keputusan mahkamah berhubung hukuman penjara terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan hukuman penjara itu bermula hari ini selepas meneliti dan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan dibuat.

Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke mahkamah syariah untuk memulakan prosiding penghinaan.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka. Emilia dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Hukuman dijatuhkan terhadap Emilia itu menyebabkan Maria pada 5 September 2019 mengeluarkan kenyataan wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia, yang disiarkan sebuah portal.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengeluarkan kenyataan wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia adalah kenyataan biadap. Sudah tiba masanya, taraf mahkamah syariah perlu dinaikkan sewajarnya. Bukan dihina-hina. 

1 comment:

Anonymous said...

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/25/semak-semula-hukuman-terhadap-maria-chin-kata-bekas-menteri/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails