Wednesday, April 27, 2022

Tawar ganjaran AS$10 juta serangan siber... Silapmata AS?

 

Gambar hiasan. - Foto REUTERS

AS tawar ganjaran AS$10 juta jika bantu dakwa dalang serangan siber

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM43 juta) bagi bantuan mendakwa enam anggota perisikan tentera Russia yang didakwa mendalangi serangan siber yang menjejaskan perniagaan di serata dunia.

Kesemua anggota terbabit yang dikaitkan dengan perisikan tentera Russia Unit 74455 didakwa Oktober lalu di mahkamah AS atas beberapa tuduhan menggodam termasuk menjejaskan grid tenaga elektrik Ukraine.

Memandangkan semua anggota tentera terbabit berada di Russia, tidak mungkin mereka dapat diekstradisi bagi menghadapi hukuman di AS.

Bagaimanapun, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran sehingga AS$10 juta (RM43 juta) bagi sebarang maklumat yang boleh membantu mendakwa mana-mana daripada enam anggota tentera terbabit.

Jabatan Negara AS, dalam satu kenyataan, berkata enam suspek berkenaan terbabit dalam serangan malware pada 2017 yang dikenali sebagai NotPetya.

Ia menjejaskan perniagaan di seluruh dunia termasuk merosakkan komputer di hospital merentasi AS, dengan pihak berkuasa menganggarkan kerugian sehingga AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Bagaimanapun, Kremlin menafikan semua tuduhan berkenaan terhadap anggota tenteranya dan mendakwa AS melancarkan kempen 'Russophobic'.

Unit risikan Russia, GRU, sebelum ini dituduh melakukan beberapa serangan siber di serata dunia termasuk campur tangan dalam pemilihan presiden AS pada 2016. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimAS tawar ganjaran AS$10 juta jika bantu dakwa dalang serangan siber. Masih dalam rangka permainan silapmata AS?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails