Saturday, March 19, 2022

Mewahnya pekerja di Jepun berbanding ahli PAS Kedah miliki komplek sendiri..

 

Purata gaji tahunan golongan pekerja di firma kecil dan sederhana di Jepun ketika ini berada di bawah purata yang ditetapkan di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). (FOTO HIASAN)

1. Realiti pahit pekerja makan gaji di Jepun

Beberapa pekerja pejabat sedang membeli makanan untuk makan tengah hari di Jepun. (FOTO iStock)

TOKYO: Akauntan Jepun yang hanya mahu dikenali sebagai Masamitsu ini sudah bertahun-tahun tidak melancong baik dalam dan luar negara, mahupun menonton wayang di pawagam dan jarang sekali makan di luar, biasanya hanya makan di rumahnya.

Sebaliknya, pendapatan tahunannya secara keseluruhannya kira-kira 4 juta yen (RM142,766) digunakan untuk menyara keluarganya, dengan gajinya hanya meningkat sebanyak RM16.8 setahun selama hampir sedekad. 

 “Saya tidak boleh menyimpan wang, saya tidak mempunyai apa-apa yang disediakan untuk hari tua saya. Saya hanya perlu terus bekerja dan bekerja,” ujar lelaki berusia 50 tahun itu, yang enggan memberikan nama keluarganya kerana bimbang namaya akan disenarai hitamkan oleh syarikat kecil tempat dia bekerja selama ini.

“Selepas saya bersara dari syarikat ini, saya akan lakukan apa sahaja yang saya dapat lakukan untuk mencari wang. Mungkin saya akan bekerja sebagai pengawal keselamatan,” akuinya.

Percaya atau tidak, inilah senario yang sedang berlaku di Jepun pada ketika ini. 

Nasib Masamitsu itu mencerminkan kebanyakan golongan pekerja di firma kecil dan sederhana di Jepun ketika ini, yang mana purata gaji tahunan pada 2020 ialah RM161,682, sedikit berubah daripada tahun 1990-an, namun jauh di bawah purata RM206,567 purata gaji tahunan yang ditetapkan di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Sehubungan itu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida telah menggesa syarikat-syarikat yang mengaut keuntungan yang banyak untuk meningkatkan gaji pekerja masing-masing menerusi rundingan gaji musim bunga, apabila pengurusan firma-firma besar bertemu dengan pihak kesatuan sekerja utama bagi mengadakan perundingan untuk menetapkan gaji pada tahun akan datang, dan seterusnya menetapkan garis panduan untuk kebanyakan syarikat-syarikat lain.

Rundingan untuk tahun 2022 dijangka berakhir pada hari ini, Rabu (16 Mac).

Masamitsu, yang sebelum ini mendapat latihan dalam perakaunan di sekolah vokasional, bertukar kerja pada usia 43 tahun, dalam satu langkah yang agak luar biasa bagi pekerja  di Jepun, selepas majikannya yang terdahulu memotong gajinya.

Selepas beberapa kali menghadiri temu duga yang gagal mendapatkan pekerjaan baharu untuknya, dia berasa akhirnya bertuah kerana mendapat pekerjaan ketika ini sebagai akauntan di firma kecil berkenaan, hanya untuk diberitahu terlebih dahulu bahawa kenaikan gajinya hanya sebanyak RM16.8 setahun, selama untuk satu dekad pertama. 

“Memandangkan umur saya yang bukan lagi muda, gaji pokok saya itu sebenarnya tidak terlalu teruk, ada tempat (syarikat) lain yang menawarkan gaji yang lebih rendah,” ujarnya.

Gaji bulanan Masamitsu, bersama-sama dengan elaun  biasa di Jepun, berjumlah kira-kira 250,000 yen (RM8,877), dan dia mendapat bonus gaji dua bulan setahun menjadikan jumlah pendapatan tahunan keseluruhan adalah kira-kira 4 juta yen (RM142,766) berkenaan.

“Agak malang gaji tahunan saya  tidak naik lebih (daripada RM16.8 setahun), walaupun saya  telah bekerja keras,” katanya.

Jepun terkenal sebagai negara yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi. (FOTO HIASAN)

Justeru, bagi menambahkan pendapatan keluarganya, isteri Masamitsu terpaksa bekerja sambilan untuk menambah pendapatan keluarga mereka yang mempunyai seorang anak perempuan yang baru sahaja menamatkan sekolah menengah.

“Saya ingin mempunyai anak lagi, tetapi  memandangkan pendapatan saya itu, ia tidak mengizinkan impian kami itu,” akuinya.

Masamitsu sekadar menaruh sedikit harapan dengan pendekatan Kishida, bahawa akan berlaku perubahan senario yang dihadapi golongan pekerja makan gaji di negaranya yang terkenal dengan kos kehidupan yang tinggi itu.

“Perkara itu (gesaan Fumio Kishida) itu sebenarnya tidak akan berkesan terhadap senario yang dialami golongan pekerja makan gaji seperti saya ini. 

“Majikan pasti akan muncul dengan pelbagai alasan bahawa (gesaan Kishida) itu tidak kan benar-benar berkesan bagi mengubah senario semasa ketika ini,” katanya. – Reuters

2. PAS Kedah miliki kompleks RM8 juta hasil keringat ahli

ALOR SETAR: Kompleks PAS Kedah yang dibina melibatkan kos kira-kira RM8 juta menggambarkan pengorbanan dan keringat pejuang Islam sehingga berjaya memiliki bangunan setinggi enam tingkat.

Pembinaan bangunan tersergam indah tersebut juga merupakan kesenimbungan era pentadbiran Ustaz Azizan Abdul Razak ketika menerajui PAS Kedah sebelum ini.

Malam ini bangunan bersejarah yang menjadi pusat pentadbiran PAS Kedah akan dirasmikan oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sempena program berkenaan pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula pagi tadi antaranya, Sepak Penalti Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, permainan tradisional dan sukaneka.

Pada sebelah petang program Keluarga Bahagia anjuran Dewan Muslimat PAS Kedah dengan mengadakan pertandingan gubahan tuala dan menghias kek bertema Kompleks PAS Kedah.

Manakala Dewan Ulama PAS kawasan pula mengadakan program bersama pimpinan PAS Pusat. Selepas solat Asar diadakan majlis bacaan Yaasin dan tahlil.

Malam ini juga akan diadakan penyampaian anugerah khas pembinaan bangunan pentadbiran PAS Kedah. HARAKAHDAILY 18/3/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada 2 gaya realiti hidup di hadapan kita. 

Satu, gaya hidup Masamitsu di Jepun yang sudah bertahun-tahun tidak melancong baik dalam dan luar negara, mahupun menonton wayang di pawagam dan jarang sekali makan di luar, biasanya hanya makan di rumahnya.

Sebaliknya, pendapatan tahunannya secara keseluruhannya kira-kira 4 juta yen (RM142,766) digunakan untuk menyara keluarganya, dengan gajinya hanya meningkat sebanyak RM16.8 setahun selama hampir sedekad. 

Dua, gaya hidup ahli PAS Kedah yang sederhana. Bahkan mampu memiliki Kompleks PAS Kedah dibina melibatkan kos kira-kira RM8 juta. Menggambarkan pengorbanan dan keringat pejuang Islam sehingga berjaya memiliki bangunan setinggi enam tingkatnya sendiri.

Terbaiknya, ialah kembalilah kepada cara hidup Islam, amat sesuai seperti tertera dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Allahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails