Friday, March 18, 2022

Keganasan seksual, negara umat sepatutnya memilih penyelesin ikut Islam.

 

Gambar fail aktivis membawa sepanduk ketika kempen menuntut kesaksamaan gender dan membantah penindasan jantina sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di luar Monumen Kebangsaan (Monas) di jakarta, Indonesia. - Foto REUTERS

Indonesia dijangka luluskan RUU keganasan seksual

JAKARTA: Mangsa gangguan seksual, Baiq Nuril Maknun, berharap Parlimen Indonesia akan meluluskan undang-undang baharu mengenai keganasan seksual, sedekad selepas aktivis mula mencadangkan undang-undang berkenaan.

Kini wanita Islam berusia 43 tahun itu masih agak kekok untuk membincangkan perkara berkenaan, malah tidak menyertai aktivis berkempen untuk perubahan.

Namun, kata-katanya yang lemah lembut dan jujur membawa pengertian serta kesan amat besar kerana diluahkan berdasarkan pengalaman peribadi.

"Harapnya ia akan berjaya, ini penting memandangkan pelaku masih berada di luar sana... supaya mangsa boleh bersuara," katanya.

Nuril menjadi terkenal apabila Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda $36,000 (RM151,038) terhadapnya kerana mengedarkan rakaman panggilan telefon lucah diterima daripada ketuanya, seorang pengetua sekolah.

Terharu dengan ketidakadilan kes itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberi pengampunan kepada Nuril dari Lombok.

Tindakan itu mendapat pujian pelbagai kumpulan hak asasi wanita, walaupun mereka tahu keputusan itu tidak membantu menangani masalah gangguan seksual yang semakin meningkat di Indonesia.

Pada Januari lalu, Jokowi meminta kerajaan mempercepatkan undang-undang baharu bertujuan memudahkan pertuduhan kes dan sabitan selain penggubal undang-undang menyambung semula perbincangan mengenai deraf rang undang-undang (RUU) minggu ini.

Mereka berbincang mengenainya sejak 2016 tetapi kemajuannya terhenti ekoran beberapa parti politik berlatarbelakangkan konservatif Islam, namun kerajaan kali ini optimis RUU itu boleh diluluskan seawal bulan depan.

Timbalan Menteri Kehakiman, Edward Omar Sharif Hiariej, berkata paling utama bagi ia diluluskan kerana terdapat begitu banyak kes tidak dikendalikan mengikut kaedah sepatutnya.

"Aduan keganasan seksual semakin meningkat di negara berpenduduk majoriti Islam paling ramai di dunia dengan penderaan seksual sering dianggap sebagai perkara atau isu peribadi, bukan kesalahan dari segi undang-undang.

"Hanya 300 daripada 6,000 kes penderaan seksual difailkan sejak 2018 diselesaikan di mahkamah," katanya.

Menurut aktivis, pendakwaan jenayah seks menjadi rumit susulan tiada rangka kerja undang-undang khusus manakala kebimbangan mangsa terpaksa menanggung malu ketika disoal siasat menghalang ramai daripada bersuara.

Deraf terbaharu RUU itu menetapkan hukuman penjara bagi pesalah dan memaksa mereka membayar ganti rugi kepada mangsa selain pihak berkuasa tempatan perlu dilatih mengendalikan kes keganasan seksual dan menyediakan kaunseling kepada mangsa.

Bagaimanapun, kumpulan masyarakat awam berkata RUU itu terhad dalam skop, membabitkan hanya lima jenayah seks.

Menerusi cadangan awal, RUU itu akan meliputi perhambaan seks; gangguan dan eksploitasi seksual; kahwin paksa;, pelacuran; pencegahan kehamilan dan menggugurkan kandungan secara serta banyak lagi.

Ia juga menawarkan penterjemahaman dan definisi lebih jelas mengenai rogol. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimIndonesia dijangka luluskan RUU keganasan seksual. Sebagai negara umat terbesar di dunia sepatutnya Indonesia memilih cara penyelesin  menurut kaedah Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails