Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor selepas pertemuan dengan Sultan Johor kira-kira hampir satu jam. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Zahid selesai menghadap, kunci mulut
JOHOR BAHRU: Status calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengunci mulut sebaik kembali daripada menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, petang tadi.
Ahmad Zahid dilihat kembali ke Pejabat Perhubungan UMNO Johor jam 4 petang tadi selepas hampir satu jam menghadap Sultan Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden UMNO diiringi Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, naik ke tingkat tiga bagi mengadakan perbincangan.
Semua pemimpin berkenan dilihat turun setengah jam kemudian sebelum meninggalkan Pejabat Perhubungan UMNO Johor.
Usaha mendapatkan komen daripada ketiga-tiga pemimpin itu gagal apabila mereka terus mengunci mulut walaupun disoal bertalu-talu oleh media.
Mereka dilihat meninggalkan perkarangan pejabat itu dalam kenderaan berbeza.
Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin itu bergerak ke kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana bagi mengadakan perbincangan tertutup susulan pertemuan dengan Sultan Ibrahim.
Setiausaha Kerja UMNO Johor, Pandak Ahmad, turut enggan mengulas lanjut apabila didekati pengamal media.
"Saya tidak boleh komen apa-apa. Maaf sangat-sangat ya.
"Tunggulah, jika ada sebarang pengumuman akan dimaklumkan Pejabat UMNO Johor nanti," katanya.
Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor
61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/... 62. ".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan b... 63. Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH. 64. Amat biadap. Laungkan 'Bubar Parlimen' kepada PM..... 65. Lepas Mengadap Sultan Johor petang tadi, Zahid 'ku...
No comments:
Post a Comment