Saturday, March 19, 2022

Ini bukti, siapa sebenarnya dalang di belakang AS?

 

Gambar fail menunjukkan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkawad ketika perarakan ketenteraan tahunan ‘Minggu Pertahanan Suci’. - Foto AFP

Israel gesa AS tidak keluarkan IRGC dari senarai pengganas

BAITULMAQDIS: Israel menggesa Amerika Syarikat (AS) jangan mengeluarkan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) daripada senarai pengganas asing dengan hanya bersandarkan kepada 'janji kosong'.

Menurut sumber, AS sedang mempertimbangkan langkah itu jika Iran beri jaminan dapat mengekang pasukan elit, sebagai sebahagian daripada insentif bagi Iran mengehadkan pembangunan senjata nuklear.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Israel, dalam satu kenyataan bersama, berkata mereka percaya AS tidak akan meninggalkan sekutu terdekatnya sebagai pertukaran untuk janji kosong daripada pengganas.

"IRGC ialah pertubuhan pengganas yang sudah membunuh beribu-ribu orang, termasuk rakyat AS.

"Kami enggan percaya bahawa AS akan menghapuskan statusnya sebagai pertubuhan pengganas," kata mereka.

IRGC ialah kumpulan berkuasa di Iran yang mengawal empayar perniagaan dan pasukan bersenjata serta perisikan elit yang didakwa Washington menjalankan kempen pengganas global.

Pelbagai sumber berkata menggugurkan status pengganas adalah salah satu daripada syarat perbincangan tidak langsung yang lebih meluas mengenai memulihkan perjanjian nuklear 2015. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Israel gesa AS tidak keluarkan IRGC dari senarai pengganas', inilah bukti sebenarnya, siapa dalang di belakang AS? Penjenayah kepada keamanan dunia yang menjadikan AS sebagai topeng 'kepala syaitan'...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails