Tuesday, March 15, 2022

Kongres Keusahawanan Global: 180 negara ambil bahagian

 

Arab Saudi tuan rumah Kongres Keusahawanan Global: 180 negara ambil bahagian

RIYADH: Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah Kongres Keusahawanan Global 2022 (GEC Riyadh 2022), dengan lebih 180 negara mengambil bahagian dalam acara yang dijadualkan berlangsung dari 27 hingga 30 Mac ini.

Acara mega  itu akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa King Abdulaziz dan hotel  mewah Ritz-Carlton di sini, di bawah naungan Putera Mahkota  Mohammed bin Salman dan dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Besar Perusahaan Kecil dan Sederhana (Monsha’at), dengan kerjasama Rangkaian Keusahawanan Global (GEN).

GEN memilih Riyadh sebagai tuan rumah kongres berkenaan pada tahun ini, berdasarkan  penilaian olah Global Entrepreneurship Monitor bahawa Saudi  menduduki tempat pertama daripada 45 negara dalam kategori berikut, iaitu peluang baik untuk memulakan perniagaan, kemudahan memulakan perniagaan, tindak balas perniagaan terhadap pandemik Covid-19 dan tindak balas kerajaan terhadap wabak itu.

Dengan temanya, ‘But Semula, Fikirkan Semula, Jana Semula (Reboot, Rethink, Regenerate), GEC 2022 bakal menjadi salah satu perhimpunan golongan pelabur, penggubal dasar dan pemimpin masyarakat pertama bertaraf global sejak wabak melanda kira-kira dua tahun lalu.

Pengasas bersama Apple, seve Wozniak (kiri) dan pengasas bersama Netflix, Marc Randolph merupakan antara 150 delegasi yang akan membentangkan kertas kerja pada GEC Riyadh 2022.

Pengasas bersama Apple, seve Wozniak (kiri) dan pengasas bersama Netflix, Marc Randolph merupakan antara 150 delegasi yang akan membentangkan kertas kerja pada GEC Riyadh 2022.

Peserta yang hadir akan membincangkan tentang cabaran ekonomi yang dihadapi oleh persekitaran keusahawanan global, bertukar pengalaman, merebut peluang pelaburan dan mengambil pengajaran yang diperoleh daripada cabaran pandemik.

Lebih daripada 150 individu akan membentangkan kertas kerja  pada acara itu, termasuk pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan pengasas bersama Netflix, Marc Randolph.

Kongres yang  juga akan merangkumi bahagian pameran, bengkel dan inovasi itu  akan memberikan penggubal dasar peluang penting untuk mendengar pandangan golongan  usahawan dan memahami cabaran menjalankan perniagaan dalam dunia pasca pandemik. 

Matlamat acara berkenaan adalah  untuk mewujudkan persekitaran keusahawanan global bersatu yang mampan dan berdaya tahan. – Arab News

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails