Monday, March 14, 2022

Amat biadap. Laungkan 'Bubar Parlimen' kepada PM.. -K/Pemuda UMNO K/Krian.

 

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir bagi keputusan penjumlahan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO, Johor Bahru, Sabtu lalu. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

'Desak bubar Parlimen, jangan sampai makan diri'

KOTA BHARU: Desakan sesetengah pihak agar Parlimen dibubarkan sejurus kemenangan diraih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan amat biadap.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd Aziz terkilan dengan tindakan khalayak melaungkan 'Bubar Parlimen' yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyifatkan tindakan itu amat biadap dan kurang ajar kerana kemenangan BN dalam PRN Johor adalah disebabkan perasaan yakin rakyat di bawah kepimpinan Ismail Sabri daripada parti itu yang sedang memacu negara ke arah pemulihan berikutan berbagai musibah yang melanda.

"Dalam kegembiraan meraikan kemenangan BN menggalas tanggungjawab pentadbiran, saya secara peribadi merasa sedikit ralat dan terkilan apabila terlihat di khalayak, 'segelintir' pihak yang melaungkan 'Bubar Parlimen!' 'di atas muka' YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan cara yang boleh dikatakan amat biadap dan kurang ajar.

"Kemenangan ini hadir bersama besarnya tanggungjawab untuk membawa aspirasi rakyat dan semestinya tidak dapat dinafikan sama sekali 'mood' rakyat yang menyebelahi BN ini dicapai dari rasa yakinnya rakyat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

"Juga juga tak dilupakan sokongan padu dan jitu dari YB Presiden UMNO dan seluruh saf kepimpinan UMNO dan BN terhadap beliau, maka amat tidak wajar jika segelintir pihak ini bersikap kurang ajar kepada YAB PM seolah beliau datang pihak lawan," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Shahrul Fadhel berkata, pembubaran Parlimen bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah dan dilakukan dengan emosi sebaliknya banyak aspek perlu diambil kira.

Beliau turut mengingatkan bahawa jangan disebabkan sikap terburu-buru dan terlalu yakin itu akan memakan diri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti.

"Jangan nanti dengan sikap terburu-buru merasa terlalu yakin membuatkan rakyat menjadi 'meluat' dan 'mood' rakyat beralih kepada pihak lain dalam PRU 15 nanti," katanya.


Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor

61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/...  62. ".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan b...  63. Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.  64. Amat biadap. Laungkan 'Bubar Parlimen' kepada PM.....

1 comment:

Anonymous said...

Jom bubar supaya kerajaan lebih teguh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails