Friday, February 25, 2022

Sukar parti menang majoriti 2/3, era baru -Prof Datuk Dr Jayum Jawan -

 

Pengundi kini bijak memilih pemimpin yang mereka inginkan untuk mewakili suara rakyat. - Foto hiasan

Era baharu politik sukarkan parti menang majoriti dua pertiga

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai pada 13 September 2021 antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan adalah langkah baik, satu langkah musyawarah merentas parti, berbincang untuk kepentingan awam, rakyat serta negara.

MoU berkenaan yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PH itu merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, serta Pembaharuan Parlimen.

Tiga lagi adalah Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Walaupun begitu, pada akhirnya rakyat juga akan membuat keputusan melalui peti undi. Kehendak rakyat wajib dihormati dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), banyak pihak berpendapat tidak akan ada perikatan parti politik atau satu politik mampu menang majoriti mudah seperti dulu.

Ia membawa maksud tiada pihak akan menang secara bersendirian namun ini bukan sesuatu yang buruk dan bukan juga sesuatu yang membawa kepada ketidakstabilan.

Mungkin itu satu norma baharu yang kita perlu pelajari dan terima dengan hati terbuka, kerana apabila tidak ada satu parti mempunyai majoriti yang cukup, mereka tidak boleh memerintah sendiri.

Ini bermakna mereka parti yang menang tadi akan berunding, berbincang, berkompromi dan mencari persefahaman yang terbaik untuk cuba membentuk kerajaan.

Perkara ini tidak semestinya buruk. Ia buruk hanya apabila ada wakil rakyat melompat ke sana sini. Akan tetapi bila Akta Anti-Lompat Parti diluluskan di Parlimen nanti, masalah ini dijangka selesai.

Apabila tidak ada satu parti mendominasi kerusi majoriti maka itu sesuatu yang bagus kerana pemimpinnya akan berusaha untuk berkompromi dengan parti lain.

Jika sesuatu parti mendapat majoriti dua pertiga, dibimbangi ia akan kurang peka kepada suara rakyat, malah kadang-kadang bongkak dengan mandat besar itu.

Bagaimanapun, dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak yang lalu, disebabkan kelemahan parti pembangkang, parti kerajaan menang lebih dua pertiga kerusi. Ia perlu dihormati kerana itu keputusan pengundi.

Kita perlu menghormati pilihan pengundi yang mungkin sudah jemu dengan politiking berlebihan tetapi kecenderungan begini tidak semestinya akan berterusan di negeri lain atau di peringkat nasional.

Namun, dalam sesetengah amalan demokrasi ada peruntukan jika rakyat tidak senang dengan wakil rakyat, mereka berhak meminta wakil rakyat 'turun' dengan membuat petisyen dan sebagainya.

Apa lagi dalam suasana pilihan raya sekarang ini, yang mana tidak membenarkan berkempen seperti biasa, maka orang ramai mula menggunakan bermacam-macam cara untuk berpolitik terutama menerusi media sosial.

Perkara baharu ini yang membangkitkan semangat mahu didengar rakyat sekarang dan sebagai sesuatu yang baik tetapi malangnya 'kerajaan lama' melihat ini sebagai satu cabaran kepada mereka.

Setakat ini sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, dapat dilihat beliau tidak banyak politiking dan ini sesuatu yang baik kerana menunjukkan pemimpin dan rakyat fokus kepada kerja mereka.

MoU antara pemimpin PH dan kerajaan adalah suatu langkah baik kerana ia menunjukkan ahli politik sanggup bekerjasama untuk rakyat.

Dalam PRU-15 kelak, kita tidak pasti apakah akan ada parti politik mendapat mandat untuk memerintah secara sendirian tetapi ketiadaan mandat kukuh bukan sesuatu yang buruk.

Ini kerana mereka akhirnya terpaksa bekerjasama selepas PRU untuk membentuk pakatan selepas proses tawar-menawar yang baik untuk semua pihak.

Pemimpin yang tidak mempunyai kuasa authoritarian akan disukai rakyat. Demokrasi kita akan sihat apabila rakyat sedar kuasa yang mereka ada. Rakyat adalah 'kerajaan' yang sebenarnya, bukan Perdana Menteri, Ketua Menteri atau menteri.

Penulis adalah Penyandang Kursi Penyelidikan Tan Sri Empiang Jabu (TSEJRC) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)


Lihat seterusnya..

3 comments:

Anonymous said...

Sukar dapat 2/3.

Bukan pengundi bijak memilih....

Tetapi ada yg dibodohkan dengan duit dan Melayu lupa dah 60 tahun Melayu ditipu Melayu.

Ada plak yg dibodohkan kunun boleh berjuang Islam tanpa bergabung dgn parti (majoriti agama lain). Sampai bila x dapat 2/3 dlm negara majmuk. Kunun bersih tapi x cerdik memimpin(banyak tauladan buruk je) Last kene bergabung dgn penipu 60 tahun juga.

Pemimpin kaya raya rakyat merana

Pilih ph pru nanti.

Anonymous said...

Ramai juga melayu yg ditipu oleh ph. Itu semua melayu yg termakan janji palsu dan fitnah oleh gerombolan liberal. Rafizi pun dah taubat. Tak nak lagi ngan liberal dan avengalist legasi komunis.

Ayuh bersama bina era baru bersama kepimpinan Islam yg bersih rasuah dan jaga kesejahteraan rakyat. Jangan percaya lagi dengan politik fitnah anjuran parti liberal.

Anonymous said...

Eng guan baru sepenggal jadi km p pinang udah banyak rasuah. Kalau banyak penggal lingkop malaysia. Itu yg parti liberal jadikan rakan politik. Jahil dan sesat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails