Friday, February 18, 2022

Pinjam RM100,000 bantu rakyat, Ada ke pemimpin DAP begini?


Kak Lah pinjam RM100,000 demi bantu rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkongsi pengalamannya pernah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 dan memperuntukkan 85 peratus daripada gajinya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Menurutnya, semasa menjadi Ahli Parlimen dalam blok pembangkang, beliau dan rakan Ahli Parlimen pembangkang lain tidak menerima sedikitpun wang peruntukan daripada kerajaan ketika itu.

Justeru, beliau terpaksa berdepan dengan kekangan peruntukan untuk disalur kepada rakyat yang memerlukan.

“Masa itu kita pembangkang, daripada 2000 hingga 2006 saya merupakan senator daripada pembangkang. Kemudian, berterusan daripada 2008 sehingga 2019 sebagai pembangkang,

“Ketika itu, satu sen pun peruntukan tidak diberikan kepada ahli parlimen, kita hanya dapat elaun gaji kita, itu sahaja. Daripada kerajaan persekutuan masa itu, semua ahli parlimen pembangkang, satu ringgit pun tidak dibagi peruntukan,” kongsinya.

Beliau berkongsi pengalaman tersebut dalam Program Diari Inspirasi anjuran Inspirasi Muslim yang ditayangkan secara langsung melalui Facebook Live pada Selasa.

Menurut Siti Zailah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lah, apabila beliau turun padang melihat kesusahan rakyat, pelbagai permohonan bantuan diterima pihaknya.

Katanya, antara bantuan yang sering diminta oleh rakyat adalah peruntukan untuk atap zink yang bocor, yuran sekolah, bantuan kelengkapan sekolah, keperluan kerusi roda dan banyak lagi.

Justeru, atas rasa tanggungjawab untuk memenuhi keperluan dan permintaan rakyatnya, Siti Zailah tekad memperuntukkan 85 peratus daripada gaji yang diterimanya untuk memenuhi keperluan rakyat.

“85 peratus daripada gaji saya, saya bahagikan untuk rakyat, beri kepada rakyat. Hanya 15 peratus saya guna untuk diri sendiri.

“Sebab itu saya berbelas tahun jadi wakil rakyat, satu gelang pun saya tiada, satu cincin pun saya tiada. Saya korban gaji saya untuk rakyat,” kongsinya.

Menurutnya lagi, sebagai seorang pemimpin, beliau tidak berputus asa dengan tugasnya kerana berpegang teguh bahawa perjuangan yang dibawa adalah kerana Allah SWT, bukan kerana manusia.

Kongsinya lagi, beliau pernah membuat pinjaman peribadi berjumlah RM100,000 demi memenuhi keperluan dan tuntutan rakyat.

“Ada suatu ketika, disebabkan terlalu banyak orang minta bantuan, ketika ini menghampiri Ramadhan, saya buntu bagaimana untuk terus membantu rakyat.

“Ketika itu, saya berjumpa dengan seorang rakan yang bekerja dengan Bank Islam, saya mohon untuk buat pinjaman peribadi berjumlah RM100,000.

“Dia tanya untuk apa Kak Lah hendak buat pinjaman? Hendak beli tanah ke? Saya jawab, ‘Tidak, saya tidak beli harta. Duit ini saya hendak guna untuk bantu rakyat miskin.

“Terkejut pegawai bank, sebab tiada orang buat begitu, tetapi saya kata, ‘Tolonglah bantu saya, saya bayar sikit-sikit bulanan,” kongsinya.

Kata Siti Zailah lagi, beliau mengambil tempoh sepanjang 10 tahun untuk membayar kembali wang pinjaman tersebut.

Katanya, menjadi seorang pemimpin bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya ia satu tanggungjawab yang akan disoal oleh Allah SWT kelak. – HARAKAHDAILY 18/2/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pinjam RM100,000 demi bantu rakyat, sepatutnya diberi penghargaan sebagai pemimpin prihatin contoh, yang mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.. 

Ada ke pemimpin DAP yang bermulut lebar begini?

7 comments:

Anonymous said...

Ini lah beza cara bekerja ahli pas yg ramai tidak tahu. Akar umbi sanggup masuk duit dlm tabung tin milo untuk bantu perjuangan. Tapi yg bukan ahli yg tak faham, jadikan tin milo sebagai sindiran.

Beza dengan parti lain seperti kris, legasi komunis dan parti liberal. Dalam parti kris rm100 000 untuk rakyat, rm 900 000 untuk aku. Bantuan rm 1juta, dibahagi kpd dua bahagian : rm 100 000 dan rm 900 000. Sudahnya rakyat kekal miskin, pemimpin kris makin kaya. Percayalah pimpinan kris tidak sanggup meminjam untuk bantu rakyat. Tapi sanggup pinjam, dan pinjaman itu tak dibayar balik. Korupkan.

Anonymous said...

Okay la. Aku ternak kambing.

Anonymous said...

Awas varian baru .. cepat merebak..
Varian ini baru muncul semasa PRN Bangsa Johor.. hati hati..!!

Varian ‘kluster mahkamah’. Simptomnya mudah. Setiap hari mereka akan meratib, kluster mahkamah, kluster mahkamah dan kluster mahkamah.

“Apa-apa sahaja isu di negara kita ini, puncanya kluster mahkamah. PH tumbang, kluster mahkamah. PRN Sabah, kluster mahkamah. PRN Melaka, kluster mahkamah, dan sudah pastilah, PRN Johor, kluster mahkamah.”

Ujarnya, hampir tidak ada masalah dalam negara ini yang bukan berpunca dari kluster mahkamah.

Varian baru Tun Mahathir ialah Varian Najib... varian bossku.. hari hari Tin ratib najib najib najib bossku bossku bossku najib bossku..!!

kah kah kah

Anonymous said...

Padah bila program dakwah bersama Bossku dan BN...

Pendakwah terkenal Ebit Lew dihadapkan di mahkamah di Tenom, pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Sebelum Ebiet Liew menyertai dakwah bersama BN dan Bossku, kes Ebiet Liew macam dilupakan... Bila PRN Bangsa Johor dakwah bersama Bossku dan BN ari ni kes Ebiet Liew naik semula..

Allah Sayang...

Anonymous said...

Para anbiya ramai yg pengembala kambing.

Anonymous said...

Asal bersama kris ada jer masalah. Masalah moral, masalah rasuah, masalah murtad, masalah tanah reserve. Masalah tikam belakang. Masalah lompat lompat. Masalah bacul. Masalah bagi pulau kat kuan yew. Macam tak boleh dibuat kawan dengan kris. Ada jer masalah.

Anonymous said...

Calon Barisan Nasional (BN) mempunyai ciri ‘wali’ iaitu “winnable”, “acceptable” dan “likeable” yang berkaliber dan berdaya.

Malah kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calon parti itu mampu memberi perkhidmatan terbaik pada setiap masa dan tempat tanpa mengira kecantikan dan ‘kehenseman’ mereka.

Jelasnya, BN jika ada calonnya yang menarik paras rupa merupakan suatu kebetulan kerana itu tidak pernah menjadi kriteria.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails