Sunday, February 13, 2022

Kerusi Umno sedikit baru politik stabil -P/P'raya PAS Kedah

 

BATU PAHAT: Kerajaan Kedah adalah kerajaan paling stabil di Malaysia kerana Umno mempunyai jumlah kerusi yang paling sedikit, kata Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, apabila kerusi Umno sangat kurang di setiap negeri baru politik di Malaysia menjadi stabil.

“Bila kerusi Umno sangat kurang sehingga kalau dia tarik diri pun kerajaan tidak tumbang, itulah formula mewujudkan kestabilan politk di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional Negeri Johor di Taman Sri Wangsa, Parit Besar, di sini malam tadi.  

Menurut beliau, di Kedah PAS ada 15 kerusi, Bersatu (6), PH (13) dan Umno hanya dua kerusi.

“Kami pakat buat kerajaan PAS, Bersatu, Umno dari hari pertama membentuk kerajaan pada 17 Mei 2020 sampai hari ini kerajaan Kedah adalah kerajaan paling stabil di Malaysia.

“Formulanya, kena kerusi Umno sikit. Kalau banyak kacau. Tengok di Melaka. Dia dapat banyak kerusi, tumbang Melaka. Di Johor pun Umno banyak kerusi, tumbang kerajaan. Dia sendiri yang tumbangkan, buat PRN dalam saat rakyat kesusahan,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah.

Beliau mempersoalkan di peringkat Persekutuan, Umno memimpin boleh membuat Confidence and Supply Agreement (CSA) dengan pembangkang, kenapa di Johor tidak boleh.  

Katanya, di Johor bukan hendak mewujudkan kestabilan tetapi tujuan PRN adalah untuk menambah kerusi Umno dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau menegaskan rakyat akan menghadapi bahaya jika memilih Umno-BN lagi kerana mereka mengaut segala kekayaan untuk diri sendiri.

“Apa yang ada dikeliling kita akan hilang semua akan dibolot oleh Umno, sama ada kuasa, politik dan ekonomi.

“Saya mohon rakyat negeri Johor beri peluang kepada PN yang ada PAS, Bersatu dan Gerakan. PN merupakan satu kumpulan yang akan menawarkan kerajaan yang lebih baik daripada yang ada di negeri Johor.

“Kita kena hantar signal yang betul kepada Malaysia dalam PRN negeri Johor iaitu jika BN menang selesa di Johor maka PRU akan disegerakan,” katanya.

Beliau menegaskan, rakyat akan digambarkan seolah-olah BN telah kembali pulih kleptokrasi dan korupsi boleh diterima dan kes mahkamah tidak menjadi kesalahan. 

Katanya, signal itu akan mempengaruhi generasi akan datang manakala negara akan rosak.

Justeru tegas beliau, demi kebaikan negeri dan negara, rakyat Johor perlu menolak kleptokrasi korupsi dan janji palsu.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari. Turut berucap ialah Timbalan-timbalan Ketua Pemuda PN, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Wong Chia Zhen dan Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden, Timbalan Pengerusi PN Johor, Ustaz Abdullah Husin dan Ketua Pemuda PN Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac. – HARAKAHDAILY 13/2/2022

10 comments:

Anonymous said...

Umno pun nampak baik bila bersama dengan pas. Bila rasa kuat nampak jembalang nya. Betul sangat tuan ibnu. Parti liberal pun banyak belitnya dan fitnah.

Anonymous said...

Masa atok pm, royalti tukar ke wang ihsan. Yang dapat hanya orang umno jer. Jadah sungguh. Duit negara tapi yang pulun orang umno. Khianat selagi boleh.

Anonymous said...

Kalimat "wallahi,wabillahi, wataullahi' di PRN Johor.. siapa yang kenaaa..!!

Alhamdullilah, Bossku amat berani dalam melafaskan kalimat "wallahi,wabillahi, wataullahi' dalam menafikan keterlibatan diri beliau dalam kes tersebut.

Dimata orang awam "lafas" yang dibuat Bosssku itu mungkin tidak akan membawa apa perubahan mahupun tidak makna tetapi sebenarnya "implikasi' dari " kalimat lafas"yang disebutkan Bossku itu amatlah besar bahananya.

Sebenarnya Bossku mempertaruhkan "hela hela' bala atau balasan ALLAH SWT kemuka pintu hadapan rumahnya, sekiranya beliau berbohong.

Mahiaddin!!

Sebelum diangkat jadi Perdana Menteri ,tak da pulak sibuk sibuk pasal "kluster Mahkamah".

Bolih pulak terima kluster ni!!!

Rezeki diangkat sebagai PM pun atas ihsan' "kluster Mahkamah". Kalau tak da sokongan kluster ni, agak agak bolih ke merasa jadi Perdana Menteri?

Tetapi sekiranya Bossku benar benar tidak bersalah dan teraniya.. inshallah..bala pasti akan berbalik pihak yang menuduh dan yang memfitnah beliau.

Atas nasihat Zety lah selaku Gabenor Bank Negara duit dimasukkan RM65 juta ke akaun Bossku ditangkap. Kes AMLA keluarga penyamun Zety sebanyak RM700 juta tiada satu bijik buah Zeti dan keluarga diambil sebarang tindakan...!!

Perkara yang serupa juga pernah dilakukan olih Bossku ketika beliau difitnah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Kesalahan awal Zety adalah dengan sengaja menyembunyikan satu jenayah AMLA, kesalahan kedua pula adalah menyalahguna kan kuasa untuk melindung jenayah suami dansendiri Tawfiq Ayman dan anak anak penyamunnya.

Yakin atau tidak.. sebelum PRU 14 gerombolan ini berjemaah menuduh beliau terlibat...

Apa jadi selepas Bossku 'bersumpah laknat'?

Kerajaan mereka tumbang !!!hanya bertahan 22 bulan saja!!

Mereka berkata ini adalah kebetulan dan tiada kena mengena dengan sumpah Bossku..!!

Ini semua menyebabkan keyakinan ramai rakyat bahawa kes mengenakan Datuk Seri Najib telah di rancang oleh pihak tertentu.
Tun Mahathir sangat malu untuk menggelar Zeti dan Nor Yakob sebagai “Penyamun” seperti mana beliau menuduh Bossku jauh sebelum kes 1MDB dibuka lagi.

Hahahaha ������

Kebenaran Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan??

Ini kali kedua Bossku "menyerahkan" batang tubuhnya kehadrat' ALLAH SWT untuk diperhitungkan.

Siapa bakal terkena ataupun adakah sumpah bakal makan diri Bossku???

Inshallah..dalam masa terdekat di PRN Johor ini kita akan saksikan 'bala bala yang akan menerjah"

Tunggu Siapa kena! siapa yang kena! siapa yang kena!

KHALAZ

Anonymous said...

Lepas ni big boss pulak masuk kes trowong rasuah. Presiden liberal sedih kalau big boss masuk penjara. Hakim hebat.

Anonymous said...

Jom pakat pakat join bersatu dan pas. Pemimpin parti kris, parti liberal, parti kuali, parti legasi komunis semua ada kes mahkamah. Hijrah daripada mungkar kepada makruf. Ikut pemimpin korup, rakyat jadi korup, negara pun dikenali sebagai negara korup.

Ambil sejarah kelantan dan trengganu, sentiasa kemas dan bersih dari korup.

Anonymous said...

Sumpah laknat hanya dilakukan sebagai alternatif terakhir setelah semua jalan sudah dilakukan.

Saat sumpah dilakukan, masing-masing pihak harus membawa ahli keluarga terdekatnya.

Selain itu, masing-masing pihak harus melakukan sumpah. Untuk pihak tertuduh, bersumpah atas nama Allah bahwa dirinya tidak bersalah dalam perkara tersebut dan pihak yang menuduh telah berbohong dalam membuat tuduhannya.

Dalam sumpah itu juga dipanjatkan permohonan dijatuhkannya laknat kepada penuduh dan keluarganya.

Sementara untuk pihak penuduh, bersumpah atas nama Allah bahwa dirinya tidak berdusta dalam membuat tuduhan dan berdoa bahwa pihak tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan.

Dia kemudian berdoa kepada Allah agar dijatuhkan laknat ke pihak tertuduh dan keluarganya.

Anonymous said...

Abam pernah buat sumpah laknat tak. Kalau tak pernah bolek ajak abam buat sumpah laknat kat mana masjid.

Anonymous said...

Abam ka, atok ka, pipi lebam ka...AMIN

mana ada telo nak buat sumpah laknat..

kah kah kah..

waspasa said...

ini fahamn khurfat yg disemai oleh pimpinan pas kpd ahli2 pas di pentas2 ceramah. Kertas putih isu darurat di Kelantan satu ketika dahulu adalah onar yg dihasilkan pas. Dgn sbb itu pas terpaksa dibuang dari Perikatan Nasional...tp pimpinan pas yg sombong lagi ego menuduh umno tendang pas bila mereka kuat. Siapa yg "menendang pas keluar dari MN"?..TAK ADA SIAPA YG TENDANG PAS,,PAS YG TENDANG DIRI SENDIRI KELUAR KERANA TERHUTANG BUDI 3 JWTN MENTERI HASIL ANUGERAH PPBM..punya lah bengap walaun pas kat atas tu....

waspasa said...

yang jelas akan kena laknat sumpah tersebut ialah pas insyallah...kerana pas memihak kpd golongan pengkhianat bangsa dan ugama iaitu ppbm. pas akan khojol di prn johor bersama2 dgn ppbm. Duduk elok2 bersama umno,,tp tamak haloba mengalahkan parti sosialis dap,,memihak kpd ppbm,,sedangkan ahli2 mp ppbm akan berduyun2 kembali kpd umno....CERDIK BETUL LAH STRATEGI POLITAIK PAS NI YE...hi hi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails