Wednesday, February 16, 2022

Ini bukti 'cerdik'nya bekas PM-PM M'sia muntah kedarah wang rakyat..

 

Roger Ng, pada hari pertama perbicaraan kesnya di Mahkamah Persekutuan Brooklyn. - Foto REUTERS

Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank Goldman mendapat jutaan dolar AS

NEW YORK: Pihak pendakwaan semalam berkata, bekas kakitangan Goldman Sachs, Roger Ng, mendapat jutaan dolar Amerika dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ng yang juga bekas Ketua Pelaburan Goldman di Malaysia, didakwa bersubahat dalam pengubahan wang haram dan dan melanggar undang-undang antirasuah.

Peguam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Brent Wible, dalam satu kenyataan berkata, defendan melihat peluang untuk mendapat berjuta-juta dolar dengan menipu.

Ng bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan peguamnya berkata, anak guamnya adalah mangsa kepada salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah Wall Street.

Perbicaraan kes Ng di Mahkamah Persekutuan Brooklyn itu dijangka mengambil masa sehingga enam minggu.

Skandal itu berpunca daripada daripada bon kira-kira AS$6.5 bilion (RM27.2 bilion) yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Ia dijual dari 2009 hingga 2014.

Pendakwa raya AS berkata, Goldman memperoleh yuran AS$600 juta (kira-kira RM2.51 bilion) daripada bon itu, tetapi kira-kira AS$4.5 bilion (kira-kira RM18.83 bilion) dana yang diperoleh, didakwa digelapkan.

Bank itu pada 2020 membayar denda AS$2.3 bilion (kira-kira RM9.62 bilion), mengembalikan AS$600 juta (kira-kira RM2.51 bilion) keuntungan yang diperoleh secara haram.

Ia juga bersetuju supaya anak syarikatnya di Malaysia mengaku bersalah di mahkamah AS sebagai sebahagian daripada perjanjian, yang dikenali sebagai perjanjian pendakwaan tertunda (DPA).

Wible berkata, Ng membantu dua konspirator bersama iaitu Timothy Leissner, dan individu perantara, Jho Low mencuci dana yang digelapkan daripada 1MDB, dan menggunakan sebahagian daripada wang yang dicuri untuk merasuah pegawai di negara Asia Tenggara itu bagi kepentingan perniagaan Goldman.

Ng menerima sogokan AS$35 juta (kira-kira RM146 juta) daripada Leissner, kata Wible.

Leissner, bekas rakan untuk Goldman Sachs di Asia, pada 2018 mengaku bersalah atas konspirasi untuk mencuci wang, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), sebahagiannya dengan membantu membayar rasuah sebanyak AS$1.6 bilion.

Beliau dijangka memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan terhadap Ng.

Wible berkata, Leissner, yang masih belum dijatuhkan hukuman, akan memberi keterangan terhadap Ng sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama dengan pendakwa raya dan akan mendapat hukuman yang lebih ringan.

Namun katanya, keterangan Leissner akan disokong oleh bukti lain.

Peguam bela, Marc Agnifilo berkata, Ng tidak mempunyai peranan dalam skim yang dijalankan Low dan Leissner, malah lelaki itu memberi amaran kepada pengurusan Goldman supaya tidak mempercayai Low.

Beliau berkata, dana yang dipanggil sogokan sebenarnya adalah milik isteri Ng dan diperoleh daripada perniagaan yang dijalankan wanita itu dengan bekas isteri Leissner.

Low, yang didakwa bersama Ng pada 2018, belum ditahan oleh pihak berkuasa AS atau Malaysia.

Dia dilaporkan berada di Beijing, namun ia dinafikan oleh China. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimIni bukti 'cerdik'nya bekas PM-PM Malaysia muntah kedarah wang rakyat.. Kuncu-kuncunya dari DAP juga terlibat? Barua-cakap Melayu penjilat DAP tolong diam, lu tak kena mengena..

11 comments:

Anonymous said...

memang cerdik. tu yang geng 18 pun dok sama dapat la kita semua ayam turun dua kupang, telo takde minyak masak naik. pilih pas selesai harga barang. terbaiklah. konon tak geng tapi duk sebelah menyebelah. al fulsi waddunia punya pasal.. ko juga yang nak jawab...

Anonymous said...

Bukankah ini sangat jelas menunjukkan sebilangan pemimpin-pemimpin kris sangat bodoh sehinggakan mereka boleh diperalatkan dan ditunggang oleh agen-agen roket untuk menyamun kekayaan negara dan menumbangkan kerajaan Melayu ? Siapakah yang mendapat faedah jika bukan puak roket ?

Anonymous said...

Siapakah pegawai pegawai dari Asia Tenggara yang dimaksudkan oleh Ng terhadap Jho Low utk cuci duit 1MDB itu..!??

Ng membantu dua konspirator bersama iaitu Timothy Leissner, dan individu perantara, Jho Low mencuci dana yang digelapkan daripada 1MDB, dan menggunakan sebahagian daripada wang yang dicuri untuk merasuah pegawai di negara Asia Tenggara itu bagi kepentingan perniagaan Goldman.

Ng menerima sogokan AS$35 juta (kira-kira RM146 juta) daripada Leissner, kata Wible.

Siapa kah pegawai pegawai di Asia Tenggara itu.. tak kan pegawai tu gred kerani atau peon budak prjabat. Tak kan pegawai tu taraf bancuh kopi pejabat..

Pegawai itu mesti pangkat beso pangkat Jusa A bukan Gred biashe biashe.. paling busuk pun title CEO Gabnor Manager Bank Director Company dan lain lain..

Persoalan pada persialan itu SIAPAKAH PEGAWAI Asia Tenggara itu...!?

Anonymous said...

1.6 billoin digunakan untuk peruntukkan rasuah PEGAWAI ASIA TENGGARA.... ini bukan kerja sorang sorang... ini kerja penyamun berjamaah di imam kan Ostat Jho Low dimakmumkan oleh Zety dan keluarga penysmun nya, Nik Faisal, Pegawai kaum Cina di AmBank. Penyamun Berjemaah yang kena Bossku sorang...

Kah kah apa ke bangang punya kes hahh


Bodooo .. bodooo..

Leissner, bekas rakan untuk Goldman Sachs di Asia, pada 2018 mengaku bersalah atas konspirasi untuk mencuci wang, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), sebahagiannya dengan membantu membayar rasuah sebanyak AS$1.6 bilion.

Anonymous said...

Jgn jadi x cerdik sangat....

Crita Leissner, zeti , kunun geng dap, pegawai sana sini. Yg dah salah pun blum masuk lokap. Kat negara lain dah ramai kene tangkap.


Kepimpinan Melayu Islam yg masih terkial2 cari siapa salah duit mdb hilang.

Inipun salah satu bala bila bergabung geng Islam extreme dan penipu bentuk kerejaan.

Tunggu bala seterusnya.

Anonymous said...

Apa apa pun pas terbaik. Banding parti liberal, hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Tahniah pas. Jaga amanah, tidak rasuah, jangan guna politik fitnah. Biar parti lawan fitnah pas, akhirnya terbukti pas tidak seperti yang difitnah. Kekalkan kerajaan kelantan, trengganu dan kedah sebagai kerajaan terbaik.

Anonymous said...

Tahniah pas. Bersih dan clear. Parti lain ada kes mahkamah.

Anonymous said...

Akhirnya taliban yg dikatakan kekampungan, berjaya usir amerika. Afghan bebas dari penjajahan. Tahniah afghan.

Anonymous said...

1.6 billoin digunakan untuk peruntukkan rasuah PEGAWAI ASIA TENGGARA....AMIN

Sapa Pegawai Asia Tenggara..AMIN

Budak Pejabat kah, Peon kah, CC kah, Kerani Pejabat Pembancuh kopi kah..AMIN

Ini bukan kerja sorang sorang...AMIN

ini kerja penyamun berjamaah..AMIN

Di imam kan Ostat Jho Low..AMIN

Dimakmumkan oleh Zety dan keluarga penyamun nya, Nik Faisal, semua Pegawai kaum Cina di AmBank..AMIN

Penyamun menyamun secara berjemaah yang kena Bossku sorang kah kah kah..AMIN

Oopss Atok pun menyamun secara berjemaah berimamkan Jho Low secara ghaib dari IJN... kah kah kah

KHALAS


kah kah kah...Kah kah apa ke bangang punya kes lahh...

Anonymous said...

Pm pertahan abg syam langgak sop. Yg kecil mcm ni pun pm tak boleh selesaikan. Dlm pas, dr khairuddin pun dipecat. Abg syam dulu kotraversi pasai kamera aes. Harga aes yg abg syam beli berganda ganda mahalnya. Rasuah juga tu. Guna duit kerajaan berganda ganda, bayar guna cukai rakyat. Seluruh jentera kris ada rasuah. Pas pun x sokong dah. Tolak rasuah, tolak liberal, tolak legasi komunis, tolak womenizer. Pastikan politik malaysia bersih dan amanah.

Anonymous said...

Bahaya liberal kerana sekutunya parti legasi komunis tajaan siang kit. Pencetus 13 mei ialah BAPA eng guan. Siap jual harta tabung haji dan ambil duit zakat bila dap dapat kuasa. Parti liberal bersekongkol merompak harta orang Islam. Udah lah bawa fahaman sesat, bersekongkol pulak dengan dap merompak harta orang Islam. Tiada beza kris dengan liberal. Sama sama merompak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails