Thursday, February 17, 2022

Lagi barua Islamfobia barat senarai Hamas pengganas.

 

Gambar fail anggota kumpulan Ezzedine Briged al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas, ketika majlis pengebumian rakan seperjuangan mereka, Mohammed Abed, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Australia senarai Hamas sebagai kumpulan pengganas

SYDNEY: Australia hari ini berkata ia akan menyenaraikan keseluruhan pergerakan Islam Palestin, Hamas, sebagai pertubuhan pengganas.

Canberra sebelum ini hanya menyenaraikan Briged al-Qassam di bawah Hamas sebagai kumpulan pengganas tetapi arahan baharu ini merangkumi keseluruhan struktur Hamas.

Hamas, yang kini menguasai Semenanjung Gaza, berikrar akan 'membebaskan' Baitulmaqdis menerusi kekerasan dan sering melancarkan serangan menyasarkan kepentingan Israel.

Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews, berkata pandangan Hamas selaku kumpulan ekstremis ganas amat membimbangkan.

"Adalah penting bagi undang-undang kita bukan saja membanteras tindakan ganas dan pengganas, sebaliknya turut menyasarkan pertubuhan yang merancang, membiaya dan melaksanakan tindakan berkenaan.

"Tiada tempat bagi ideologi kebencian mereka di Australia," katanya.

Penakrifan itu bermakna sebarang pembiayaan atau segala bentuk sokongan kepada Hamas kini dilarang, dengan ada antara kesalahan melakukannya boleh dikenakan hukuman penjara 25 tahun.

Israel mengekalkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza sejak 2007, apabila Hamas mengambil alih kuasa di wilayah miskin itu.

Amerika Syarikat (AS) sudah lama menakrifkan Hamas sebagai kumpulan pengganas manakala Kesatuan Eropah (EU) turut menyenaraikan Hamas sebagai kumpulan pengganas selepas tindakan itu gagal dicabar di mahkamah. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya,  HAMAS bukan militan sebaliknya pejuang berteraskan Islam. Mereka yakin dengan kemenangan yang dijanjikan Allah, sehingga semangat jihad mereka tidak pernah padam dalam menentang negara haram Israel.

Ini pendirian Malaysia..

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan bahawa HAMAS bukan militan sebaliknya pejuang berteraskan Islam.

Beliau berkata, mereka yakin dengan kemenangan yang dijanjikan Allah, sehingga semangat jihad mereka tidak pernah padam dalam menentang negara haram Israel.

“Jika kita merasa duduk sebentar di Palestin, dan dikunjungi tentera Israel yang menghalau kita daripada rumah sendiri, membunuh anak kecil kita yang tidak berdosa di depan mata, dan memenjarakan bapa kita bertahun lamanya tanpa berita, nescaya kita tidak akan mampu menggelar HAMAS sebagai militan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, militan adalah satu gelaran yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada para pejuang Palestin.

Tambahnya, sedangkan pembelaan HAMAS terhadap kesengsaraan rakyat Palestin, tidak terbanding dengan keganasan tentera Israel yang jauh lebih dahsyat.

Katanya lagi, HAMAS ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yassin, enggan menjual negara Palestin melalui perjanjian dan rundingan yang hanya menguntungkan sebelah pihak.

“Mereka memilih untuk menentang penjajah melalui aspek ekonomi, politik, sosial, termasuklah ketenteraan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Beliau menambah, oleh kerana pengaruh HAMAS yang sangat besar dalam membangkitkan semangat menentang Yahudi yang berteraskan agama dalam kalangan rakyat Palestin, mereka dilihat sebagai ancaman terbesar, seterusnya dilabel sebagai militan dan pengganas.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media tempatan supaya jangan mudah terperangkap dengan naratif yang dibawa oleh media-media antarabangsa.

“HAMAS bukan militan. Mereka adalah pejuang berteraskan Islam, yang yakin dengan kemenangan yang dijanjikan Allah, sehingga semangat jihad mereka tidak pernah padam dalam menentang negara haram Israel,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 16/5/2021

2 comments:

Anonymous said...

Petikan surat Tun untuk PRN Bangsa Johor... Baru keluar IJN tukar bateri baru racun fitnah Tin masih berbisa.!!

kluster mahkamah dan kleptokrat dari Umno. Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum pilihan raya umum ke-15.

Perancangan mereka ialah apabila menang di pilihan raya umum nanti, mereka akan dapat mengguna kedudukan untuk menyelesai kes-kes salahguna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat.

Belum habis perbicaraan dan rayuan orang tua celaka ini sudah menuduh dan buat fitnah jijik sekira Bossku berkuasa semula akan menggunakan kuada dan kedudukan mereka menyelesaikan kes Bossku... Nampak tak serangan awal untuk meracun dan memfitnah minda rakyat. Biar mahkamah yang bua keputusan hormati mahkamah..!! Tua renta masih tak serik serik buat fitnah celaka..!!

Ada pengundi yang berkata bahawa kumpulan kluster mahkamah dan kleptokrat tidak bertanding di dalam PRN Johor. Memang benar tetapi mereka yang bertanding di atas tiket Umno dan Barisan Nasional akan memberi kekuatan kepada kluster mahkamah dan kleptokrat.

PRN Bangsa Johor tiada kena mengena dengan kluster mahkamah.. dah majority Negeri Johor tergantung... cukup cukup lah Tun buat tuduhan fitnah jijik celaka ini ...!!

#lingkupkanboboimelingkuplahTun

Anonymous said...

Abam jual negara kpd legasi komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails