Tuesday, February 15, 2022

Kecam nasihat kekeluargaan, itu standard DAP

 

MELAKA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kecaman pemimpin DAP dan PAN terhadap nasihat kekeluargaan yang diberi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menunjukkan sikap standard mereka.

“Ini sikap ‘standard’ dan skema yang ada pada pemimpin-pemimpin DAP. Dia hendak mencampuri urusan orang lain. Dia nak seolah-olah nak hidup ni bebas. Nak wujudkan normalisasi dalam masyarakat. Itu satu perkara yang tidak pelik,” ujar beliau ketika diminta mengulas tentang isu itu.

Baru-baru ini, Siti Zailah telah mengeluarkan beberapa tips berkaitan keharmonian kekeluargaan Islam dalam bentuk video pendek bersiri yang mula dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau yang mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin DAP dan disambut oleh pemimpin PAN.

“Sepatutnya nasihat itu kita kena terima sebagai nasihat yang baik dan kita kena lihat dari segi kacamata akademik dan juga kaca mata nilai moral bagi agama kita.

“Sepatutnya itu merupakan satu nasihat yang baik daripada seorang Timbalan Menteri, daripada seorang ibu, daripada seorang isteri, (disampaikan) kepada orang ramai untuk berkongsi bagaimana untuk membentuk keluarga bahagia. Sepatutnya tidak adalah kecaman,” ujar Idris.

Beliau menambah, orang Islam boleh berkawan dengan bukan Islam dan bergaul tetapi ada batasannya, di samping perlu ada sikap hormat-menghormati terhadap pendirian agama masing-masing.

Ketika diminta mengulas tentang sikap pemimpin-pemimpin PAN yang dilihat pantas menyokong kecaman pemimpin DAP, beliau berkata itu juga standard PAN.

“Itu juga standard. Apa juga yang dibuat oleh DAP, diakur pula oleh pemimpin PAN. Itu standard. Itu bukan luar biasa,” ujar beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui usai Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Kembali Ke Sekolah 2022 Kawasan Hang Tuah Jaya di Kompleks Dewan Terbuka Mua’alim Bukit Katil, di sini, hari ini.

Dalam program tersebut seramai 150 orang pelajar sekolah di dalam Parlimen Hang Tuah Jaya menerima bantuan persekolahan bernilai RM170 sumbangan Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebuah agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menurut Ustaz Idris, secara keseluruhan bagi negeri Melaka sebanyak RM153,000 diperuntukkan bagi program itu yang bakal memanfaatkan seramai 900 penerima.

“Secara keseluruhan ia melibatkan 14,000 pelajar dengan RM2.38 juta peruntukan untuk anak-anak B40 di seluruh negara dan dilancarkan di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini,” jelasnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Taqwa, Datuk Razali Shahabudin, Penasihat Pertubuhan Kebajikan dan Amal Melaka (PEKA), Tuan Guru Zulkifli Ismail, Pengerusi PEKA, Mohsin Ibrahim dan Pengerusi Khidmat Malaysia Melaka, Muhamat Puhat Bedol. – HARAKAHDAILY 15/2/2022

6 comments:

Anonymous said...

Kesiannnn Pada Pimpinan PKR Johor… AMIN

Di Khianati Oleh Anwar…AMIN

Berjuang Berpuloh Tahun Bersusah Payah Menghidupkan PKR Johor… AMIN

Calun MB Yang Anwar Pilih Adalah Mazlee..AMIN

Kesiannnn Pada Pimpinan PKR Johor…AMIN

Di Khianati Oleh Anwar… AMIN

Berjuang Berpuloh Tahun Bersusah Payah Menghidupkan PKR Johor… Calun MB Yang Anwar Pilih Adalah Mazlee.. AMIN

Katak Dari Bersatu Lompat Katak KePejuang… Lompat Ke PKR…Akhirnya Jadi Calun MB PKR… AMIN

Anwar Ibrahim bodoh tak boleh ajar..AMIN

Cerdik lansung tak hado..


KHALAS

Anonymous said...

X disabitkan dgn rasuah pun x de gunanya.

Masalah utama x cukup cerdik utk perintah.

Bersekongkol dgn perasuah, pelompat dan penipu utk bentuk kerejaan. Tiap hari gaduh sesama sendiri. Apa kemajuan negara hingga saat ni? Samalah sokong rasuah dan penipuan.

Tolak p end dan be end yg tipu pemikiran Melayu.

Sokong PH pru nanti.

Anonymous said...

Apa sebab parti kris bagi kerusi majoriti melayu kpd mca dan mic. Mesti ada sebab. Sebagai sebuah parti yg dikenali sebagai parti yang penuh rasuah, tidak boleh tolak kemungkinan ada ringgit masyuk akaun pemimpin. Bukan seratus dua ratus. Tak berbaloi tu. Di pusat pun dah main ringgit, anak buah kat negeri ikut boss.

Spt biasa parti kris akan peralatkan agama. Untuk tahfizlah, untuk pondoklah, untuk rumah anak yatimlah. Ada bagi alasan untuk kat pondok pattani sebab keturunan pattani. Acah acah. Akar umbi pun percaya.

Peduli apa denyut nadi akar umbi kalau ringgit tidak menjadi.

Rasuah dah jadi normal dlm parti kris. 1mdb dan 47 kes tapi masih diangkat disanjung.

Anonymous said...

Ada bagi alasan hal peribadi tak ganggu urusan pentadbiran. Logik ker. Kalau rasuah sebab malaysia jadi terkenal, bekas banduan pula jadi saingan untuk pemilihan dalam urusan negara. Dari dikenal sebagai rasuah, nanti dikenal sebagai negara sodom. Hairan jiran negara, apakah takde pemimpin berkualiti. Ada sebenarnya. Lihat kelantan dan trengganu. Kedah yg terbaru.

Politik katak lompat sana, lompat sini. Jadi terkenal, lalu layak jadi mb. Ingat tragedi kasut hitam. Luput blue print. Luput pencetakan pelajar berkualiti. Mati matian pertahan kelebihan kasut hitam. Abam pun dah gelap otak sebab peranan kasut hitam.

Tolak politik pemimpin kotor. Ramai yg bersih dan mampu memimpin. Yg kotor pandai bermadah, kosong manfaat. Terjerumus masuk longkang. Sampai bila nak bersih dan maju jika yg bermasalah berkeras mahu memimpin.

Anonymous said...

Langgar Sop covid bukan jenayah - PM

Anonymous said...

mereka jaga mereka

rakyat merana

roti canai semakin mengecil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails