Wednesday, February 23, 2022

Pinda Perlembagaan, Siasat Ramasamy, api perkauman &anak Loh Siew Hong


1. Isu keIslaman: Dewan Ulamak PAS gesa pinda Perlembagaan 

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) gusar dengan perkembangan terkini perundangan negara yang berkaitan kedudukan Islam, Mahkamah Syariah dan akidah umat Islam.

Ini dengan merujuk kes yang berlaku di Perlis melibatkan tiga anak Puan Loh yang dipaksa murtad setelah mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu, DUPP mendesak semua pihak agar menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan bidang kuasa negeri-negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam.

DUPP dalam satu kenyataan hari ini menggesa pindaan Perlembagaan dalam Jadual Kesembilan senarai negeri untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah bidang kuasa melakukan judicial review berhubung kes berkaitan umat Islam khususnya berkaitan pertukaran agama agar tiada lagi konflik seperti itu berlaku pada masa hadapan.

DUPP mendesak pihak berkuasa agama di setiap negeri segera meminda syarat pertukaran agama dengan keizinan ibu atau bapa dan bukan ibu dan bapa seperti yang ada di sesetengah negeri.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa agar pihak-pihak yang berkepentingan peribadi sama ada atas platform agama ataupun politik kepartian menghormati hak kanak-kanak tersebut memilih Islam sebagai agama anutan mereka tanpa membuat sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada kanak-kanak tersebut dengan melemparkan tuduhan negatif bahawa wujud pemaksaan ke atas mereka agar memeluk Islam sedangkan pengislaman mereka dibuat dengan kerelaan dan persetujuan bapa kanak-kanak tersebut,” ujar DUPP lagi.

DUPP juga mendesak pihak kerajaan dan semua pihak agar memberi keutamaan kepada kemaslahatan tiga anak-anak Puan Loh yang telah memilih Islam sebagai pegangan akidah mereka agar tidak diusik dan dipaksa untuk kembali murtad.

“Umat Islam telah lama bersabar dan kita tidak mahu keharmonian agama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan akan membakar sentimen dan kemarahan umat Islam,” kata DUPP.

DUPP juga mendesak dan mengesyorkan kepada pihak kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Mediasi Agama untuk memastikan kebajikan anak yang dipelihara oleh ibu atau penjaga yang bukan Islam agar diberikan keutamaan (the paramount consideration is the welfare of the children) dari sudut pemakanan, pendidikan sah yang lebih utama akidah mereka sentiasa dipelihara.

“Akhirnya, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak dan mengajak umat Islam agar sentiasa bersatu di bawah lembayung kesepaduan kalimah tauhid yang memerlukan kekuatan politik Islam (siasah syar’iyyah) bersama Perikatan Nasional untuk memastikan kedudukan Islam dan akidah umat akan sentiasa dijulang tinggi di bumi Malaysia tercinta. – HARAKAHDAILY 22/2/2022

2. PDRM digesa siasat segera kenyataan Ramasamy  
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera berhubung kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy yang disifatkan berbaur provokasi, liar serta fitnah terhadap Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs). 

UMMAH dalam satu kenyataan hari ini turut menyeru semua pihak membuat laporan polis bagi mempertahankan solidariti akidah anak-anak Loh Siew Hong.

“UMMAH menyeru lebih banyak laporan polis dibuat di seluruh negara bagi menunjukkan kebersamaan umat Islam yang mempertahankan maruah dan akidah anak bangsa.

“Budaya ektremis, pemecah belah perpaduan dan keharmonian negara wajib dicabut dari negara tercinta ini sebelum mereka terus berakar dan merosakkan anak bangsa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, setakat petang ini, sebanyak tujuk laporan polis telah dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) Islam berhubung tindakan serta kenyataan provokatif Dr. P. Ramasamy dan beberapa ahli politik berhubung isu anak-anak Loh Siew Hong.

UMMAH turut membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang tadi berhubung perkara itu. (Foto atas)

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan segera kepada ibu mereka, Loh Siew Hong, selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu. – HARAKAHDAILY 22/2/2022

3. Jangan ada pihak cuba cetus api perkauman

BAGI seseorang bukan-Islam yang ingin menukar agama kepada agama Islam, mereka perlu melalui beberapa proses yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Begitu juga dalam soal pemelukan agama anak.

Mengikut peruntukan undang-undang negeri berhubung dengan pemelukan agama anak, wujud perbezaan syarat, di mana ada negeri yang mensyaratkan persetujuan salah seorang ibu bapa, dan ada negeri yang mensyaratkan persetujuan kedua-duanya.

Dalam hal ini, kita menghormati syarat-syarat yang diputuskan oleh negeri-negeri kerana perkara itu di bawah bidang kuasa negeri, dan syarat-syarat yang diputuskan juga adalah berasaskan kepada pandangan ulamak dan fatwa yang sah.

Merujuk kepada isu di Perlis, tindakan pengislaman tiga kanak-kanak oleh bapanya yang telah memeluk Islam adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Perlis pada masa tersebut seperti yang termaktub dalam Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis yang membenarkan pengislaman anak-anak dibuat dengan persetujuan salah seorang ibu atau bapa.

Oleh itu, hal ini tidak sepatutnya menjadi pertikaian apabila pihak yang telah menukar agamanya kepada Islam telah menukar agama anaknya mengikut prosedur dan undang-undang negeri yang telah ditetapkan secara sah. Apatah lagi sehingga menuduh pihak berkuasa agama Perlis ‘menculik dan menukar agama’ anak-anak tersebut. 

Tidak sepatutnya kita meniup api perselisihan sehingga mengancam keharmonian hidup berbilang kaum di negara ini. Firman Allah S.W.T (yang bermaksud): 

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.”

[al-Hujurat: 13]

Dalam hal ini, saya menyeru kepada semua pihak agar jangan sesekali cuba memainkan api perkauman apabila undang-undang negeri yang membenarkan pemelukan agama anak-anak itu adalah sah dan terpakai.

Semua pihak perlu menghormati undang-undang tersebut kerana ia digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu badan yang kompeten dan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang di bawah bidang kuasanya.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 22/2/2022

4. Pastikan akidah anak Loh Siew Hong tidak terusik 

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS, Kamaruzaman Mohamad akan mencari ruang untuk meneliti isu akidah tiga kanak-kanak yang memeluk Islam namun berada di bawah jagaan ibu, Loh Siew Hong yang bukan beragama Islam.

Menurutnya, isu akidah tiga kanak-kanak itu adalah isu yang besar, walaupun pada dasarnya ialah isu membabitkan hak penjagaan anak.

Justeru, pihaknya akan memastikan, akidah tiga kanak-kanak itu tidak terusik dan tidak diganggu gugat oleh pihak yang telah mendapat hak jagaan kanak-kanak itu, walaupun ibu mereka sendiri.

“Berdasarkan keputusan mahkamah hari ini, kita akan beri perhatian isu ini dan bekerjasama dengan seluruh kumpulan peguam yang mewakili kes ini dari semasa ke semasa.

“Saya secara peribadi, memberikan sokongan sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan barisan peguam yang memperjuangkan isu kanak-kanak ini.

“Saya faham, lanjutan kes ini akan memberi kesan kepada isu akidah jika tidak diuruskan dengan baik oleh pihak berwajib di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily, semasa hadir memberi sokongan kepada MAIPs, dan Ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan habeas corpus oleh Loh Siew Hong bagi mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Loh selepas mendengar hujahan daripada peguamnya dan peguam yang hadir mewakili Nazirah Nanthakumari Abdullah. – HARAKAHDAILY 21/2/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun PAS baru ada 'sikit kuasa' tapi sudah berjaya selongkar-bongkar untuk bangunkan aktiviti pembangunan dan Islam di negara ini. 

Al-hamdulillah, teruskan menyokong PAS mulai PRN Johor, PRU 15 dan seterusnya..

2 comments:

Anonymous said...

Puak kafir harbi laknatullah dan khadam munafiqun laknatullah mereka sedang bermain api yang akan membakar diri mereka sendiri kerana kesabaran umat Islam juga mempunyai had atau batas. Jika puak kafir harbi melampaui batas tersebut, maka buruklah akibatnya.

Dari peristiwa pengislaman tiga beradik tersebut dan penghinaan ke atas Islam, ulama dan umat Islam oleh puak kafir harbi dan khadam munafiqun mereka , kita boleh melihat:

(1) sebilangan ustaz dan tok guru selebriti dan pengikut mereka tidak peduli.

(2) sebilangan pemimpin politik Melayu yang mendabik dada kononnya merekalah yang kononnya berjuang membela hak Islam, hak umat Islam dan hak kaum Melayu juga tidak peduli.

(3) sebilangan orang Melayu yang mendakwa diri mereka beragama Islam tidak peduli

(4) sebilangan pemimpin kerajaan juga tidak peduli

(5) puak kafir bersatu padu untuk menjaga kepentingan mereka

(6) umat Islam berpecah belah kerana berbeza politik,tok guru, pendapat dll menyebabkan umat Islam menjadi sangatlemah dan boleh ditindas dengan mudah dll.

(7) tafsiran salah ke atas Perlembagaan Persekutuan supaya undang-undang dan mahkamah berpihak kepada kepentingan pihak kafir. Contoh: parent (singular: ibu atau bapa) dalam Perkara 12(4) sengaja ditafsirkan sebagai parentS ( plural: ibu-bapa). Sepatutnya kamus rasmi Bahasa Inggeris dijadikan panduan bukan pendapat syok sendiri.

Anonymous said...

Pelik jugak. Kata islam adalah agama persekutuan, tapi mahkamah syariah tertakluk kepada mahkamah sivil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails