Thursday, February 24, 2022

Peluang PN di PRN Johor cerah - Tuan Ibrahim

 


KUALA TERENGGANU: PAS optimis Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang cerah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia dapat dilihat daripada sokongan diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pengundi muda ketika pelancaran jentera PN Johor pada 18 Februari lalu.

Beliau berkata, sambutan sangat luar biasa ketika pelancaran PN itu memberi tanda bahawa rakyat di Johor menerima kehadiran gabungan parti diterajui PAS, BERSATU dan GERAKAN.

"Baru-baru ini, kita buat pelancaran PN peringkat negeri (dan) sambutan yang sangat luar biasa dan baik.
"Alhamdulillah (sambutan) khususnya dalam kalangan pengundi-pengundi muda dan kita yakin dengan peluang PN pada kali ini.
"Insya Allah, (peluang) lebih baik daripada sebelum ini dan saya lihat kerjasama kali ini lebih kukuh berbanding di Melaka baru-baru ini," katanya.

Ditanya mengenai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Tuan Ibrahim berkata, PN tidak tergugat dengan penyertaan parti itu dalam PRN Johor. Katanya, PRN kali ini akan menguji kemampuan parti itu dalam menarik sokongan rakyat terutama pengundi muda.

"Muda saja tak menang (kalau) tak campur orang tua (dan) saya tengok momentum hampir ada untuk setiap parti PN.
"Bila kita buat himpunan baru-baru ini, gerak kerja berlaku di bawah (terima) sambutan amat baik dalam kalangan orang muda.
"Parti MUDA saya fikir dia belum diuji dan pengundi muda pun belum diuji, jadi ini kali pertama rakyat Johor berpeluang memilih...saya rasa mereka bukan hanya melihat parti, tetapi gabungan itu selain isu nasional yang turut mempengaruhi pola pengundi," katanya.

Lihat seterusnya..

1 comment:

Anonymous said...

Dah tiba masanya untuk rakyat johor berhenti dari menjadi mangsa penipuan parti memerintah. Pilih pn yg bersih dan berikrar utk johor maju dan sejahtera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails